Jana pendapatan ahli pas.........demi masa depan parti:- 
   
  International:-  
http://www.thesecondtier.com/knajid/bulklandmine 
http://www.councilofgold.com/?ref=knajid 
http://myworld.ebay.co.uk/knajid 
https://www.paypal.com/row/mrb/pal=BXQS33K4XWN4W 
https://www.safepaysolutions.com/index.php?usr=knajid 
http://www.stormpay.com/?knajid
   
  
-------------------------------------------- 
BPPNS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          “Begitupun ada yang kecewa dengan sikap berdiam diri
PAS Negeri Sembilan”

Syabas kepada Harakah yang terbuka dalam laporan
mereka, bukan hanya mereka mengkritik UMNO, kerajaan
Negeri Sembilan pimpinan Dato Seri Mohammad Hassan
malah Harakah turut mengkritik PAS N.Sembilan, semua
ini adalah untuk rakyat sendiri menilai semua pihak
dan demi kebaikan rakyat Negeri Sembilan. Bukankah itu
demokrasi dari kacamata Islam namanya ? Takkan Negeri
Sembilan saja , negeri lain macamana ?

**************************************
SEREMBAN, 12 Dis (Hrkh) - Pergeseran dalaman Umno
tidak boleh dirahsiakan lagi selepas bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan serangan
kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sejak awal tahun 2006. 

Ujian demi ujian dan kritikan demi kritikan dihadapkan
kepada Abdullah dari semasa ke semasa hingga akhirnya
Umno dilihat kian kelabu dengan masalah dalaman yang
sukar untukdiatasi meskipun Perhimpunan Agung Umno
yang dikatakan sebagai medan perpaduan ahli parti
sudah berlalu. 

Umno 'retak menanti belah' 

'Retak menanti belah', inilah ungkapan yang boleh
disamakan dengan keadaan dalam Umno hari ini meskipun
Dr Mahathir senyap seketika, namun konco-konconya pula
kini menyerang pentadbiran orang kanan Abdullah. 

Antaranya serangan peribadi ke atas Menteri Besar
Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan oleh
Adun Lenggeng, Dato'Ishak Ismail dalam Sidang Dun
Negeri Sembilan minggu lalu. 

Ishak adalah tokoh politik yang sangat dikenali di
negeri ini yang dikatakan sebagai penyokong kuat
kepada bekas PM kerana pembabitannya dalam
program-program bersama Dr Mahathir yang dijalankan di
negeri ini. 

Malah Ishak juga pernah secara terbuka menyokong
kritikan Dr Mahathir ke atas Abdullah yang dilaporkan
oleh sebuah akhbar online satu masa lalu. 

Dalam pergeseran ini bukan Khairy yang jadi topik
tetapi pembabitan abang Menteri Besar, Dato' Azman
Hassan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri dan
pengagihan kontrak mula menjadi 'peluru' kepada Ishak
untuk membedil orang kuat PM ini (Mohamad Hasan). 

'Berbulu' 

Harakahdaily difahamkan bahawa Ishak sememangnya
'berbulu' dengan gelagat Azman yang didakwanya sebagai
'mastermind' dalam pentadbiran kerajaan pimpinan
adiknya yang hanya naik kejawatanMB kerana dikenali
sebagai tokoh yang paling rapat dengan Abdullah. 

Tidak cukup dengan menghentam Mohamad di dalam dewan,
di luar dewan Ishak terus menerus mengecam dan
mengkritik kepimpinan Mohamad, malah di satu program
bersama ahli Umno di Dun Lenggeng Ishak memperlekeh
corak pentadbiran Mohamad yang lemah. 

Mengulas isu tersebut Pengarah Pusat Aduan Rakyat
Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMKNS), Badrul
Hisham Shaharin, berkata seluruh rakyat negeri ini
sememangnya tahu soal campur tangan keluarga Menteri
Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri. 

Katanya campur tangan itu khususnya dalam isu
pengagihan projek dan hal pentadbiran yang lain. 

Tandatangan MB tidak laku? 

"Perkara ini sudah menjadi perbualan terbuka ramai
orang tahu, bukan orang biasa, orang keADILan atau PAS
yang cakap. Perkara ini diperkata orang Umno. Ramai
orang Umno juga datang mengadu," katanya. 

Badrul Hisham juga menyifatkan bahawa Mohammad sebagai
MB yang lemah yang terpaksa bergantung kepada Azman
untuk mengawal Umno Negeri Sembilan. 

Malah beliau terpaksa melantik abangnya sebagai
Setiausaha Umno Negeri Sembilan serta Ahli Majlis dan
perbagai jawatan lagi bagi mengukuhkan kedudukannya di
negeri tersebut, katanya lagi. 

Salah seorang ahli Umno yang tidak mahu dikenali
berkata, apa yang dibangkitkan Ishak dalam dewan ialah
menifestasi protes dalaman Umno. 

Ramai kontraktor yang dahulunya kuat menyokong Umno
negeri dipinggirkan hanya kerana dilabel orang kuat
bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad. 

"Dahulu semua orang berlumba nak jumpa MB dapatkan
tandatangan sokongan untuk banyak benda tapi kini
dapat sign MB tak membawa makna apa–apa jika tidak
dapat 'endorsement' abang MB” katanya yang juga salah
seorang ketua cawangan Umno di sini. 

Kecoh 

Sidang DUN Negeri Sembilan kecoh dan hangat dengan isu
mengenai campur tangan Azman dalam pentadbiran
kerajaan negeri. Isu ini telah mengheret tiga wakil BN
bertikam lidah. 

Dua wakil rakyat terbabit, Adun Palong, Aziz Samsudin
dan Adun Sungai Lui, Zainal Abidin Ahmad yang menegur
Ishak yang didakwa menimbulkan isu yang boleh
mengaibkan orang lain. 

Ketika membahaskan Belanjawan 2007, Ishak meminta
Mohamad menasihatkan abangnya agar tidak campur tangan
dalam pentadbiran kerajaan negeri dan memberi tekanan
kepada pegawai awam. 

"Perkara ini (memberi tekanan) berlaku kepada seorang
pegawai kerajaan dalam satu majlis, baru-baru ini,"
katanya tanpa menyebut nama abang Menteri Besar,
tetapi jelas merujuk kepada abang Menteri Besar yang
juga Setiausaha Umno negeri, Azman Hasan. 

Kenyataan itu mengundang reaksi daripada Aziz yang
berpendapat Ishak mengaibkan Mohamad. 

Zainal Abidin juga menggunakan peluang ketika sesi
perbahasan untuk mengingatkan Ishak supaya mengamalkan
budi bahasa dan sopan santun seperti yang disasarkan
kerajaan. 

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
melancarkan kempen berbudi bahasa dan wajarlah kita
semua berusaha mengamalkan budaya itu," katanya. 

Seleweng 

Ishak berkata, beliau tidak berniat mengaibkan sesiapa
dan teguran berhubung isu abang Menteri Besar dibuat
untuk kebaikan semua pihak, kerana terlalu banyak
orang mengadu menganai campur tangan keluarga Menteri
Besar dalam pentadbiran kerajaan. 

Terdahulu sebelum ini AMKNS turut mendedahkan isu
penyelewengan Dana Kemiskinan sejumlah RM4.5 juta yang
didakwa digunakan untuk ubah suai rumah MB Negeri
Sembilan. 

Dakwaan itu dibuat berasaskan kepada laporan audit
tahun 2005 yang dibentang di Parlimen.Begitupun
sehingga kini Mohamad tidak pernah mengeluarkan
kenyataan menafikan tuduhan itu atau mengakuinya. 

Dapatkan orang kuat PM ini terus mencatur politik
negeri untuk satu penggal pilihan raya lagi, atau
Ishak akan terus mencari jalan untuk menghentam
Mohamad dengan kesumat yang berterusan. 

Begitupun ada yang kecewa dengan sikap berdiam diri
PAS Negeri Sembilan dalam isu ini malah isu yang
membabitkan kerajaan negeri serta penyelewengan Dana
Kemiskinan tatkala AMKNS giat menjalankan penerangan
berhubung isu tersebut. 

Reaksi dari pimpinan mahupun orang yang sepatutnya
tidak pernah timbul hinggakan ada ahli PAS yang
menyatakan bahawa isu ini seakan tidak diketahui oleh
pimpinan PAS Negeri Sembilan untuk diperjuangkan.

http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5637&Itemid=28

KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
Sumbangan untuk pembinaan Bangunan PAS N.Sembilan boleh disalurkan melalui Bank 
Islam No Akaun 50120100 27521. “Bank in slip” bolehlah dihantar kepada :
Bendahari
Tabung Bangunan PAS NS, No 11, Tingkat 1, Bangunan PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, 
Ampangan,
70400 Seremban, N.S.

__________________________________________________________
Cheap talk?
Check out Yahoo! Messenger's low PC-to-Phone call rates.
http://voice.yahoo.com


         

 
---------------------------------
Check out the all-new Yahoo! Mail beta - Fire up a more powerful email and get 
things done faster.

Kirim email ke