===============================================

Buku-buku Terbaru di e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
Tarikh : 6 September 2007

================================================

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Para pelawat yang kami hormati sekalian,

Kita bertemu lagi di bulan September, Alhamdulillah kita di
e-Kedai.net amat bersyukur dengan perkembangan yang baik daripada hari
ke hari. Semakin banyak buku-buku terbaru daripada penerbit baru dan
lama mengharmonikan pasaran buku di Malaysia.

Bagi makluman kali ini, e-Kedai.net memperkenalkan buku-buku terbaru
daripada Al-Ameen Serve Holdings. Novel terbaru daripada Faisal
Tehrani hinggalah buku komik Nur Azmi. Kesemuanya dihidangkan khusus
buat Anda.

Begitu juga pada kali ini, pihak e-Kedai.net memperkenalkan penerbit
terbaru di bawah senarai e-Kedai.net iaitu JIM Media. Mereka banyak
menerbitkan karya berbentuk kemanusiaan dan perjuangan. Perjuangan
Palestin, penentangan kepada Israel adalah tema-tema yang ada di bawah
penerbitan mereka. Tidak perlu saya terangkan banyak, Anda sendiri
boleh melayari laman web kami bagi mendapatkan maklumat perincian
buku-buku tersebut.

Perinciannya buku-buku terbaru adalah seperti berikut :

------------------------------------

1) Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=897

Penulis : Khadijah Ibrahim
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3991-34-1
Harga : RM23.00

Sinopsis

Tulisan Cerminan Personaliti Diri Setiap orang memiliki personaliti
diri yang tersendiri. Ciri-ciri personaliti merangkumi corak
pemikiran, unsur emosi diri dan jugs tabiat din. Gambaran personaliti
diri boleh dibaca dengan mudah melalui penganalisaan tulisan tangan.

Proses menulis merupakan cernaan minda yang membentuk lakaran dan gaya
tulisan yang unik sebagaimana uniknya personaliti diri seseorang itu.
Ketahuilah kedalaman emosi, perasaan dan cara pemikiran din anda
sendiri dan juga diri orang yang ingin anda kenali. Fahamilah bentuk
tulisan mereka yang berjaya dalam hidup dan juga bentuk tulisan mereka
yang mempunyai ciri¬ciri negatif kehidupan.

"Pengolahan ayat yang 'simple' memudahkan pembaca memahami apa yang
hendak disampaikan. Isi kandungannya membantu saya mengenali din saya
sendiri." -Juliza Mohd Jaini, Production Coordinator.

Khadijah Ibrahim merupakan Quality Assurance Manager di sebuah
syarikat antarabangsa. Beliau berkelulusan Chemical Engineering
daripada Sheffield University, United Kingdom dan ditau¬liahkan
sebagai Certified Handwriting Analyst oleh Handwriting University,
Dallas, Amerika Syarikat.Khadijah berpengalaman menganalisa lebih
daripada 100 tulisan tangan dalam usaha beliau membantu masyarakat.
Beliau juga menggunakan analisa tulisan sebagai alat bantuan untuk
proses pemilihan pekerja baru.

------------------------------------

2) Tuhan Manusia
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=898

Penulis : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3991-37-2
Harga : RM21.90

Sinopsis

Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu,
tiang serinya adalah agama.Abang sudah murtad. Sejak itu abah menjadi
begitu pendiam. Dia hanya bermain dan menghiburkan diri ,dengan haiwan
ternakan. ' Novel 'Tuhan Manusia' menyelami kehalusan jiwa dan akal
seorang adik yang cuba memahami kemurtadan abangnya. Maka
terbentanglah panorama pemikiran manusia yang mencobar hakikat
ketuhanan. Novel Faisal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman
tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap
pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam

------------------------------------

3) Aku dan Sesuatu - Saat Jiwa Bicara
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=896

Penulis : Aie
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
ISBN : 978-983-2334-90-3
Harga : RM12.90

Sinopsis

 "Ketika ini, panca lihat hampir terus tak berfungsi. Sekadar merenung
tetapi tidak memerhati, memandang pada yang hilang..."

"Apresiasi Karya Aie"
Oleh: Khairul Azuwan

Seni karya kreatif yang secara keseluruhannya merangkumi seni muzik,
seni lukis, filem, grafik, penulisan mahupun seni persembahan tidak
terlepas daripada unsur 'pengaruh' atau influences'. Unsur atau elemen
'pengaruh' ini wujud di atas minat dan kekaguman pengkarya dengan
karya seni terdahulu atau sezaman dengannya.

Siri dalam novel grafik ini:
1. Permulaan Sebuah Akhiran
2. Dia Yang Dulu
3. Cerita Dari Dalam
4. Saat Jiwa Bicara
5. Dia Kembali

------------------------------------

4) Mambo Hilang
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=899

Penulis : Nur Azmi
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3991-36-5
Harga : RM12.90

Sinopsis

Karya terbaru Karyawan muda versatil, Nur Azmi ini merupakan
sinambungan dari Mahakarya asalnya " Mambo di Kuale!!" yang telah
mencipta sejarahnya tersendiri. Bagi semua yang pernah memiliki,
membaca, menghadam karya asal tersebut, ini merupakan jawapan kepada
teka-teki tersebut. Lebih menjanjikan
warna-warni,humor,sinikal,provokatif,epik dan karektoristik yang
pelbagai. satu lagi usaha serba berani dari Nur Azmi dalam
memartabatkan karya komik berwajah tempatan. Buku-buku 'siri mambo'
akan diterbitkan dalam lima jilid dengan episod berbeza iaitu:

