Warga Emas Palestin Lebam Dipukul Rejim Zionis.
   
  Jumaat, 04/05/07 - Askar-askar rejim Zionis menahan warganegara Palestin 
berumur 60 tahun, Sabri Gharib dan menyebabkan luka dan lebam-lebam termasuk 
tiga anaknya di Kampung Beit Egza, barat laut Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan berkata Gharib dan tiga anaknya membantah tindakan merobohkan 
pagar rumah mereka oleh pekerja-pekerja pembinaan tembok pemisah yang hampir 
dengan rumahnya.Askar rejim Zionis dihantar untuk membantu pekerja-pekerja 
tersebut dengan memukulkan lelaki tua itu dan anak-anaknya seterusnya membawa 
mereka ke satu lokasi yang tidak diketahui disebabkan oleh tindakan 
mempertahankan rumah mereka.

Rejim Zionis telah menyita berpuluh-puluh bidang tanah kepunyaan Gharib selama 
lebih 20 tahun lalu dan hanya meninggalkan rumah untuknya, juga menahannya 
lebih 20 kali atas protes berikutan langkah yang bersifat menindas itu. Dalam 
salah satu tangkapan itu dia pernah dikurung selama tiga tahun.Dalam satu 
perkembangan lain, saudara pemimpin Hamas yang dipenjarakan, Ra'fat Nassif 
berkata pihak berkuasa penjara Israel telah menahannya dalam penjara Sheeba 
lebih 12 hari yang lalu.Beliau berkata Nassif, 42, ditahan dalam sel 
pengasingan yang kecil atas arahan pengarah penjara sebagai satu hukuman atas 
sebab yang terlalu remeh.

Nassif yang mempunyai tiga tahun daripada hukuman empat tahun setengah yang 
dijatuhkan ke atasnya terjejas akibat migrain dan mengalami sakit perut. 
Saudaranya itu juga menyatakan kebimbangannya berikutan kemerosotan keadaan 
kesihatannya akibat berada dalam sel pengasingan itu.Mereka merayu supaya 
persatuan palang merah dan institusi-institusi sah yang lain untuk segera masuk 
campur bagi membolehkan Nassif keluar dari sel pengasingan serta membenarkan 
mereka melawatnya sebagai usaha untuk memaksa pihak berkuasa Israel menamatkan 
dasar penjara berasingan terhadap banduan-banduan Palestin secara umum.
  
 
  Seorang wanita di tembak mati di Khan Younis.
   
           

    Jumaat, 04/05/07 - Sumber perubatan Palestin memberitahu Khamis 03/05/07 
seorang wanita ditembak mati oleh penembak yang tidak dikenali di bandaraya 
Khan Younis.

Sumber menambah bahawa Raghda Alghalyeeni,24, dibunuh serta merta dengan 
sebutir peluru hidup, semasa berdiri di depan rumah beliau.Sepanjang beberapa 
bulan yang lepas kejadian keganasan semakin menjadi-jadi,di mana beratus-ratus 
orang telah dibunuh dan dicederakan.
   
  Kementerian dalaman telah melancarkan satu pelan keselamatan baru-baru ini 
bagi mengawal keganasan tersebut.


  Note: sumber : http://www.palestine-info.com 
 
   
  'Allah akan sentiasa menolong hambaNya selagi hamba 
  tersebut menolong saudaranya' 
  (Diriwayatkan oleh Muslim)
   
   
  Sumbangan kepada rakyat Palestin boleh disumbangkan melalui JIM 
International. Akaun untuk menderma kepada rakyat Palestin: 
  PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA 
  Bank Islam Malaysia Berhad, no akaun: 12113010005797 
   
   
   
  Zun 'Arif Hakim Abdul Rahman
  JIM InternationalKasih Ummah
  www.jim.org.my; www.palestinkini.info
  HP:013-335-1130; O/Fax: 03-4260-1130; Email:[EMAIL PROTECTED]
   

 
---------------------------------
The fish are biting.
 Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.

Kirim email ke