harap sesapa yang baca tulisan ini dapat makluman ralat bahawa mantan singapura
ialah lee kuan yew .. bukan lim chong eu ...lim chong eu ialah mantan ketua
menteri pulau pinang ... maaf
"Rafidah A.Hamid" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
salam alaikum ikhwani ,
Menurut cerita Pak Abu Urwah ....
A Samad Ahmad seorang ahli ekademik dan ahli politik umno dlm Thesis Phd
nya.. Sejambak Kenangan menceritakan
kemerdekaan Di Indonesia tidak berlaku Di Malaysia ... telah mendedahkan
bahawa Tunku Abd rahman tidak pernah meminta kemerdekaan dari british...juga
Dato' On Jaafar bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar ... dan Umno ketika itu
adalah secebis kumpulan dari pejuang2 ....bukan parti utama yang memperjuangkan
kemerdekaan ... mereka ini sebenarnya memperjuangkan hak orang Melayu untuk
mendapat jawatan dalam jabatan kerajaan British... ketika itu sesiapa yang
cakap merdeka di anggap komunis ( Pak Abu Urwah )
Saya teringat dulu belajar sejarah untuk STP .. Kesatuan Melayu Muda tertubuh
sebab ujudnya sistem residence dan menentang Malayan Union yang menafikan hak
Mutlak raja sebagai ketua negara dan hilangnya ketuanan Melayu .. kecuali dalam
hal nikah kahwin dan budaya melayu....(penulis)
siapa sebenarnya yang menuntut kemerdekaan sehingga berlakunya laungan
merdeka di dataran merdeka 7 X....( penulis )
Cerita pak Abu Urwah lagi ....
Tanah Melayu dapat merdeka dari british kerana british dah tak tahan dengan
tekanan dan perjuangan jihad kemerdekaan puak Muslim yang di pimpin oleh ulamak
... lalu diberikan kemerdekaan kepada orang Melayu yang telah di tarbiyah oleh
british untuk teruskan agenda british ...bukan sebab tunku atau umno yang minta
merdeka ...
Senang betul nak kelabui mata orang kita yang tak celik sejarah ( penulis )
Siapa bagi tekanan kat penjajah ... ?
Nama2 pejuang kemerdekaan sebenar tidak begitu dipopularkan.. di media
letronik ... bagi masyarakat umum ia kelihatan satu peranan yang kecil kerana
promosi pejuang kemerdekaan dari dulu hanya focus pada tunku , dato' On jaafar
dan umno... kalau dilihat media letronik nampak gaya tunku lebih hebat dari
pejuang sebenar ..kehebatannya setakat mundar mandir dari m'sia ke britain ...
berbanding ulamak yang berjuang sampai ke tahap tergadai nyawa dan keluarga...(
Penulis)
Pejuang sebenar kemerdekaan sebenar adalah Dato' Bahaman .... Tok Janggut
... Tok Gajah ... Mat kilau ....Burhanuddin Helmi.... Ibrahim Yaakob tapi
mereka adalah pejuang yang di tuduh oleh penulis sejarah pro british sebagai
pejuang yang ditolak oleh rakyat .. penentang ekonomi dan penyebab kekecuhan.
Pejuang2 terdiri dari ulamak yang berpendidikan Islam di Mekah... melihat
suatu ancaman kepada Islam bila dijajah british ....mereka umpama obor yang
telah meniup semangat jihad pada rakyat kampung untuk berjuang menuntut
kemerdekaan dari penjajah dan menasihat raja2 agar tidak terpengaruh dengan
penjajah2 .
1909 - 1914 setelah Siam serahkan Kelantan kepada british .. kerajaan british
telah mengenakan cukai, kepala cukai tanaman dan buah2an kepada sekalian
penduduk .... penduduk Melayu terasa terhina dengan tindakan british ..
Ulamak2 seperti Tok janggut , telah meniup semangat Jihad menentang penjajah
... Tok Jnaggut telah mengibatkan bendera Daulah Islamiyah melanbangkan
perjuangan ke arah Khalifah Islam ...
regime british telah hantar askar dan polis yang terdiri dari orang melayu
untuk tangkap dan bunuh Tok Janggut ...Mayat tok Janggut telah di arak atas
kereta lembu dan di gantung pada kaki dan kepala ke bawah selama 3 hari untuk
disaksikan pada orang kampung ...
sehingga kini makam Tok janggut masih terbiar tidak di iktiraf oleh krajaan
malaysia sebagai pejuang kemerdekaan yang agung ..
walaupun 100juta - 120 juta telah di belanjakan untuk sambut merdeka tiap2
tahun namun untuk mengiktiraf pejuangaan ulamak dan institusi ulamak yang
terlibat dalam perjuanagan kemerdekaan adalah jauh sekali ...
Tuanku Raja Muda Kedah yang sekarang ni begitu prihatin dalam kes ini telah
memohon agar pejuang kemerdekaan dan mana2 institusi yang terlibat dengan
perjuangan kemerdekaan diberi pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia.
Maahad ihya asy Sharif merupakakn institusi yang jadi pusat gerakkan
kemerdekaan ... di pusat ini kader2 perjuangan mendapat latihan dan perhimpunan
di buat untuk bincang perkara2 besar tentang daulah , pendidikan , perlaksanaan
ekonomi, dan perhubungan antara bangsa.
Burhanuddin Helmi menderafkan perlembagaan rakyat untuk sebuah negara
merdeka.. ketika ini kepimpinan dato on jaafar belum ujud.
Abu Bakar Baqir telah menggariskan sistem demokrasi dalam Daulah Islamiyah
..sistem ekonomi dan sistem perhubungan antarabangsa .
sedangkan perlembagaan kemerdekaan untuk umno di garis oleh british ...
Zulkifli Muhammed meneruskan idea2 Abu Bakar Baqir dengan tertubuhnya Hizbul
Muslimin sebuah Partai Islam ... tapi ramai pejuang hizbul muslimin di tangkap
kerana menentang british ..(Dato' prof Zulkifli Muhammad pernah jadi ahli
parlimen dan sangat di hormati oleh melayu , cina dan india )
Umno yang di tubuh kemudian 1946 telah di beri laluan oleh british untuk buat
perhimpunan dan rapat umum ketika dharurat lawan komunis dsbnya... ketika ini
pejuang2 merdeka spt Ahmad Boestamam di gambarkan sebagai komunis ..
saya pernah tengok buku tajuk Ahmad Boestamam dan Abdul Majid Salleh ada
kaitan dgn komunis masa sekolah dulu ... saya pun dok ingat depa ni betul
komunis ..... (penulis )
sesiapa saja yang laungkan MERDEKA di anggap Komunis dan di tangkap ...sebab
itu partai umno takut nak sebut merdeka dan tak pernah tuntut merdeka ...
Abu bakar baqir telah menubuhkan hizbul Muslimin untuk masuk pilihanraya ...
tapi pihak berkuasa telah menangkapnya dan menuduhnya dgn tuduhan yang tak
masuk aqal ia itu mengajar org Melayu jangan beli sabun kat kedai cina
sesiapa rajin baca buku merdeka ....Memoir Ahmad Boestamam ... Merdeka
dengan darah ... Lambaian dari puncak ... kisah perjuangan Burhanuddin Helmi
..mengesahkan semangat merdeka dgn darah dari indonesia yang menyusup masuk ke
tanah Melayu nak di padamkan oleh british ...Memoir Pak sako ... perjuangan
Abdul Majid salleh orang Perak tapi berjuang di singapura... Sejambak Kenangan
Abdul Majid Salleh pernah di tangkap dan di paksa menceraikan isteri ..ahli
keluarganya menyisihkan nya kerana di anggap komunis ..
Buku Comet in the sky ... perjuangan politik di s'pura ... Meniti Gelora
...kisah said Azzahari yang sepatutnya menjadi perdana menteri singapura tapi
di tangkap .. Lim chin Seong seorang yang di terima rakyat menang jadi PM tapi
di sabotag oleh Lim chong eu .. bunyi cerita dia kena suntik dgn bahan beracun
sehingga jadi sakit ..tak boleh bercakap .
buku Semusim di neraka ... teknik menjauhkan rakyat dari fikir pasal
perjuangan Islam
Carilah Buku Prof. Nik Annuar nak baca kisah sebenar kemerdekaan perjuangan
Tok Janggut
Bersambung lagi .....
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel.
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.