Rayu anak tiri mengaku

Oleh Meor Riduwan Ahmad

SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh
anak kandungnya sanggup melutut dan merayu sambil
berpura-pura menangis di hadapan anak tirinya untuk
memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian
adiknya (mangsa).

Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun
memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam,
disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu tirinya
menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh
adik yang berlainan ibu itu biarpun dia tidak
bersalah.

Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian
ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim
Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk
Zaharah Ibrahim.

Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor,
memujuknya di rumah ketika bapanya tiada dengan
memberi jaminan akan cuba melepaskannya andai
dimasukkan ke pusat kebajikan.  'Emak cakap, 'Long
(nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh
adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung,'
katanya.  

Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya
menendang dan memukul adiknya sehingga mangsa
mengerang kesakitan dan muntah tidak berhenti-henti
selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya
kepada bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut
kepada tertuduh.  

Salina, 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz,
3, di rumah mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya
Selatan, Ampang Jaya, antara jam 5.30 petang pada 4
April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.  Dia diwakili
peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.

Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik
lain hasil perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya
yang sudah meninggal dunia.

SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004,
jam 5.30 petang?
SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan
ibu) yang sulung bermain sambil buat kereta mainan di
tepi rumah. Ketika itu saya dengar emak pukul adik
Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke
dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian,
saya masuk ke rumah dan tengok emak tendang adik
Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan marah.
SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?
SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang.
Mula-mula dia menangis tapi selepas itu senyap. Saya
tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik Syakir depan
saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali
dia tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti
sekuat mana emak tendang tapi dari muka dia nampak
sekuat hati.
SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?  
SP4: Dia terus senyap.
SALIM: Apa kamu buat?
SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada
saya sambil kata: 'Kau basuh berak anak sial ni'. Emak
baling kena tangan dan saya cuba sambut tapi tak
berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab
apa-apa dan terus angkat adik bawa ke bilik air di
sebelah rumah. Selepas basuh berak adik Syakir, saya
masuk semula ke rumah.  
SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah
dia menangis?
SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke
bilik air, dia mengerang sakit. Saya tak tanya dia
sakit di mana, tapi Nampak tangannya pegang perut.
Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan
pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat
keadaan dia okey saja dan sambung buat kereta mainan. 

SALIM: Seterusnya?
SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan
emak terus masuk ke rumah dan keluar semula lima minit
kemudian. Emak tanya saya, 'Along... apa pasal Syakir?
Saya cakap 'mana Along tahu' dan tanya mengapa. Emak
kata, 'jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan
muntah'. Saya lap muntahnya dan dia terus muntah
banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu kira-kira jam
6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari
hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap
kali muntah saya akan lap.
SALIM: Apa tindakan emak?
SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir
ke klinik. Pada 6 April 2004 saya lari dari rumah
sebab tidak tahan semua urusan adik Syakir saya kena
buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak
diberitahu langsung.

Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh
menguruskan Syakir, dia melarikan diri ke rumah abang
angkatnya dikenali 'Abang Talib' pada 6 April 2004
hingga 2 petang 7 April 2004. Katanya, ketika balik ke
rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan membawa tiga
bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya
kerana melarikan diri dan membiarkan Syakir.

'Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan
badan biru. Emak suruh saya jaga adik di hospital.
Saya cakap bukan salah saya mengapa kena
bertanggungjawab, ' katanya sambil memberitahu dia
kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali
Abang Mat di lombong Speed Boat.

Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina
Abdullah berkata ketika bertugas di bahagian
pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang lelaki bernama
Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laboran
kematian anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai
akibat ditendang dan dipukul dengan penyangkut baju
oleh abangnya berusia 14 tahun.

Perbicaraan bersambung hari ini. 


-----------------------------------------------------------------------
ImpianaSoft myName® -- The Easiest and Most Powerful Software for Exploring 
MUSLIM BABY NAMES -- Library and search engine for exploring and creating 
MUSLIM BABY NAMES and any related information. Get Free Download for Trial 
Version here: http://www.21stcenturymuslim.com/myname


 
____________________________________________________________________________________
No need to miss a message. Get email on-the-go 
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.
http://mobile.yahoo.com/mail 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke