Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian semoga dirahmati allah.
Terima kasih tidak terhingga diatas kesudian sahabat sekalian membalas e-mail saya berkenaan lawatan ke langkawi. sukur...sekarang saya dah agak faham berkenaan dengan langkawi dan tempat2 yang terdapat disana walaupun belum lagi kesana. Sahabat, Tujuan saya kesana adalah untuk berbulan madu dan setelah saya fikirkan perbagai perkara serta buget yang ada... saya berpendapat untuk mengunakan sahaja perhidmatan Airasia melalui pakej yang ditawarkan. jadi saya amat berharap jika ada dikalangan sahabat sekalian yang tahu berkenaan pakej tersebut dan hotel mana yang sesuai untuk saya menginap. berkenaan dengan kemudahan transport dipulau langkawi bagaimana pulak...ada orang kata ada disediakan kereta dan motor untuk disewa...betul ? dan tempat2 makanan yang menarik serta agak berpatutan disana ? saya amat berharap agar sahabat sekalian dapat membantu saya serta ianya juga dapat memberikan maklumat yang sama pada sahabat yang lain . Sekian, Terima Kasih. Wassalam.

