Salam,
   
    InsyaAllah Kelas Quranic Arabic Online akan diadakan pada masa yang sama, 
Rabu, jam 9.30-10.30mlm waktu Malaysia. Seperti biasa ia akan diadakan di 
Paltalk, room 'Kelas Quranic Arabic Online' yang terdapat di bawah category 
Religion, sub-category Islam. Room dibuka kira-kira setengah jam sebelum kelas 
bermula.
   
  Kelas akan dimulakan dengan ulangkaji kedua-dua Gantinama Diri 'Separate 
Pronouns' dan 'Attached Pronouns'. Kefahaman ini bab ini penting untuk 
pengajian di masa hadapan. Sila ulangkaji kertas Latihan 2 dan bandingkan 
dengan Nota 3 yang terdapat di folder Kelas Quranic Arabic Online di bahagian 
Files di http://groups.yahoo.com/group/Tafsir_AlQuran/ Sila download dan print 
Kertas Latihan 3 untuk pembelajaran minggu ini.
   
  Jangan lupa untuk sediakan kitab Al-Quran dan Terjemahnya yang akan dirujuk 
dari masa ke semasa sewaktu kelas. 
   
  Bagi yang masih belum mengikuti kelas ini, anda belum terlambat. Sila lihat 
folder Kelas Quranic Arabic Online yang mengandungi bahan kelas yang lepas. 
Boleh hubungi saya sekiranya perlu penerangan lanjut.
   
  Wassalam
  Abu Muaz


       
---------------------------------
 Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for 
your freeaccount today.

Kirim email ke