Apa sudah jadi dengan ekonomi Terengganu ? Dengar cerita begitu hebat. Dengan Monsoon Cup di Pulau Duyong yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Harian Metro 14 Dis 2006 melaporkan keadaan sebenar ekonomi rakyat Terengganu.
Peniaga tertekan - Oleh Alias Mohamed [EMAIL PROTECTED] KUALA TERENGGANU: Satu ketika dulu peniaga di stesen bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), cukup selesa apabila perniagaan mereka laris. Tetapi tidak kini apabila ramai yang terpaksa gulung tikar, terutama pekedai menjual kain, baju, bunga serta peniaga emas di tingkat atas stesen itu. Malah, keadaan semakin sukar apabila tempat yang menjadi tumpuan ramai itu kini semakin dijauhi apabila ia dikatakan menjadi tempat pelajar ponteng serta remaja melepak. Peniaga, Mohamad Zali Zakaria, 43, mendakwa pendapatan diperoleh merosot 50 peratus berbanding mula berniaga di situ kira-kira 12 tahun lalu. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia menghadapi kesukaran membayar sewa kedai RM120 sebulan. Masalah turut dialami peniaga lain yang mengeluh kerana perniagaan mereka semakin merosot dan ramai yang gulung tikar kerana tidak mampu membayar sewa, katanya. Seorang lagi peniaga, Esah Ismail, 49, berkata masalah peniaga kecil perlu diberikan perhatian agensi berkaitan supaya mereka tidak terus gulung tikar. Katanya, sebahagian besar peniaga di stesen bas MPKT adalah peniaga yang berniaga di tapak stesen bas lama di kawasan berhampiran. Peniaga emas, Rohani Ismail, 43, mendakwa tidak selesa menjalankan perniagaan apabila atap tempat berniaga bocor. Ia berlarutan sekian lama dan setiap kali hujan terpaksa tutup kedai apabila air bertakung dalam kedai, katanya. Sementara itu, Setiausaha Persatuan Peniaga Stesen Bas MPKT, Zakaria Abdullah, berkata, pihaknya sedar pelbagai masalah peniaga terbabit dan sudah mengambil beberapa tindakan untuk menanganinya. Buat masa ini, kita menggalakkan pihak berkenaan, khususnya ahli jawatankuasa persatuan peniaga mengambil tindakan sewajarnya jika ada perkara yang perlu diperbaiki, katanya. http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20061214104325/Article/indexm_html KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521. Bank in slip bolehlah dihantar kepada : Bendahari Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S. ____________________________________________________________________________________ Want to start your own business? Learn how on Yahoo! Small Business. http://smallbusiness.yahoo.com/r-index ///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

