APAKAH YANG ALLAH SWT KEHENDAKI DARI DIRI KITA?


Kita perlu bertanya: apakah yang dituntut oleh Allah SWT untuk kita

laksanakan. Dengan perlaksanaan tuntutan Allah SWT ini kita akan

meraih kejayaan. Allah SWT telah menjelaskan di dalam al Qur'an bahawa

yang Allah kehendaki atas diri kita adalah kita berusaha menjadi

mukmin dan mujahid. Seorang mukmin adalah `yang benar dan teguh dalam

keimanan kepada Allah SWT. Mujahid pula adalah `yang berjuang atau

berjihad, dengan apa jua yang dimilikinya, untuk memperolehi keredhaan

Allah'.



Jika kita telah melayakkan diri menjadi mukmin dan mujahid, Allah SWT

Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih, akan membantu kita untuk terus

meningkat ke stesen-stesen peningkatan diri yang lebih tinggi, di

dunia dan di akhirat. Allah SWT telah menjanjikan perkara ini kepada

mereka yang memiliki sifat dan kualiti iman and aktif melaksanakan jihad.



Di dalam surah al Hujurat, ayat 15, Allah SWT telah berfirman:



"Sesunggguhnya orang-orang yang beriman yang sebenarnya adalah mereka

yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak

ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan

Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar"



Anak-anak yang dikasihi! Kini kita telah jelas apakah misi hidup kita:

menjadi mukmin dan mujahid. Dengan memulakan misi agung ini kita

menyedari bahawa ilmu Islam sangat sedikit. Seringkali apabila kita

ingin memulakan usaha untuk memperbaiki diri kita merasakan diri kita

sangat lemah. Diri kita terlalu sayup dari kemuncak yang dihajati.

Kita juga sedar bahawa kita tidak mampu untuk sampai ke kemuncak

perhambaan (ubudiyyah) yang Allah SWT kehendaki. Rasa lemah dan

ketidakmampuan sebegini adalah satu yang lumrah. Kita tidak boleh

membenarkan rasa lemah dan serba kurang ini menjadi penghalang usaha

kita untuk menghayati Islam sepenuhnya dan mencapai ketinggian

keimanan yang sewajar menjadi misi hidup mukmin.



Kita perlu menjadikan setiap hari yang Allah SWT kurniakan kepada kita

sebagai modal untuk kita berjihad bagi meningkatkan kualiti diri kita.

Dengan azam yang kuat dan peluang yang Allah SWT kurniakan insyaAllah

kualiti diri kita akan meningkat sehari demi sehari. Walaupun ada hari

ini kita terasa kebekuan, tidak meningkat. Diri kita tetap sebagaimana

semalam juga, malah selalu juga kita bukan setakat tidak meningkat

tetapi merosot. Kita tidak boleh membiarkan realiti diri ini

menghalang pendakian kita dalam mujahadah kita. Teruskan pendakian!

Walaupun kemajuannaya amat lambat. Jangan berhenti! Hakikatnya kita

sedang membangunkan kepatuhan dan penyerahan diri kita kepada Allah

SWT dan yang menghalanginya adalah nafsu kita yang sebelum ini telah

terlalu lama dilayani dengan apa jua yang dikehendakinya. Kita telah

menuruti hawa nafsu yang datang dalam bentuk pelbagai kehendak

sehingga timbul kesedaran untuk kembali kepada ubudiyyah yang sebenar

dan mujahadah yang selama ini tidak diusahakan baru kita gerakkan.

Usaha inilah yang dinamakan `tazkiyatun nafs' atau penyucian diri.



Tazkiyah atau program rawatan dan pembangunan diri ini adalah satu

proses yang akan dilalui langkah demi langkah secara ansur maju.

Pembangunan diri tidak akan dapat dilaksanakan melalui satu lompatan.

Diri kita tidak mungkin dapat dibersihkan dengan usaha sekelip mata.

Janganlah kita sekali-kali mengharapkan perubahan diri berlaku dalam

masa sehari, seminggu mahupun sebulan. Pembangunan dan penyucian diri

ini akan mengambil masa yang lama kerana keseluruhan pembangunan ini

berdasarkan perubahan dan penyucian HATI yang mengandungi segala

kekuatan dan pusat keinsanan manusia. Segala sudut hati dan segala

bentuk rasa/perasaan dalam hati perlu dirawat dan dibetulkan

hubungannya dengan kehendak Allah SWT. Ini adalah kerana proses

membangunkan iman itu adalah `PROSES MENYESUAIKAN DIRI UNTUK MENCINTAI

APA YANG ALLAH CINTAI, DAN MEMBENCI APA YANG ALLAH BENCI'. Tahap rasa

hati sebegini menuntut kesungguhan dan keteguhan diri untuk melalui

proses tazkiyah ini.



Di dalam sirah Rasululllah SAW kita dapati apabila seseorang itu

memeluk Islam, Rasulullah SAW tidak mempertanggungjawab kan atas diri

untuk melakukan segala-galanya sekali gus. Sebaliknya Rasulullah SAW

mentarbiyyah dia dengan apa yang difardhukan yang paling minima, dan

seterusnya barulah dibangunkan di atas kekuatan amal yang fardhu ini

dibangunkan yang melengkap dan menyempurnakannya.



Dalam proses penyucian dan pembangunan diri ini, apa yang perlu

diberikan perhatian serius adalah cita-cita kita dan janji kita kepada

Allah SWT sentiasa terpelihara.



Untuk kita kekal di dalam mujahadah ini kita perlu sentiasa ingat

tawaran Allah SWT kepada mereka yang beriman dan kita perlu

memperingatkan diri kita supaya sentiasa berusaha memenuhi

syarat-syarat jual beli dengan Allah SWT ini. Selagi kita memelihara

akujanji kita dengan Allah dalam jual beli ini maka kita akan

sentiasan kekal dalam jalan kehidupan yang menuju keredhaan Allah SWT.



Allah SWT telah berfirman dalam Surat at Taubah, ayat 111:



"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman, baik diri

mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka

berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh,

(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al

Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka

bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan

demikian itulahlah kemenangan yang agung"



Apabila kita telah menyerahkan diri kita kepada Allah SWT dengan

iltizam (komitmen) yang tinggi, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh

untuk membelanjakan segala-gala yang kita miliki: masa,tenaga, harta

dan sebagainya, dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Kita mungkin merasakan bahawa ini satu usaha yang SEMPURNA dan sesuatu

yang sempurna sangat sukar untuk dicapai. Hakikat sukarnya mencapai

kesempurnaan ubudiyyah dan kemuncak keimanan ini perlu FAHAMI dan

DIINSAFI. Walaupun begitu kesempurnaan adalah sesuatu yang perlu

direalisasi. Sekiranya kesempurnaan itu mudah dicapai maka ianya

bukanlah kesempurnaan. Dengan kita sentiasa berusaha memelihara syarat

jual beli kita dengan Allah SWT, melalui usaha membelanjakan masa,

tenaga dan harta kita demi untuk mendapat redha Allah dan syurga-Nya,

maka kita sentiasa di dalam jihad di jalan Allah. Melalui mujahadah

inilah hati kita dapat kita rawat dan dibersihkan.





Sertai: groups.yahoo.com/group/usrahkeluarga/

Layari: http://usrahkeluarga.blogspot.com/




       
____________________________________________________________________________________
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's 
Comedy with an Edge to see what's on, when. 
http://tv.yahoo.com/collections/222


///// JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke