18 MENYEDIKITKAN MAKAN 
=================================
RASULULLAH SAW bersabda: 
 
“Tidak ada satu tempatpun yang diisi oleh anak Adam, lebih buruk dan pada 
perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya 
 
supaya dapat tegak. Apabila ia tidak dapat men ghindari, hendaklah sepertiga 
makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minu mannya dan sepertiganya lagi untuk 
 
nafasnya.” 
(HR. Tarmizi, fbn Majah dan lbn Hibban), 
 
Rasulullah SAW telah memberitahukan kepada kita supaya membatasi makan. Sebab 
orang tidak akan dapat melindungkan dirinya dan kelemahan, kelumpuhan serta 
 
berbagai macam penyakit tanpa menyedikitkan makan. Membatasi makan dapat 
memberikan waktu istirehat bagi tubuh dan akal serta memelihara keduanya dan 
bahaya 
 
berbagai macam penyakit. 
 
Di dalam Al Qur’an juga dijelaskan supaya manusia itu berlaku sederhana, tidak 
melampaui batas dalam perkara makan dan minum. Sebagaimana firman Allah yang 
 
ertinya: 
 
“Makanan minumlah (tetapi) jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak 
men yukai orang yang berlebihlebihan.” 
(A1-A’rafi 31) 
 
Bagi mereka yang makan terlalu kenyang hingga melampaui batas akan menimbulkan 
berbagai macam gangguan, antara lain; tidak sanggup berfikir secara baik, 
 
lemah otaknya dan dapat menyebabkan ngantuk dan malas. Sebab barangsiapa yang 
banyak makan, banyak pula tidurnya, dan barangsiapa yang banyak tidur, 
 
banyaklah kebaikan yang lepas daripadanya.
 
Seperti kata orang: “Orang telah mengelilingi dunia, sedangkan dia masih tidur 
dan mendengkur.” 
Kerana banyak tidur, banyaklah waktu terbuang, padahal waktu sangat berharga 
dalam kehidupan seseorang.
 
Allah SWT berfirman yang ertinya: 
 
“Demi masa, sesungguhnya man usia itu benar-benar berada dalam kerugian, 
kecuali orang-orang yang beriman dan men gerjakan amal shaleh dan nasihat 
menasihati 
 
supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran.” 
(Al ‘Ashr: 1-3) 
 
Dalam perkara makan ini Lukman Al-Hakim memberikan nasihat kepada anaknya:
 
“Wahai anakku! Apabila perutmu penuh, tidurlah fikiranmu, hilanglah 
kebijaksanaanmu dan lemah lunglailah seluruh anggota badanmu sehingga malas 
beribadah. 
 
Adapun orangorang yang suka menyedikitkan makan dan minum, hatinya akan jernih, 
fikirannya terang, pandangannya tajam, syahwat nafsunya dapat dikalahkan, 
 
jiwanya dapat dituntun dan di bimbing.” 
 
Dan itu wahai kaum wanita, ketahuilah bahawa tujuan hidup seorang yang beriman 
itu adalah mengabdikan din kepada Allah, dan berusaha untuk tidak 
 
berlebih-lebihan dan keterlaluan atau bermewah-mewah dalam perkara makanan yang 
mungkin akan membawanya kepada berbagai ancaman kerosakan dan kemudharatan. 
 
19 BERKORBAN PADA JALAN ALLAH 
=================================

FIRMAN Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang ertinya: 
 
“Wahai anak Adam! Pindahkanlah simpananmu kepadaKu dan janganlah habis kerana 
terbakar, banjir dan bukan pula kerana di curi. Aku akan memberinya kembali 
 
secara tunai kepadamu, bila engkau sangat memerlukannya.” 
(HR. Baihaqi) 
 
Melalui Rasul-Nya Allah memberitahukan kepada kita, sesungguhnya bersedekah dan 
membelanjakan harta atau mendermakan pada jalan Allah itu, adalah suatu 
 
kebaikan apabila dilaksanakan dengan niat yang ikhlas, tidak sedikitpun 
dicampuri perasaan riya’. 
 
Diberitahukan pula, bahawa membelanjakan harta dengan jalan demikian, adalah 
merupakan simpanan dan tabungan yang langsung di simpan disisi Allah. Harta 
 
tersebut akan sentiasa terpelihara dan di jaga dengan balk, sehingga tidak akan 
terbakar, hilang kerana banjir atau di curi orang. Apabila orang yang punya 
 
memerlukannya kembali, maka segera akan diberikan Allah secara tunai dalam 
bentuk kemurahan rezeki. 
 
Dalam pendapat yang lain pula dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan 
simpanan di sisi Allah itu ialah: semua amal perbuatan dan ibadah kita, apapun 
 
bentuknya, baik yang dilakukan oleh lidah, hati, harta dan tenaga mahupun 
bentuk lain yang dilakukan dengan niat yang ikhlas. 
 
Oleh kerana itu wahai kaum wanita, apabila dirimu telah mengetahui harta 
simpanan di sisi Allah itu, maka hendaklah selalu berkorban dengan cara 
menyantuni anak yatim dan fakir miskin, atau orang-orang yang sangat 
memerlukannya. Dengan demikian, semoga Allah menjadikan dirimu sebagai orang 
yang suka membelanjakan harta di jalan Allah. 
 

28 LARANGAN MEMAKAI RAMBUT PALSU 
=================================

SEORANG wanita telah datang menemui Rasulullah SAW, katanya kepada baginda: 
 
“Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah 
diserang pen yakit demam cam pak yang men yebabkan rosak atau gugur rambutnya, 
adakah boleh saya memakainya dengan rambut palsu?” Rasulullah men jawab: “Allah 
mengutuk perempuan yang men jadi tukang rambut palsu dan perempuan yang 
metnakai rambut palsu.” 
(HR. Bukhari dan Muslim) 
 
Daripada Hamid bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau telah mendengar Mu’awiyah 
berucap di musim haji di atas suatu mimbar sambil beliau mencapai seikat rambut 
dan pada tangan seorang pengawal, katanya: 
 
“Hai penduduk kota Madinah, di manakah Ulama’-ulama’ kamu? Saya telah mendengar 
Rasulullah SAW melarang perbuatan seumpama mi sabdanya: “Sesungguhnya 
kemusnahan Bani Israel (Ban gsa Yahudi) itu ketika kaum wanitanya memakainya 
(rambut palsu).” 
(HR. Bukhari dan Muslim). 
 
Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud ra. sebuah hadis mauquf, sabdanya 
SAW:
 
“Allah mengutuk para wanita tukang cacah dan wanita yang meminta dicacah, 
wanita yang memendekkan rambut di bahagian bahagian mukanya, wanita yang 
menjarangkan giginya untuk kecantikan yang merubah keaslian ciptaan Allah.” 
 
Hadis ini telah sampai kepengetahuan seorang perempuan Bani Asad yang pandai 
membaca Al Qur’an, namanya Ummu Ya’qub, lalu ia datang menemui Abdullah untuk 
menanyakan mengenai hadis tersebut, kata Abdullah:
 
“Kenapa saya tidak boleh mengutuk orang yang telah dikutuk oleh Rasulullah SAW 
sedangkan hal ini terdapat di dalam kitab Allah.” 
 
Perenipuan itu berkata: “Sesungguhnya saya telah membaca seluruh Al Qur’an, 
tetapi saya tidak pernah menemuinya.” 
 
Abdullah menjawab: “Kalaulah saudari membacanya sudah tentu saudari telah 
menemuinya. Allah SWT telah berfirman: 
 
“Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang 
dilarangnya kepadamu maka tinggalkanlah.” 
(Al Hasyr: 7) 
 
Dan itu wahai kaum wanita, hindarilah dan perbuatan tersebut, supaya dirimu 
terhindar dan perbuatan haram, kerana tidak ada tempat yang lain, bagi setiap 
yang haram melainkan santapan yang empuk bagi api neraka. 
 
 

 
---------------------------------
8:00? 8:25? 8:40?  Find a flick in no time
 with theYahoo! Search movie showtime shortcut.

Kirim email ke