Hujung minggu sedang ku rehat di ruang tamu rumah ku,
kedengaran bunyi orang beri salam di luar. Ketika itu
hujan sedang turun agak lebat. Rupanya 2 orang jiran
ku dari jalan 1.

Saya pun tanya apa halnya ni ? Abg Omar kata projek
pembentungan berpusat belakang rumahnya yang mula
hampir setahun sudah buat hal lagi. Kali ni katanya
kontraktor telah melepaskan air kumbahan IWK dari
Taman Satria terus ke anak sungai belakang rumahnya.
Dia kata benda ni berlaku 2 minggu sudah sehingga ke
hari ini. Setiap kali hujan pasti baunya menusuk kalbu
dan rupanya jangan cakaplah.

Saya pun kata pada abg Omar dan jiran seorang lagi.
Abang pergi Balai Polis Bandar Baru Senawang dan buat
laporan polis. Supaya mudah kita nak ajukan masalah
ini ke pihak berkaitan, kontraktor, Jabatan Alam
Sekitar, Menteri Besar (yang baru-baru ini
dipertanggungjawabkan oleh kerajaan pusat untuk
menjaga kesucian sungai).

Selang beberapa hari Pengerusi Surau dan Taman pun
membuatlah aduan bertulis difakskan kepada kontraktor,
Jabatan Alam Sekitar, Menteri Besar, IWK, JPS dan MPS.

Keesokan harinya kontraktor dan IWK menalipon
Pengerusi Surau (Ustaz Aimi) untuk bertanyakan lebih
lanjut masalah berkenaan dan berjanji akan menyiasat
dan mengambil tindakan.

Kesimpulannya rakyat mesti ambil peduli apa yang
berlaku disekeliling mereka. Jangan jadi macam bangau
atau jadi macam katak bawah tempurung. Ada masalah,
dibincang bersama. Ajukan masalah tersebut kepada
pihak yang berkenaan. Laporan media hanyalah langkah
terakhir sekiranya semua pihak tidak melayan aduan
kita.

Janganlah nak harapkan wakil rakyat, pengarah jabatan,
EXCO untuk turun padang. Sebab terlalu banyak masalah
rakyat yang perlu diambil peduli. Rakyatlah yang perlu
ubah sikap, bersikap proaktif, bersatu hati untuk
menyuarakan masalah mereka. Kita sudah ada pelbagai
saluran untuk mengadukan masalah kita kepada pihak
yang bertanggungjawab, samada melalui on-line, surat
menyurat, fax dan sms.

Sebarang masalah disekitar tempat kita ada jalan
penyelesaiannya jika kita ambil peduli. Tapi kalau
kita berpeluk tubuh harapkan pengerusi surau atau
taman , harapkan pengerusi JKKK, harapkan ketua
cawangan, harapkan wakil rakyat dan sebagainya,
alamatnya kena tunggu wakil rakyat kawasan kita
meninggal dunia barulah kawasan kita akan menjadi
tumpuan negara ataupun kena tunggu menjadi bahan
berita utama dalam akhbar atau TV.





     
  Syarak Mengata , Adat Menurut 
   
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  Laman web Misi Kemanusiaan
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
   





 
____________________________________________________________________________________
Don't get soaked.  Take a quick peek at the forecast
with the Yahoo! Search weather shortcut.
http://tools.search.yahoo.com/shortcuts/#loc_weather


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke