SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah
Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari
syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang
dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar
Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat
pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari
kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda
kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah
Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah
memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi
Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat
rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya
dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan
bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah
Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh
Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat
kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam
dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan
Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib
ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh
Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah
Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat
pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada
Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan
tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam
yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat
ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu
hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah
Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah
tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya
itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat
pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat
ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun. 


-----------------------------------------------------------------------
ImpianaSoft myName® -- The Easiest and Most Powerful Software for Exploring 
MUSLIM BABY NAMES -- Library and search engine for exploring and creating 
MUSLIM BABY NAMES and any related information. Get Free Download for Trial 
Version here: http://www.21stcenturymuslim.com/myname


 
____________________________________________________________________________________
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check. 
Try the Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/newmail_tools.html 


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke