Saya, Yau Con Seng hari ini ingin membidas
sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh
Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, En
Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang
dibangkitkan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz bin
Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang juga
Mursyidul Am PAS Pusat.
Saya juga ingin membidas kenyataan En Lee Kee Cheong
yang juga merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Temiang
, YB Dato Lee Yuen Fong dalam surat khabar harian
Cina bertarikh 8 Dis 2006 melambangkan bahawa MCA
sebenarnya menggalakkan kaum wanita khususnya wanita
Cina berpakaian seksi dan menyifatkan sesiapa yang
tidak berpakaian seksi merupakan wanita yang tidak
berilmu dan ketinggalan zaman. Dalam kenyataan En Lee
Kee Cheong baru-baru ini dalam surat khabar harian
Cina, beliau menyifatkan PAS sebagai ketinggalan
zaman,tidak menghormati kaum wanita dan tidak prihatin
dalam isu-isu semasa khususnya dalam soal etika
pemakaian kaum wanita.
Saya beranggapan bahawa kenyataan MCA tersebut
sebenarnya berniat jahat dan sengaja ingin
memutarbelitkan kenyataan dari YAB Menteri Besar
Kelantan. YAB Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz bin Nik Mat
baru-baru ini menyarankan agar etika pemakaian yang
lebih sopan di kalangan wanita perlu dipraktikkan di
negeri tersebut sebagai satu usaha bagi mengurangkan
kadar jenayah khususnya jenayah rogol yang semakin
berleluasa akhir-akhir ini.
Saya juga turut menyelar kenyataan dangkal MCA yang
mengaitkan bahawa larangan berpakaian seksi ini akan
menjejaskan ekonomi dan persiapan Tahun Melawat
Malaysia 2007. Inilah bukti bahawa MCA dan kerajaan
Barisan Nasional sebenarnya tidak menghormati maruah
wanita dan sering mengeksploitasi wanita dengan
menggalakkan pemakaian seksi dengan alasan untuk
menarik pelancong datang ke negara ini.Mereka sanggup
mengorbankan maruah kaum wanita semata-mata untuk
kepentingan mereka. Saya menyeru semua persatuan
wanita dan NGO wanita supaya membuat bantahan kepada
kenyataan MCA yang jelas menghina dan merendahkan
martabat kaum wanita. Pakaian seksi sebenarnya tiada
kaitan langsung dengan usaha meningkatkan industri
pelancongan kerana pelancong-pelancong datang melawat
sesebuah negara untuk melihat budaya dan keindahan
negara tersebut. Saya juga menyeru agar semua pengundi
wanita di seluruh negara memboikot calon-calon MCA dan
Barisan Nasional dan memberi undi kepada calon-calon
BA dalam pilihanraya yang akan datang ini sebagai satu
hukuman kepada MCA atas kenyataan tidak
bertanggungjawab ini.
Buat masa ini kod etika berpakaian yang melarang
kepada orang awam berpakaian seksi dan juga
batasan-batasan dalam berpakaian juga sebenarnya telah
termaktub dalam undang-undang kecil (By Laws) dalam
Akta Kerajaan Tempatan. Saya ingin bertanya kepada En
Lee adakah parlimen Malaysia tidak bertamadun dan
ketinggalan zaman apabila tidak membenarkan mereka
yang berpakaian seksi masuk ke dalam parlimen walaupun
sekadar menjadi pemerhati.
Akhirnya, saya memberi tempoh satu minggu kepada En
Lee Kee Cheong supaya menarik balik kenyataan biadap
beliau seterusnya memohon maaf kepada YAB Menteri
Besar Kelantan dan seluruh kaum wanita di negara kita
ini, seandainya beliau gagal berbuat demikian, saya
dan Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerakan
besar-besaran mendedahkan kenyataan tidak
bertanggungjawap MCA ini kepada seluruh rakyat
Malaysia. Saya juga menggesa supaya Presiden MCA , YB
Dato Seri Ong Ka Ting supaya mengambil tindakan tegas
dengan memecat En Lee Kee Cheong atas perbuatan biadap
ini.
Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada
pemimpin-pemimpin UMNO berkaitan isu ini kerana agama
Islam menuntut wanita Islam supaya berpakaian sopan
dan menutup aurat. Soalan saya kepada anda semua ialah
UMNO, what is your stand ?!
Yang benar,
En Yau Con Seng
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat
12 Dis 2006
KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui
Bank Islam No Akaun 50120100 27521. Bank in slip bolehlah dihantar kepada :
Bendahari
Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban
K.Pilah, Ampangan,
70400 Seremban, N.S.
____________________________________________________________________________________
Want to start your own business?
Learn how on Yahoo! Small Business.
http://smallbusiness.yahoo.com/r-index
///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/