----- Original Message ----- From : [EMAIL PROTECTED]
Sedekah adalah satu kebajikan yang sangat dituntut dalam Islam. Allah memberi
amaran kepada mereka yang bakhil melaui firman-Nya, Dan jangan sekali-kali
orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka
daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka.
Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa)
apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan : 180)
1. Apakah konsep sedekah dalam Islam?
Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita
sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita
tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih
menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh
orang lain. Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid, surau,
rumah anak yatim atau sebagainya.
Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk
digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini
dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,
Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu
sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu
adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian
daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.
(al-Baqarah: 271)
2. Kebanyakan umat Islam beranggapan bersedekah mesti melibatkan wang ringgit
dan berbentuk material sahaja. Adakah tanggapan ini benar?
Itu adalah tanggapan yang silap. Sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit
sahaja. Rasulullah pernah bersabda, kalau tidak boleh memberi sesuatu benda,
senyumlah kerana senyuman adalah sedeka. Begitu juga membuang duri di jalanan
adalah sedekah hatta berkata-kata perkara yang baik pun termasuk dalam sedekah.
Ini terkandung dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Ternyata sedekah itu bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Ini juga memberi
semangat kepada golongan yang kurang berada bahawa pintu bersedekah ini terbuka
luas bukan hanya kepada golongan kaya. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah,
daripada Jabir bin Abdullah, katanya:
Rasulullah pernah bersabda, Tiap-tiap perkara yang maaruf menjadi sedekah.
Antara perkara yang maaruf itu hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan
saudaramu (sesame anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang
meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang di
bawanya. (Riwayat Imam Ahmad).
Orang kaya dan orang miskin masing-masing digalakkan bersedekah menurut
kemampuannya. Tetapi orang miskin yang bermurah hati ingin bersedekah boleh
bersedekah ala kadarnya asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang-orang
yang menjadi tanggungannya. Sesudah itu kalau ada yang berlebih daripada yang
diperlukannya, baharulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang
lain.
Hadis ini menerangkan satu dasar atau kaedah umum dalam Islam bahawa tiap-tiap
perbuatan yang baik adalah menjadi sedekah dan sedekah itu pula membawa rahmat
di dunia dan akhirat. Ia juga mendidik supaya setiap orang sentiasa bermuka
manis dan berbudi bahasa semasa berhubung dengan orang lain. Selain itu, ia
menegaskan bahawa segelas air sejuk sekalipun yang diberikan kepada orang yang
memintanya adalah termasuk dalam perkara-perkara yang baik dan berpahala.
3. Apakah maksud sedekah jariah?
Sedekah jariah ini adalah pemberian yang bermanfaat dan yang baik. Paling utama
adalah memberi sesuatu yang menjadi kesayangan kita atau yang setaraf
dengannya, Ini bertepatan dengan firman Allah, Kamu tidak sekali-kali akan
dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu
dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan : 92)
Dalam satu hadis, Rasulullah bertanya kepada Saidina Ali, Wahai Ali, apa yang
engkau suka dalam dunia, Ali menjawab, memberi makan apa yang aku makan. Oleh
itu, jika berniat untuk bersedekah kepada jiran, elok memberi makanan yang sama
dengan yang kita makan. Contohnya, kalau beli kepala ikan, pastikan yang
sedekahkan itu juga kepala ikan bukan isi ikan. Dengan kata lain, jangan kita
sedekah sesuatu yang kita sendiri tidak mahu dan ia pula tidak lagi boleh
digunakan atau dipakai.
4. Apakah fadilat bersedekah?
Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala
dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan
mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga
kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang
bermaksud, Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan
kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan
kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri,
isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang
memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik
kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.
5. Bolehkan kita bersedekah kepada orang kaya?
Sedekah kepada orang kaya tidak mencapai matlamat bersedekah unutk mereka yang
memerlukan. Dalam hal ini, saya suka menyentuh dalam hal bab daging korban.
Sepatutnya golongan kaya tidak perlu mengambil daging korban. Ia patut diberi
kepada orang yang lebih memerlukan. Ada golongan fakir yang berada di luar
bandar yang hidup mereka sangat daif . Golongan beginilah yang patut
diutamakan.
Bagi orang berada pula, mereka yang berhajat menunaikan ibadat korban eloklah
mencari kawasan yang mempunyai fakir miskin ataupun negara jiran yang
memerlukan. Semua ini hanya boleh dicapai jika nafsu tunduk kepada agama dan
akal. Ini kerana nafsu ini tidak pernah puas. Bagi mencapai tingkatan nafsu
mutmainnah, nafsu perlu dididik dengan agama, ilmu, amal dan akal. Selagi ini
berlaku, manusia akan selamat.
Sumber : Utusan Malaysia, 10 0ktober 2006
----- Original Message ----- From : [EMAIL PROTECTED]
- Sikap tamak punca ditipu dengan air liur
oleh JAMILUL ANBIA MOHD DENIN
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal
pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan penjenayah kolar
putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta sepanjang tahun lalu,
Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan
kes jenayah penipuan di Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan
semakin licik dan canggih.
"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala penipuan
terancang sukar dibenteras sepenuhnya,
Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang mereka
mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.," katanya.
Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti berikut:
____________ _________ _________ __
1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta
Modus operandi:
Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi
dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah
berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.
Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran
tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan
sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan
itu milik orang lain.
2) Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes:120
Jumlah kerugian:RM2.8 juta
Modus operandi:
Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan
mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi.
Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran
ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan
bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.
3) Taktik:Jual beli kereta
Jumlah kes:71
Jumlah kerugian:RM2. 1 juta
Modus operandi:
Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman
atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan
kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan
bank.
Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau
menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya
mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan
menghilangkan diri bersama kereta.
4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta
Modus operandi:
Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang
kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa ditawarkan
bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.
Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru
kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit
simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.
Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa adalah
penduduk dikawasan kampung.
5) Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes:135
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta
Modus operandi:
Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka
memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket, termasuk wanita,
mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas
pemilik kereta mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga
asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran
sebanyak RM10, 000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah
berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.
Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan
nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati
tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.
6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes:63
Jumlah kerugian:RM1. 3 juta
Modus operandi:
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat
dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya
menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditubuhkan.
Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala
syarikat dimaksudkan tidak wujud.
7)Taktik:Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes:106
Jumlah kerugian:RM782, 510
Modus operandi:
Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan komputer
yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam
turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum
barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan anggota
sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
8)Taktik:Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes:330
Jumlah kerugian:RM700, 000
Modus operandi:
Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana
memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat
bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa menyedari tertipu
apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan.Polis kesal kerana banyak
kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih
tidak ambil berat.
9)Taktik:Gores dan menang
Jumlah kes:53
Jumlah kerugian:RM281, 334
Modus operandi:
Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,kedai atau tempat awam.Mangsa
diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi.
Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.
Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya
dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.
Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau
pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
10)taktik:Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes:13
Jumlah kerugian: RM264,000
Modus operandi:
Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi
pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan
cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan didapati tidak
wujud.
Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia
memulakan perjalanan.
11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikan
dan rumah kos rendah
Jumlah kes:45
Jumlah kerugian:RM178, 000
Modus operandi:
Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu
tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap
bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus. Untuk
memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka
akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah.
Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk
keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu
diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes:6
Jumlah kerugian:RM161, 000
Modus operandi:
Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai
mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta
membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat,
wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel.