Anak saya yang sulung mendapat 5 A dalam UPSR. Di
Negeri Sembilan ini kalau sekolah agama ramai yang
minta SMKA SHAMS , sekolah agama bawah pentadbiran
Kementerian Pelajaran iaitu kerajaan pusat. Setakat ni
Alhamdulillah anak sulung saya ni, kira OK lah
pencapaian akademiknya, macam ketika di sekolah rendah
dulu.

Anak saya yang kedua pula, masa sekolah rendah periksa
mesti nombor 20 ke bawah ( 20 – 30 ). Tak pernahlah
dapat top 20, top 10 jauh sekali. Percubaan UPSR pula
dapat 5B. Kemudian bila UPSR Alhamdulillah dapat 4A
1B. Keputusan 4A 1B ni kalau dai sekolah swasta tidak
akan dilayan oleh Kementerian. Mereka wajibkan pelajar
5A saja dari sekolah swasta layak ke sekolah elit
macam SHAMS ni.

Saya pun tak adalah nak merayu pada Jabatan Pelajaran
untuk masuk SHAMS. Saya kata kat anak saya masuk
sajalah Sekolah Menengah Agama kerajaan negeri punya.
Belajar betul-betul, tunjukkan pada orang bahawa
belajar mana-mana pun boleh pandai. Tak semestinya
sekolah elit, sekolah cemerlang, sekolah kluster,
sekolah plaster ke, sekolah wawasan ke , pelajarnya
boleh cemerlang.

Jadi anak saya ni pun selepas ditemuduga dan ambil
peperiksaan dapatlah dia masuk Sekolah Menengah Agama
Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban (sekolah
yang satu masa dahulu terkenal kerana kes …..)

Baru-baru ni selepas ujian bulanan/semester pertama
Alhamdulillah anak saya ni mendapat nombor satu,
nombor yang tak pernah dia dapat masa sekolah rendah
dan mendapat 8 A 

Tak tahulah apa formula Sekolah Agama Kerajaan Negeri
Sembilan (bukan kerajaan pusat) sehinggakan pencapaian
akademiknya melonjak begitu ketara sekali. Nak katakan
sekolah ada kelas tambahan, tak ada pun. Nak katakan
sekolah banyak buat program akademik hujung minggu tak
ada pun.

Mungkin sebab tak banyak sangat program, gurunya
banyak beri tumpuan untuk mengajar pelajar. Itu
tanggapan saya saja.

Kesimpulannya Sekolah Agama yang dikendalikan oleh
Kerajaan Negeri Sembilan ini bukan calang-calang,
dengan kekurangan dana, kekurangan itu dan ini,
pelajarnya boleh cemerlang dengan adanya semangat
muhibbah antara guru, pelajar dan ibu bapa.

Silap haribulan dengan sedikit sokongan dan dorongan
sekolah agama milik kerajaan Negeri Sembilan Darul
Khusus ini pelajarnya akan lebih cemerlang daripada
sekolah dibawah pentadbiran kementerian pelajaran atau
kerajaan pusat. Dan silap haribulan juga jika kerajaan
pusat mengambil alih sekolah agama negeri, prestasi
pelajar akan merudum, sebab pelajar sudah biasa dengan
semangat muhibbah guru, pelajar dan ibu bapa.


     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Food fight? Enjoy some healthy debate 
in the Yahoo! Answers Food & Drink Q&A.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396545367


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke