Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 



[2.215] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka 
belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) 
yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, 
dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar 
dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis 
kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas 
dengan sebaik-baiknya). 
 
[2.177] Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak 
timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, 
dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan 
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum 
kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar 
dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan 
hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan 
zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka 
membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, 
dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang 
Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang 
benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang 
yang bertaqwa. 
 
[4.36] Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan 
Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu 
bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran 
tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang 
musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah 
tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; 
 
[4.37] Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta 
menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah 
kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab 
seksa yang amat menghina; 
 
[4.38] Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk 
kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak 
juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu 
menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan. 
 
[4.39] Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman 
kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa 
yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa 
Mengetahui akan keadaan mereka. 
 
[4.40] Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun 
seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal 
kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala 
yang amat besar. 
 
SodaqAllah ulAdzim
 
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri

  ----- Original Message ----- 
>From : [EMAIL PROTECTED]






 

 
Pada 23 April 2007, satu kebakaran besar telah meranapkan sebuah rumah anak 
yatim di Janda Baik.
 
Rumah ni adalah di bawah naungan, Dato' Nik Mohamed Mahmood. Punca kebakarn 
disyaki akibat short curcuit akibat petir. 
 
Minta jasa baik kalau ada baju untuk kanak kanak dari umur 5 tahun ke 17 tahun 
untuk didermakan. Atau alat alat keperluan sekolah. 
 
Boleh lah dihantar ke ofis kami: 
 
KUMPULAN SENIREKA SDN BHD 
Tingkat 13, Wisma Bumi Raya 
Jalan Raja Laut 
T 03.2693.6688 
F 03.2691.8448 
 
Or, kami boleh arrange pick-up. 
Tolong la war warkan... 
Terima kasih 


¸.•*¨) ¸.•*¨)  ¸.•*¨) 
Najib Kamarudin - 0198303237
 
 
 ----- Original Message ----- 
>From : al-Quran






 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 
[6.6] Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang 
telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami 
teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang 
tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan 
lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian 
Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan 
sesudah mereka, umat yang lain? 
 
[7.99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan 
buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang 
merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu 
melainkan orang-orang yang rugi. 
 
[7.100] Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada 
orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana 
ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan 
mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di 
atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat 
pengajaran)? 
 
[7.101] Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan 
sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya 
telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang 
nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka 
telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati 
orang-orang yang kafir. 
 
[7.102] Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang 
ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang 
yang fasik. 
 




[36.31] Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami 
binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi 
kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan). 
 
[36.32] Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat 
perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). 
 
[44.37] (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang 
lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang 
terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana 
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa. 
 
SodaqAllah ulAdzim
 
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri


 
 

----- Original Message ----- 
>From : [EMAIL PROTECTED]






 
Oleh Nasron Sira Rahim

ANDA menyangka zaman purba adalah zaman yang mundur? Jika itu tanggapan anda 
mengenai zaman silam yang wujud ratusan, ribuan atau jutaan tahun lalu, fikir 
kembali.


Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini 
seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah dunia mundur, 
tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.

Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan artifak purba 
menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya sudah begitu maju 
dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik daripada zaman 
sekarang!

Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita dimaklumkan yang era 
perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200 lalu malah teknologi 
komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar 1940.

Akan tetapi, artifak purba serta catatan kuno yang ditemui saintis menceritakan 
sebaliknya - masyarakat zaman purba sudah memiliki teknologi hebat serta maju 
dalam pelbagai bidang terutama sains.

Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang 
serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi 
mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi. 

Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka rahsia sains dan 
dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi. Berikut adalah 
antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah dunia purba lebih 
maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:

Penemuan bateri dari Baghdad, Iraq

Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja 
mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh 
tertanam di tapak itu.

Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang 
disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 
sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.

Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti 
bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu! 
Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan 
bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. 

Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 
5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 'menafikan' Michael 
Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum 
elektrolisis pada 1831. 

Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 
1.5 volt hingga dua volt. 

Kalkulator kuno.

Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak 
berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai 
jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi 
sebagai 'kalkulator' yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Reaktor nuklear berusia dua juta tahun.

Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu 
ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.

Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang 
radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada 
zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan 
pada zaman kini.

Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua juta tahun lalu 
sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai 
sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Kanta optik

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui 
kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.

Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya 
sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali 
dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu 
menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta 
serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Jantung buatan

Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui 
jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung 
buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu 
memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Robot

Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta 
berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi 
berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari 
seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh 
seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.

Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat merekod jarak 
perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa 
kawalan manusia.

Kenderaan 

Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir 
menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu 
dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu.

Gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan 
pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di 
Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang 
moden ditemui. 

 



 
---------------------------------
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta.

Kirim email ke