Pada 28 dan 29hb Mac 2007 baru-baru ini Liga Arab telah mengadakan persidangan 
kali ke-19nya di Riyadh, Arab Saudi. Liga Arab merupakan gabungan negara-negara 
Arab yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 22 Mac, 1945 di Cairo, Mesir. 
Tujuan penubuhan (sebagaimana terdapat di dalam Piagamnya) antara lain adalah 
‘untuk mengukuhkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota serta menjaga 
dan mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara’. Ia juga bertujuan untuk 
mengeratkan hubungan sesama mereka di dalam bidang kebudayaan, ekonomi, sosial, 
komunikasi, kesihatan dan hal-hal yang menyentuh tentang kenegaraan (seperti 
pasport, visa, perlaksanaan penghakiman dan ekstradisi penjenayah). Anggota 
asal (founding members) Liga Arab adalah Mesir, Iraq, Jordan (dahulunya 
Transjordan), Lebanon, Arab Saudi, Syria dan Yemen. Negara Arab lainnya mula 
menyertai Liga setelah memperolehi kemerdekaan: Algeria (1962), Bahrain (1971), 
Comoros (1993), Djibouti (1977), Kuwait (1961), Libya
 (1953), Mauritania (1973), Morocco (1958), Oman (1971), Qatar (1971), Somalia 
(1974), Yemen Selatan (1967), Sudan (1956), Tunisia (1958) dan United Arab 
Emirates (1971). Palestine Liberation Organization (PLO) menyertai pada tahun 
1976 (sekarang dipanggil Palestin). Hari ini Liga ini terdiri dari 22 buah 
negara (setelah penggabungan Yemen Selatan dan Utara).
Walau bagaimanapun, disebabkan perbalahan dalaman yang tidak pernah reda, Liga 
Arab secara amnya gagal mencapai agendanya. Apatah lagi setelah kewujudan 
negara haram Israel, perbalahan di kalangan negara Arab semakin ketara, malah 
isu ini sebenarnya telah menjadi punca kepada segala perbalahan. Api perpecahan 
mula marak setelah Mesir menandatangani Perjanjian Damai dengan Israel pada 
tahun 1979, sebuah pengkhianatan yang dilakukan oleh Anwar Sadat (Presiden 
Mesir waktu itu). Mesir kemudiannya digantung keahlian dan ibu pejabat Liga 
Arab telah dipindahkan ke Tunis, Tunisia. Ironisnya, pada tahun 1987, pemimpin 
Arab membuat keputusan untuk memperbaharui hubungan diplomatik mereka dengan 
Mesir dan menyaksikan Mesir diterima semula dan kembali menyertai Liga pada 
tahun 1989. Ibu pejabat Liga kemudiannya dipindahkan semula ke Kaherah. 
Sejak penubuhannya, Liga Arab langsung tidak mampu berbuat apa-apa kecuali 
bersidang dan terus bersidang. Persidangan ini ‘diguna’ tak lebih sekadar untuk 
mengurangkan ketegangan yang berlaku, samada di antara sesama umat Islam 
mahupun antara umat Islam dengan golongan kafir. Para pemimpin ini kononnya 
menunjukkan ‘sokongan’ mereka terhadap Islam dengan deklarasi-deklarasi yang 
dikeluarkan, walhal hakikatnya ia hanyalah seruan dan laungan kosong yang tidak 
bererti, umpama ‘anjing menyalak bukit’. Persidangan yang diadakan adalah 
saling tak tumpah seperti sebuah ‘kedai kopi’ yang menjadi tempat persinggahan 
dan perbualan kosong ‘para politikus’ dengan masing-masing menunjukkan 
kehebatan mereka di dalam bercakap, berdebat dan mengeluarkan pandangan, tanpa 
membuahkan apa-apa hasil. Malah apa yang lebih buruk ialah, persidangan Liga 
ini hanyalah sebuah tempat yang menjadi bukti dan saksi akan pengkhianatan 
pemimpin-pemimpin ini! 
Pelbagai bentuk pengkhianatan telah terzahir dari Persidangan Liga ini; banyak 
deklarasi telah dikeluar menyatakan persetujuan damai dengan Israel; Liga juga 
telah ‘mengsahkan penjualan’ Palestin kepada Israel melalui PLO; menyokong Iraq 
membunuh sesama Islam semasa Perang Iran-Iraq; menyokong usul Arab Saudi untuk 
mengiktiraf Israel dan membiarkan pembunuhan umat Islam di seluruh dunia tanpa 
apa-apa pembelaan. Contoh yang jelas dapat dilihat pada persidangan tahun 2003 
di Sharm el-Sheikh, di mana ia telah bertukar menjadi sebuah perbalahan sesama 
sendiri yang membuktikan segala-galanya. Ia disiarkan secara langsung di 
televisyen (on air), tetapi kemudiannya terpaksa dihentikan (off air). Sebelum 
di off air-kan, penonton sempat menyaksikan Izat Ibrahim, Naib Presiden Iraq 
(di bawah Saddam Hussein) mencela Menteri Luar Kuwait dengan melemparkan 
kata-kata, ‘Semoga Allah melaknat misai engkau’, dan dibalas, ‘Diam kau orang 
gaji (Amerika) tersayang, engkau adalah talibarut
 (Amerika), wahai monyet’. Presiden Libya Muammar Gaddafi pula menuduh Arab 
Saudi ‘bersekutu dengan syaitan’ kerana mereka (Arab Saudi) telah meminta 
bantuan Amerika bagi menyediakan pasukan tentera untuk melindungi mereka semasa 
Perang Teluk Pertama. Putera Mahkota Saudi membalas, dengan menggelar Gaddafi 
sebagai ‘ejen penjajah (Amerika)’. Inilah hakikat Liga Arab yang kononnya 
ditubuhkan untuk menyatukan bangsa Arab. 
Bagi mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, tiada apa yang perlu 
dibangga dan diharapkan dengan penubuhan Liga Arab ini. Liga ini bukannya 
mencerminkan penyatuan umat Islam sebagaimana yang diwar-warkan, sebaliknya 
Liga ini adalah tak ubah seperti The Organisation of Islamic Countries (OIC), 
hanya merupakan bukti nyata kepada perpecahan umat Islam. Dari Piagam Liga Arab 
itu sendiri dan realiti yang berlaku saat ini, ternyata di bawah Liga ini, umat 
Islam telah terpecah-belah kepada negara-negara assabiyyah dan wathaniyyah yang 
kecil dan lemah. Masing-masing hanya memerintah dan menjaga sempadan palsu yang 
telah dihadiahkan oleh penjajah kufur kepada mereka. Jika dulu, Rasulullah 
diutus dan baginda menyatupadukan seluruh umat Islam (tanpa mengira Arab atau 
bukan) di bawah satu payung pemerintahan (Daulah Islam), dan penyatuan ini 
diteruskan lagi oleh para Khalifah dengan menggabungkan keseluruhan umat Islam 
di bawah Daulah Khilafah. Hari ini, kita menyaksikan
 pengkhianatan pemimpin-pemimpin umat Islam yang tamakkan kekuasaan, rakus 
mengejar keduniaan serta tunduk patuh kepada kuffar Barat dan menderhakai Allah 
dan RasulNya, mereka ini telah memecah-belahkan kita semua dengan pengkhianatan 
mereka di bawah negara-negara palsu ciptaan penjajah. 
Wahai kaum Muslimin! Persidangan Liga Arab ke-29 di Riyadh baru-baru ini 
menzahirkan sebuah lagi pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka yang memegang 
kekuasaan di kalangan umat Islam. Di antara isu utama yang dibincangkan ialah 
berkenaan Palestin-Israel yakni isu ‘Inisiatif Damai’ dan kedudukan pelarian. 
Isu ‘Inisiatif Damai’ yang dibincangkan adalah bagi ‘menghidupkan’ semula 
‘Inisiatif Damai 2002’ yang telah dibuat di Beirut semasa persidangan tahun 
2002. Sebenarnya tidak berapa lama sebelum persidangan, dua hal penting telah 
berlaku. Pertama: Perjumpaan Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice dengan 
beberapa orang Menteri Luar Arab. ‘Pertemuan’ ini telah pun dilaporkan di media 
massa dan bukannya satu rahsia, kecuali ‘isi’nya. Ia melibatkan Menteri Luar 
Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Emiriyah Arab Bersatu dan diadakan di Bandar 
Aswan (Selatan Mesir) [UM 19/03/07].
Kedua: Akhbar Israel telah mendedahkan bahawa Arab Saudi dan AS telah 
mengadakan perjumpaan sulit untuk menghasilkan inisiatif kewangan secara 
diplomatik (a new diplomatic financial initiative) yang baru bagi menyelesaikan 
isu pelarian Palestin. Kesepakatan itu diketuai oleh pegawai kanan AS, 
Setiausaha Agung Arab Saudi di Majlis Keselamatan PBB, Putera Bandar Bin 
Sultan, duta Saudi di Washington dan beberapa pegawai tinggi Israel. Menurut 
inisiatif baru ini, mana-mana pelarian yang setuju untuk tinggal di penempatan 
barunya, akan menerima pampasan kewangan. Mana-mana pelarian yang berdegil 
inginkan hak mereka untuk kembali ke tempat asal hanya akan dibenarkan kembali 
ke wilayah Palestin yang dibenarkan. 
Apakah ertinya ini semua wahai mereka yang berakal? Bukankah ini merupakan 
bukti nyata akan segala pengkhianatan pemimpin ke atas kita semua? Sampai 
bilakah kalian akan terus diam membisu menyaksikan segala pengkhianatan ini? 
Justeru, kami di Hizbut Tahrir ingin menyedarkan kalian akan 
pengkhianatan-pengkhianatan yang berlaku ini. Kami menyeru kalian agar bangkit 
dari segala kehidupan dunia yang melalaikan kalian. Bangkitlah dari lena kalian 
dan berjuanglah untuk menegakkan agama Allah ini. Pada kesempatan ini, kami 
sekali lagi akan memaparkan surat terbuka dari Hizbut Tahrir Pusat yang 
disebarkan ke seluruh dunia, untuk tatapan kita bersama agar petunjuk Allah 
tercurah ke atas mereka yang mencarinya. (Naskhah asal adalah di dalam bahasa 
Arab dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting ke Bahasa Melayu). 

Amerika Menganjurkan Persidangan Liga Arab di Riyadh! 
Bagi Memastikan Isu kaum Muslimin, Terutamanya Palestin Berada di Bawah 
Telunjuk Mereka
Para pemimpin negara Arab telah mengadakan Persidangan mereka buat kali yang 
ke-19 di Riyadh pada 28 dan 29 hb Mac 2007 yang lalu. AS, meskipun tidak hadir 
dalam persidangan tersebut, telah memanifestasikan ‘kehadirannya’ melalui 
pengaruh Setiausaha Negaranya, Condoleeza Rice yang tampak begitu menonjol 
sekali. Beliau, yang melawat kota Aswan di Mesir, telah mengadakan mesyuarat 
jawatankuasa para pemimpin Negara Arab, beserta pegawai politik dan perisikan 
mereka pada 24hb Mac, beberapa hari sebelum persidangan bermula. Ini adalah 
bagi menjelaskan agenda-agenda yang perlu dibangkitkan dalam persidangan 
tersebut serta mengingatkan ahli jawatankuasa tentang keinginan George Bush 
agar para pemimpin Arab menunjukkan sikap yang lembut terhadap Yahudi dalam 
rangka ‘mententeramkan’ mereka setelah kekalahan yang memalukan pada bulan 
Julai yang lalu.
Rice tidak keluar dari kawasan tersebut tetapi bergerak antara Mesir, Jordan 
dan Palestin sehingga malam persidangan bagi memastikan bahawa ia berjalan 
sepertimana yang ‘diarahkannya’! Sebelum mengakhiri lawatannya pada 27hb Mac, 
beliau memastikan bahawa para pemimpin negara Arab dinasihatkan agar bersikap 
lebih terbuka kepada regim Yahudi, lebih dari apa yang pernah mereka lakukan 
agar Yahudi merasakan bahawa ‘tanahair’ mereka lebih selamat dan aman. Malahan, 
sebelum memulakan lawatannya, Rice telah menjelaskan di Washington bahawa dia 
berharap – sebenarnya menyuruh – agar para pemimpin Arab menerima dan 
mengumumkan apa yang dikenali sebagai ‘Inisiatif Damai Arab’ yang telah 
diterima pada 2002 di persidangan Beirut dan menerapkannya sesuai dengan 
kehendak AS. Dan hakikatnya, kebenaran telah terserlah! Kenyataan yang 
dikeluarkan hari ini (29hb Mac 2007), telah menetapkan dengan jelas usaha untuk 
menghidupkan semula ‘Inisiatif Damai Arab’ ini. Inisiatif ini merupakan hasil
 tangan Amerika di bawah kelolaan Thomas Friedman. Ia telah diterima oleh 
Putera Abdullah ketika itu dan dibentangkan di Beirut di mana ia telah 
diterimapakai dan diberikan gelaran ‘Inisiatif Damai Arab’.
Sebenarnya Amerikalah, di bawah administrasi Neo-Konservatif yang telah 
menetapkan dengan jelas, tanpa sebarang keraguan bahawa para pemimpin Arab 
telah menerima bahawa isu Palestin hanyalah dihadkan kepada permasalahan 
selepas 1967 dan bukan sebelumnya! Apa-apa pertikaian atau perbincangan 
mengenai isu ini hanya dihadkan kepada kerangka ini sahaja. Adapun mengenai isu 
kawasan Palestin yang dijajah pada 1948, ia dianggap sebagai tanah Yahudi dan 
tidak boleh berlaku sebarang tuntutan ke atasnya. Semua ini sesuai dengan 
perjanjian yang telah ditandatangani oleh para pemimpin Arab ini!!
AS berkeinginan agar hal ini juga dipersetujui oleh penduduk Palestin, bukan 
sahaja pemimpin Arab. Namun, pada ketika itu, pemerintahan Palestin dipegang 
oleh golongan sekular sedangkan AS menginginkan agar dokumen tersebut turut 
dipersetujui oleh kerajaan yang diwakili oleh kedua-dua golongan, sekular dan 
Islam. Persetujuan sebegini bererti bahawa penduduk Palestin, bukan setakat 
para pemimpin Arab sahaja, akan melepaskan segala hak mereka ke atas tanah yang 
telah dijajah oleh Israel pada tahun 1948. Inisiatif ini dipendam selama 5 
tahun sehinggalah baru-baru ini apabila pertemuan di Mekah menyatakan 
persetujuan untuk mematuhi dan menghormati segala peraturan antarabangsa dan 
persetujuan yang diterima di dalam wilayah (Timur Tengah); semua ini akan 
menjurus kepada pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Dalam suasana 
seperti inilah, idea kerajaan kesatuan nasional (national unity) diketengahkan 
di mana kerajaan ini menunjukkan kesediaannya menerima Inisiatif Arab yang
 saling tak tumpah dengan persetujuan Mekah, kecuali sedikit sahaja perubahan 
yang tidak bermakna. Dari sinilah AS mula mengusahakan semula Inisiatif 
tersebut, menghadiahkannya kepada para pemimpin Arab agar mereka dapat 
memberikannya nafas baru memandangkan kini, menurut mereka, seluruh penduduk 
Palestin sudahpun ‘diwakili’ oleh sebuah kesatuan nasional yang terdiri dari 
golongan sekular dan Islami. Kompromi dan penyerahan, satu demi satu oleh para 
pemimpin Arab (terhadap kehendak Amerika) telah membolehkan golongan 
Neo-Konservatif memberikan hadiah yang lengkap dan komprehensif kepada golongan 
Yahudi la’natullah. 
Wahai kaum Muslimin! Di atas nama Inisiatif Damai Arab, AS, di persidangan 
Beirut telah berjaya memadamkan (apa-apa persoalan dan tuntutan) tanah jajahan 
Yahudi 1948 dari kamus para pemimpin Arab. Dan hari ini, di Riyadh, ia sekali 
lagi berjaya menjamin kerjasama dan penerimaan kedua-dua sayap sekular dan 
Islami pihak berkuasa Palestin, yang dengan ini, memberikan jaminan Palestin 
akan menerima Inisiatif Damai AS. 
Para pemimpin dunia Arab, yang telah menerima Inisiatif ini mula menjustifikasi 
dan mengagungkan sesuatu yang pada hakikatnya adalah merupakan suatu penghinaan 
dan penyerahan bulat-bulat kepada Yahudi. Mereka (pemimpin Arab) mengatakan 
bahawa dengan Inisiatif ini, mereka akan dapat memperoleh tanah Palestin yang 
dijajah pada tahun 1967 dan membentuk sebuah kerajaan di sana. Padahal ini 
adalah merupakan pengakuan dari mereka (pemimpin Arab) bahawa mereka tidak 
mampu menentang Israel dan membebaskan Palestin dari Yahudi la’natullah. 
Hakikatnya, para pemimpin dunia Arab ini telah berbohong! Seandainya mereka 
menggerakkan tentera mereka untuk menentang Yahudi dan menyeru kepada setiap 
orang yang mampu untuk bersama-sama berjuang, di dalam peperangan yang sebenar, 
dan bukan lakonan, pasti mereka akan berjaya menghancurkan Israel. Meskipun 
hanya sejengkal tanah kaum Muslimin di jajah, adalah wajib bagi tentera kaum 
Muslimin untuk bergerak membebaskan tanah tersebut. Kaum Muslimin
 mesti terus berada dalam keadaan perang ke atas penjajah sehinggalah tanah 
tersebut dibebaskan semula. 
Perlu diingati bahawa melepaskan tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948 
sebagai pertukaran ke atas tanah yang dijajah pada 1967, sekiranya ini 
benar-benar berlaku, adalah merupakan pengkhianatan yang besar kepada Allah, 
RasulNya dan kaum Muslimin. Mereka yang melakukan pengkhianatan ini pasti akan 
berada dalam kehinaan di dunia ini dan akan disiksa dengan siksaan yang amat 
pedih di akhirat kelak – seandainya mereka mengetahui! Namun, jika semua ini 
tidak diendahkan sekalipun, Inisiatif Arab ini, dan beribu lagi yang serupa 
dengannya, ia juga sekali-kali tidak akan berjaya membebaskan bumi Palestin 
yang telah hilang pada tahun 1967. 
Telah menjadi sikap kaum Yahudi, sejak mereka ditempatkan di sana oleh British 
dan kuncu-kuncunya dan dibenarkan membina negara Israel, memeras untuk mendapat 
sesuatu yang lebih, setiap kali musuh mereka menyerah kepada mereka. Ini adalah 
kerana mereka sedar bahawa sekiranya musuh membuat penyerahan kali pertama, ia 
(musuh mereka, yakni umat Islam) boleh ditekan agar membuat penyerahan dan 
kompromi berulang-ulang kali. Mereka juga sedar sekiranya musuh boleh 
menyerahkan satu bahagian, musuh pasti akan dapat ditekan untuk menyerahkan 
bahagian yang lain. Oleh itu, setiap kali musuh berkompromi dan mengalah, 
mereka melihatnya sebagai satu mata kemenangan dan mereka akan terus berusaha 
untuk mendapatkan lebih mata; dan ini akan terus berulang tanpa kesudahan. Kaum 
Yahudi akan terus bermain permainan yang sama dan terus menikmati tanah jajahan 
yang mereka rampas pada 1967, melainkan jika mereka dikalahkan di dalam 
peperangan dan negara mereka dihancurkan.
Dengan pemikiran seperti ini, Yahudi akan terus mencacatkan Inisiatif ini, yang 
sememangnya telahpun cacat; samada mereka akan mengubah-ubah sempadan, membina 
tembok atau kawasan perumahan bagi penduduk Yahudi atau menyempitkan isu 
pelarian sehingga hanya sebahagian (pelarian) sahaja dan bukan semuanya, 
dibenarkan kembali ke Gaza dan Tebing Barat! Golongan Yahudi begitu yakin 
bahawa mereka akan dapat mencapai keinginan mereka ini kerana pada pandangan 
mereka, musuh yang telah menyerahkan tanah pada tahun 1948 akan terus 
menyerahkan sebahagian lain tanah yang dijajah pada 1967 tanpa rasa malu kepada 
Allah, RasulNya dan seluruh kaum Mukmin. Seperti kata pujangga, seseorang yang 
inginkan kehinaan akan pasti dihinakan – bagaikan tubuh yang telah mati, 
langsung tidak merasakan kesakitan walaupun tercedera!
Inisiatif Riyadh adalah bagaikan ‘hadiah’ kepada kaum Yahudi, sebagai tambahan 
dari ‘hadiah’ yang telah diberikan pada persidangan Beirut tahun 2002. Ini 
adalah kerana pemimpin Arab telah menandatangani dokumen ‘penjualan’ tanah 
jajahan 1948 sebagai pertukaran untuk sebuah negara kecil di atas tanah yang 
dijajah pada tahun 1967. Apa yang lebih indah kali ini bagi pihak Yahudi adalah 
dokumen tersebut telah dipersetujui oleh sebuah negara nasional yang terdiri 
bukan sahaja dari golongan sekular tetapi juga golongan Islami! Ternyata, 
apabila Saud al-Faisal (Menteri Luar Arab Saudi) ditanya, adakah sesuatu yang 
baru dalam persidangan ini? Dalam jawapannya, beliau menegaskan bahawa kerajaan 
kesatuan nasional Palestin telahpun bersetuju dengan para pemimpin Arab dalam 
komitmen mereka ke atas strategi yang dicadangkan untuk mencari penyelesaian 
kepada konflik Arab-Israel ini!
Wahai kaum Muslimin! Para pemimpin di persidangan Arab ini tidak akan merasa 
cukup dengan kejahatan dan kerosakan yang telah mereka hasilkan dalam isu 
Palestin ini. Mereka malah akan terus menikam perjuangan Palestin, sebagaimana 
yang dapat disaksikan dari keputusan dan resolusi mereka:
Mereka telah menyokong dan menaungi kerajaan sementara Somalia yang telah 
dicipta oleh AS di mana kerajaan inilah yang telah membantu usaha pendudukan 
tentera Ethiopia. Para pemimpin Arab ini juga langsung tidak membuka mulut 
ketika Perancis menyalakan konflik Darfor dengan pertolongan dari ejennya di 
Chad, lantas membuka jalan bagi tentera AS dan British untuk masuk campur. Para 
pemimpin Arab ini langsung tidak menjelaskan sebab sebenar terjadinya krisis 
ini malah mengambil sikap tidak peduli ketika krisis ini memuncak. Ketika AS 
menceroboh Iraq, para pemimpin ini bertepuk tangan! Dan ketika keganasan 
konflik di Iraq bertambah, kita lihat mereka bertambah rapat dan akrab dengan 
AS!! Mereka juga membiarkan isu Lebanon untuk diselesaikan melalui rundingan 
antara AS dan Perancis, tanpa sepatah perkataanpun yang keluar dari mulut-mulut 
mereka!
Selain dari isu-isu ini, para pemimpin Arab ini banyak memanipulasi fakta dan 
tidak mengatakan kebenaran. Mereka menganggap resolusi di persidangan Riyadh 
ini sebagai satu kejayaan di Palestin, Iraq, Sudan, Somalia dan Lebanon, walhal 
ia jelas-jelas suatu pengkhianatan yang telah dilakukan oleh diri mereka 
sendiri. Semoga Allah memerangi mereka kerana pembohongan-pembohongan ini!!
Wahai kaum Muslimin! Para pemimpin umat ini pada hakikatnya adalah sumpahan ke 
atasnya. Mereka telah berkali-kali membohongi umat dan kalaulah tidak kerana 
firman Allah di bawah ini, nescaya kami tidak akan mengatakan apa-apa pun ke 
atas segala yang berlaku:
"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: ‘Mengapa kamu 
menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan 
azab yang amat berat?’. Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: 
‘(nasihat itu adalah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan 
supaya mereka bertaqwa" [TMQ Al-A’raf (7):164].
Kami memohon keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, semoga dengan penulisan 
ini akan bangkitlah mereka yang tidur di kalangan kita, akan tersentaklah para 
pengkhianat dengannya dan akan sedar semulalah mereka yang selama ini mabuk 
dalam kepalsuan.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya 
dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada kamu 
sedangkan kamu mengetahuinya" [TMQ Al-Anfal (8):27].
Hizbut Tahrir
10 Rabiul Awwal, 1428H
29hb Mac 2007


 
____________________________________________________________________________________
Don't pick lemons.
See all the new 2007 cars at Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/new_cars.html 

Kirim email ke