Dengan izin moderator

SOHO (Small Office Home Office) merupakan konsep untuk perniagaan kecil
yang diurus dan beroperasi dari rumah. Kajian oleh sebuah syarikat
penerbitan di United Kingdom (Your Business At Home, EMP Plc. 2007)
menganggarkan menjelang tahun 2010, lebih 50% dari populasi masyarakat
yang bekerja di pejabat atau berniaga akan beroperasi dari rumah sama
ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Fenomena SOHO telah pun bermula di negara ini dan sebagai buktinya
kebanyakan mereka yang mungkin juga anda kenali, sama ada bekerja atau
berniaga mempunyai pejabat di rumah walaupun tidak secara sistematik.
Perniagaan berkonsep SOHO sepertimana perniagaan lain juga perlu
dirancang dan diuruskan dengan baik terutama dari segi operasi,
pemasaran dan kewangan bagi memastikan perniagaan dapat terus berkembang
maju.

Konsep SOHO amat sesuai untuk usahawan yang memberi perkhidmatan seperti
penulis, perunding kewangan, perunding perniagaan, usahawan jualan
langsung, tenaga pengajar sambilan, tukang jahit pakaian, usahawan spa
dan kecantikan secara mobile, katering (caterer) berskala kecil, pereka
laman web dan banyak lagi.



Adakah saudara

Ingin bekerja sambilan dari rumah dengan menggunakan komputer dari
rumah.
Hendak memasarkan perniagaan dari rumah melalui majalah dan akhbar.
Mengukuhkan jenama perniagaan kecil dengan penulisan
Menjana kewangan dari komputer rumah saudara melalui penulisan.
Menambah pendapatan sedia ada tanpa perlu keluar dari rumah.

Woksyop Penulisan Untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office)

Woksyop Penulisan Untuk Usahawan SOHO (Small Office Home Office) memberi
saudara tip-tip untuk menjana pendapatan melalui penulisan di akhbar dan
majalah dan membina jenama anda sebagai usahawan dari rumah!

Ia diadakan khusus untuk anda!

Siapa yang menganjurkan?

Woksyop ini dianjurkan oleh Sprint Career Academy (klik)
<http://www.akademibisnes.wordpress.com/> , organisasi yang bergerak
aktif sejak tahun 1996 dalam bidang kajian dan pembangunan (R&D),
penerbitan, latihan serta konsultansi bisnes kecil. Sprint Career
Academy <http://www.akademibisnes.wordpress.com/>  juga melibatkan diri
dalam bengkel francais dan F&B (Food & Beverage).

Siapa perlu menyertainya?

Usahawan yang ingin meluaskan perniagaan.
Mereka yang ingin bekerja sebagai penulis bebas untuk majalah dan
akhbar.
Pekerja dari sektor kerajaan dan swasta yang ingin mencipta sumber
kewangan alternatif
Suri rumah sepenuh masa yang ingin bekerja dari rumah.

Sesiapa sahaja yang ingin mencipta pendapatan melalui majalah dan
akhbar.

Biodata Jurulatih

ZAMRI MOHAMAD : JURULATIH PENULISAN

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar
tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan
meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau
muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui
ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan
Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan
Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa
bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar
Channel, MITV.

Kini beliau menjawat jawatan Pembantu Penasihat Media, Jabatan Rektor,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Aktif menggerakkan dan memenuhi jemputan bagi mengendalikan
bengkel-bengkel penulisan dalam skala kecil untuk para remaja sekolah
dan institusi pengajian tinggi yang berminat menghasilkan penulisan
berbentuk rencana dan buku.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dalam
pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan
televisyen tempatan.

RIDZUAN MOHAMAD : JURULATIH SOHO

Bermula sebagai seorang usahawan SOHO, Ridzuan Mohamad kini merupakan
pemilik Sprint Marketing Concept (SMC), sebuah organisasi perunding yang
berdaftar di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk tugas-tugas
berkaitan perniagaan francais.

Pada awal penubuhan SMC pada tahun 1996, beliau telah menjalankan
perniagaannya secara sambilan dan beroperasi dari apartmentnya di Hulu
Kelang yang juga menjadi pejabat perniagaan SMC ketika itu. Sejajar
dengan perkembangan perniagaan, SMC telah berpindah ke pejabat yang
lebih besar di kawasan komersial di Medan Idaman Business Centre, Gombak
pada tahun 2002.

Beliau mempunyai gabungan pengalaman selama 15 tahun didalam bidang
perbankan, pengurusan, pemasaran dan francais tempatan serta luar
negara.

Selain dari menguruskan perniagaan di SMC, beliau juga merupakan penulis
buku-buku panduan perniagaan kecil dan francais yang diterbitkan oleh
Sprint Career Academy.

Berapakah maksimum peserta?

Kami percayai kualiti dalam bimbingan peserta. Hanya SEPULUH orang
sahaja pada satu-satu masa. Bagi memastikan saudara mendapat tempat
daftar sekarang.

Di mana dan bila kursus ini akan di adakan?

Tarikh : AHAD 15 Julai 2007

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

  [main.jpg]

Hotel Vistana

  [meet.jpg]

Bilik Seminar, Bengkel Penulisan Untuk Usahawan SOHO


  [map.gif]

JADUAL

Pagi

09.00-10.00 Dunia Penulis Bebas
10.00-11.00 Veni Vedi Vici Dunia Majalah
11.00-12.00 Menjana Idea dan Pengurusan Maklumat

Tengah hari

12.00-01.00 Mulakan Penulisan Anda & Menghantar Artikel

Petang

01.00-02.00 Rehat
02.00-03.00 Merancang Struktur Perniagaan SOHO (Penyediaan Rancangan
Perniagaan)
03.00-04.00 Mengurus Perniagaan Dari Rumah (Pejabat, Operasi dan
Pemasaran)
04.00-05.00 Merancang Kewangan Perniagaan SOHO (Asas-asas Perakaunan)

PRA PENDAFTARAN

http://streetsmart101.wordpress.com/woksyop/
<http://streetsmart101.wordpress.com/woksyop/>

Kirim email ke