DARIPADA PENEROKAAN ALAM 
KEPADA PENGAGUNGAN TERHADAP ALLAH
Oleh Dr. Danial Zainal Abidin

Penguasaan ilmu-ilmu tentang alam dan kosmos menyedarkan kita tentang keagungan 
Allah. Bayangkan satu kosmos yang mempunyai 70 sextilion (iaitu 7 diikuti 
dengan 22 kosong) bintang-bintang. 70 sextillion menyamai 10 kali ganda jumlah 
pasir yang terdapat di semua pantai dan gurun di dunia ini. Sebahagian daripada 
bintang-bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang 
yang bernama KW Sagitarii, V354 Cephei dan KY Cygni adalah 1,500 kali lebih 
besar daripada matahari, seperti yang dinyatakan dalam Universe Today pada 
tanggal 11 Januari 2005. 
 

Namun 12-14 bilion tahun dahulu kosmos berukuran beberapa milimeter sahaja, 
sebelum ia mengembang ke tahap yang boleh dilihat pada hari ini. Cuba bayangkan 
keadaan pada hari ini, bintang yang terdekat dengan matahari, iaitu Proxima 
Centauri, berada 25 trilion batu (40 trilion kilometer) daripada matahari. 
Cahaya yang datang daripada bintang ini akan mengambil masa 4.2 tahun cahaya 
(light years) untuk sampai ke matahari, dan satu tahun cahaya menyamai 5.88 
trilion batu atau 9.46 trilion kilometer. 

 

Alangkah luasnya kosmos ini. Keluasannya tidak mampu dijangkau oleh minda. Ia 
menginsafkan kita tentang kekerdilan diri kita sebagai insan. Agak-agaknya 
dalam peta kosmos ini, secara relatifnya, besar manakah kita sebagai seorang 
insan? Sebesar satu titik pena, sebesar debu atau hanya sebesar atom? Alangkah 
kerdilnya insan. Benarlah Allah yang berfirman dalam surah al-Mukmin ayat 57 
yang bermaksud, "Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi adalah lebih besar 
daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

 

Bintang-bintang yang wujud di kosmos pula tidak pegun. Ia bergerak, ia 
berputar, ia berpusing dan di saat kehancurannya ia meletup dengan satu letupan 
yang amat dahsyat. Namun alam terus wujud dalam keadaan harmoni, suasana kosmos 
tetap stabil dan bumi tidak terkesan dengan semua itu. Siapakah yang menentukan 
kesemua ini? Perancangan siapakah yang menyebabkan bintang-bintang ini tidak 
berlanggaran antara satu dengan lain? Siapakah yang menentukan kestabilan 
kosmos selepas letupan bintang yang dahsyat yang dikenali sebagai supernova 
berlaku? Sudah pasti perancang dan pencipta ini maha hebat, dan sudah pasti dia 
mencipta segala ini dengan penuh kehalusan dan kasih sayang. Allah berfirman 
dalam surah al-An'am ayat 12 yang bermaksud, "Katakanlah, 'Kepunyaan siapakah 
apa yang ada di langit dan di bumi?' Katakanlah, 'Ia kepunyaan Allah.' Dia 
telah menetapkan ke atas dirinya kasih sayang."

 

Memang benar, kosmos dan apa yang terdapat dalamnya amat mengagumkan kita. 
Namun apabila fenomena-fenomena yang berlaku ini (yang rata-ratanya hanya baru 
difahami pada abad ke-20), dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran, kekaguman 
kita meningkat. Al-Quran menyatakan bahawa langit dan bumi pada asalnya 
bercantum padu sebelum kedua-duanya dipisahkan (al-Anbiya ayat 30).  Al-Quran 
juga menyatakan bahawa langit dan bumi dicipta daripada asap (Fussilat ayat 
11). Tambahan daripada itu, daripada al-Quran kita mengetahui bahawa kosmos 
sebenarnya sedang mengembang (az-Zariyat ayat 47), dan begitulah seterusnya. 
Kekaguman ini akhirnya melahirkan iman dan keyakinan seperti yang telah berlaku 
kepada profesor Tejatat Tejasen, pakar anatomi daripada Universiti Chiang Mai. 

 

Justeru benarlah firman Allah dalam surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud, 
"Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk 
(penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa 
al-Quran itu benar."..........................



** (DARIPADA BUKU KE-11 DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN BERTAJUK QURAN SAINTIFIK: 
MENEROKA KECEMERLANGAN ISLAM DARIPADA TEROPONG SAINS". TESTIMONIAL OLEH SS 
DATO' SERI (DR) HJ HARUSSANI, SS DR. ASRI, PROF MADYA DR MOHD HATTA SHAHROM DAN 
DR TENGKU ASMADI......... 

** SILA LIHAT DI  
http://www.pts.com.my/modules.php?name=Katalog_Buku_v2&op=ViewBookDetails&bid=619http://www.pts.com.my/modules.php?name=Katalog_Buku_v2&op=ViewBookDetails&bid=619
  

Komen Zaid Akhtar (seorang penulis / novelis):  

** Dapatkan Segera Di Booth Kumpulan PTS (booth 3148 hingga 3153), bersempena 
Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC, KL, 27 April - 6 Mei 2007. Jumpa Dr Danial di 
sana pada 1 Mei 2007, jam 1.00-2.00 petang.


   

Kirim email ke