3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA       ISLAM
      
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw.       bersabda; "Hampir tiba 
suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia       akan datang 
mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan       mengerumuni talam 
hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya       "Apakah dari kerana 
kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab,       "Bahkan kanu pada hart 
itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu       banjir, dan Allah 
akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati       musuh-musuh kamu, dan 
Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit       'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai       Rasulullah?" Nabi kita 
nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".       
      
H.R. Abu Daud       
            
Keterangan

      
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat       Islam 
pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh       
Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang       
banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu       
dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka       
ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa       
dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk       
melawan dan melumpuhkan kekuatannya. 
      
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam       
diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan      
 penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar       
dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit       ini tidak 
dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil       danti dak 
mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati"       pula 
bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan       untuk 
menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban       dengan 
diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt. 
      
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn       muslimin 
dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.       
      
http://www.geocities.com/ruparaw/Tanda2_Akhir_Zaman.html
      
 

----- Original Message ----- From: Azhar Ahmad 
UMAR AL MUKHTAR (asad ash-shahra’) 
Terjemahan: Yezmin Zulaikha
 
Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran 
seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah 
Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda 
ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara 
syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama 
kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya 
tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun 
bersembahyang pada sepertiga malam. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar 
membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi 
pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan 
mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari. 
 
Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. 
Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. 
Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) 
ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah 
menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga 
mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk 
menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai 
percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu 
merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui 
tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. 
Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, 
beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa 
tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi
 apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur 
akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar 
”Singa Cyrenaica” .
 
Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian 
seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan 
karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan 
bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila 
umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan 
kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang 
ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau 
didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. 
Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, 
memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang 
teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah 
yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau 
menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk
 mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk 
mengambil alih pemerintahan pada ketika itu. 
 
Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke 
seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul 
tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, 
beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. 
Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu 
dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau 
sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang 
diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.  
Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat 
kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang 
ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang 
bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah 
akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi 
dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran 
mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan 
harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. 
Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya 
bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka 
untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” 
Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka 
dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar
 kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat 
pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati 
beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan 
kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila 
beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan 
tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara 
yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap 
waktu.” 
 
Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 
70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus 
berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi 
menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang 
mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang 
serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga 
berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, 
golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada 
tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas 
terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan 
menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah. 
 
Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan 
salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. 
Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan 
daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin 
berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui 
situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan 
merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak 
terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa 
ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, 
seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, 
cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. 
Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang 
beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh
 menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin 
bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia 
berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak 
sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus 
menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang 
pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. 
 
Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah 
dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk 
melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak 
terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir 
peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya 
yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan 
dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. 
Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap 
umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang 
berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang 
tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah 
musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, 
"Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan
 seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang 
padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi 
beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak 
seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam 
pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang 
tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang 
kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di 
akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya 
sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”
 
`Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali

 
Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk 
ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain 
menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan 
berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan 
Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan 
Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, 
gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di 
kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah 
orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai 
pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat 
Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang 
Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah 
dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang
 golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 
20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 
peperangan.
 
 
`Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid

 
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup 
di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, 
beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu 
meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada 
Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana 
tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan 
kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, 
Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, 
selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga 
maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, 
tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan 
beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, 
kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk
 menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. 
Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari 
situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah 
meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah 
mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh 
panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang 
gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh 
demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap 
orang Islam sejati.
 
Syahid di tali gantungan

 
Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan 
cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, 
insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah 
menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk 
mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada 
saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah 
berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati 
dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah 
perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak 
membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang 
bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan 
berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan 
dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah,
 Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada 
Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. 
Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang 
telah beliau capai, InsyaAllah.
#ygrp-mlmsg {   FONT-SIZE: small; FONT-FAMILY: 
arial,helvetica,clean,sans-serif}#ygrp-mlmsg TABLE {     }#ygrp-mlmsg SELECT {  
 FONT: 99% arial,helvetica,clean,sans-serif}INPUT {      FONT: 99% 
arial,helvetica,clean,sans-serif}TEXTAREA {   FONT: 99% 
arial,helvetica,clean,sans-serif}#ygrp-mlmsg PRE {    FONT: 100% monospace}CODE 
{     FONT: 100% monospace}#ygrp-mlmsg * {    LINE-HEIGHT: 1.22em}#ygrp-text {  
      FONT-FAMILY: Georgia}#ygrp-text P {     MARGIN: 0px 0px 1em}#ygrp-tpmsgs 
{      CLEAR: both; FONT-FAMILY: Arial}#ygrp-vitnav {  FONT-SIZE: 77%; MARGIN: 
0px; PADDING-TOP: 10px; FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-vitnav A {   PADDING-RIGHT: 
1px; PADDING-LEFT: 1px; PADDING-BOTTOM: 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-actbar {    
 CLEAR: both; MARGIN: 25px 0px; COLOR: #666; WHITE-SPACE: nowrap; TEXT-ALIGN: 
right}#ygrp-actbar .left { FLOAT: left; WHITE-SPACE: nowrap}..bld {        
FONT-WEIGHT: bold}#ygrp-grft {  PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 0px; 
FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 15px; PADDING-TOP: 15px; FONT-FAMILY: 
Verdana}#ygrp-ft {
        PADDING-RIGHT: 0px; BORDER-TOP: #666 1px solid; PADDING-LEFT: 0px; 
FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 5px; PADDING-TOP: 5px; FONT-FAMILY: 
verdana}#ygrp-mlmsg #logo {      PADDING-BOTTOM: 10px}#ygrp-vital {      
PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 8px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 
8px; PADDING-TOP: 2px; BACKGROUND-COLOR: #e0ecee}#ygrp-vital #vithd {       
FONT-WEIGHT: bold; FONT-SIZE: 77%; TEXT-TRANSFORM: uppercase; COLOR: #333; 
FONT-FAMILY: Verdana}#ygrp-vital UL {        PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 
0px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 2px 0px; PADDING-TOP: 0px}#ygrp-vital UL LI { 
      CLEAR: both; BORDER-RIGHT: #e0ecee 1px solid; BORDER-TOP: #e0ecee 1px 
solid; BORDER-LEFT: #e0ecee 1px solid; BORDER-BOTTOM: #e0ecee 1px solid; 
LIST-STYLE-TYPE: none}#ygrp-vital UL LI .ct {    PADDING-RIGHT: 0.5em; 
FONT-WEIGHT: bold; FLOAT: right; WIDTH: 2em; COLOR: #ff7900; TEXT-ALIGN: 
right}#ygrp-vital UL LI .cat {   FONT-WEIGHT: bold}#ygrp-vital A {       
TEXT-DECORATION: none}#ygrp-vital A:hover {     TEXT-DECORATION:
 underline}#ygrp-sponsor #hd {  FONT-SIZE: 77%; COLOR: #999}#ygrp-sponsor #ov { 
PADDING-RIGHT: 13px; PADDING-LEFT: 13px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 
6px; PADDING-TOP: 6px; BACKGROUND-COLOR: #e0ecee}#ygrp-sponsor #ov UL {   
PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 8px; PADDING-BOTTOM: 0px; MARGIN: 0px; 
PADDING-TOP: 0px}#ygrp-sponsor #ov LI {        PADDING-RIGHT: 0px; 
PADDING-LEFT: 0px; FONT-SIZE: 77%; PADDING-BOTTOM: 6px; PADDING-TOP: 6px; 
LIST-STYLE-TYPE: square}#ygrp-sponsor #ov LI A {  FONT-SIZE: 130%; 
TEXT-DECORATION: none}#ygrp-sponsor #nc {      PADDING-RIGHT: 8px; 
PADDING-LEFT: 8px; MARGIN-BOTTOM: 20px; PADDING-BOTTOM: 0px; PADDING-TOP: 0px; 
BACKGROUND-COLOR: #eee}#ygrp-sponsor .ad {   PADDING-RIGHT: 0px; PADDING-LEFT: 
0px; PADDING-BOTTOM: 8px; PADDING-TOP: 8px}#ygrp-sponsor .ad #hd1 {   
FONT-WEIGHT: bold; FONT-SIZE: 100%; COLOR: #628c2a; LINE-HEIGHT: 122%; 
FONT-FAMILY: Arial}#ygrp-sponsor .ad A { TEXT-DECORATION: none}#ygrp-sponsor 
.ad A:hover {       TEXT-DECORATION:
 underline}#ygrp-sponsor .ad P {        MARGIN: 0px}o { FONT-SIZE: 
0px}..MsoNormal {    MARGIN: 0px}#ygrp-text TT {     FONT-SIZE: 120%}BLOCKQUOTE 
{    MARGIN: 0px 0px 0px 4px}..replbq {      }


 
---------------------------------
Need a quick answer? Get one in minutes from people who know. Ask your question 
on Yahoo! Answers.

Kirim email ke