   1. Buku 1: Hilang
   2. Buku 2: Pertemuan
   3. Buku 3: Lima fantastik
   4. Buku 4: Puisi Cinta dari Virginia
   5. Buku 5: Anugerah


Format kali ini dengan ekstra warna-warni dengan nilai harga RM12.90.
Grafik artist, Rohaizal danNuriman Manap. masih Azzam Supardi sebagai
editor.Ekstra- Karya catan naif dan lakaran 'Raw' Nur Azmi yang tidak
pernah diterbitkan sebelum ini. dalam karya ini Nur Azmi menggabungkan
bakat beliau dari seni lukis, ilustrasi,catan,skecthes,penulisan dan
puisi.

------------------------------------

5) Kasih dan Awang
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=900

Pengarang : Nur Azmi
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3991-31-0
Harga : RM17.00

Sinopsis

 Kasih, gadis idaman teruna bermadu cinta dengan Awang, jejaka biasa
tidak berharta. Ini membangkitkan api cemburu dan dengki Kakila,
penghulu kejam Tanjung Merah dan Pak Dukun Senduk...Awang mesti
dibunuh. Awang terpaksa mengembara... ke alam misteri penuh kejutan.

------------------------------------

6) Ku Temui Jalan Pulang
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=901

Penulis : ummiroses
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-243-6
Harga : RM10.00

Sinopsis

Rupa-rupanya banyak perkara dalam kehidupan yang ku tinggalkan.
Perjara yang menjadi kewajipan sebagai seorang Islam telah lama tidak
ku laksanakan. Di Raushatus Sakinah, aku mula belajar dan mengamalkan
kembali tuntutan-tuntutan agama terhadapku.Aku benar-benar insaf.
Kepada kawan-kawan di luar sana, jagalah maruah kewanitaan kalian
dengan sebaik-baiknya. Seorang lelaki jarang akan bertanggungjawab
apabila sudah melakukan perzinaan dengan seorang wanita. Akhirnya
wanita jugalah yang akan menanggung kesannya sampai bila-bila.

------------------------------------

7) Aku ORI Bukan FOTOKOPI
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=902

Penulis : Roha Hassan
Penerbit : JIM Media
ISBN : 978-983-9782-40-0
Harga : RM12.00

Sinopsis

Sesungguhnya Anda para remaja pasti akan mendapati bahawa anda masih
jauh beruntung berbanding anak-anak remaja yang akan kami paparkan
kisah-kisah mereka. Manakala para aktivis dakwah remaja dan juga ahli
masyarakat yang prihatin dapatlah kiranya mengambil pelajaran dan
pengajaran daripada pengalaman yang dikongsikan.

Jom kita setting niat ikhlas membimbing remaja upgrade teknik-teknik
berdakwah dan menyantuni remaja, download tips, nasihat dan ilmu untuk
kita dan remaja. Upload usaha berlipat kali ganda demi generasi masa
depan ini. Delete dosa-dosa dan gejala sosial dan top up nilai-nilai
murni di dalam jiwa generasi soleh wa musleh agar kita sama-sama boleh
redeem pahala sebanyak mungkin.

------------------------------------

8) Lambaian Kaabah
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=903

Penulis : Hafidzi Mohd Noor & Zuraidah Kornain
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-235-5
Harga : RM10.00

Sinopsis

Apa yang kami ketahui dari sirah Rasulullah s.a.w. akan cuba dihayati
apabila berada di Tanah Suci dan di tempat-tempat jejak Rasul dalam
menyampaikan dakwah Islam serta jihad yang dilaksanakan. Ini adalah
satu aspek yang perlu diberi penekanan apabila seseorang itu melakukan
ibadah haji supaya mereka bukan sahaja menyempurnakan manasik haji,
tetapi juga dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat. Ini adalah di antara bekal penting yang perlu dibawa pulang
oleh jemaah haji iaitu semangat dan keinginan yang kuat untuk
menyambung perjuangan baginda s.a.w.Dengan itu, kami berharap bakal
jemaah haji yang membaca buku ini dapat melengkapkan din dengan ilmu
pengetahuan mengenai sirah para Nabi. la perlu diletakkan seiring
dengan pengetahuan ibadah haji. Dengan pengetahuan ini, apabila para
jemaah haji berada di tempat-tempat manasik haji, mereka bukan sahaja
melakukan ibadah haji tetapi juga menghayati peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku di sana.

------------------------------------

9) Berdamai Dengan Israel : Berapa Harganya?
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=904

Penulis : Hafidzi Mohd Noor
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-233-9
Harga : RM8.00

Sinopsis

RAMAI ORANG, termasuk umat Islam terkeliru dengan isu perjuangan
pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis. Mereka tidak memahami kenapa
persetujuan untuk berdamai ditolak oleh Hamas dan rakyat Palestin. Ini
sedia dimaklumi kerana bahan berita yang dimuatkan dalam media cetak,
elektronik dan maya memaparkan isu ini dari sudut kepentingan Israel.
Gerakan Zionis Yahudi memang mempunyai perancangan rapi untuk
membentuk pandangan umum masyarakat dunia supaya menyalahkan rakyat
Palestin yang menolak perdamaian sebagai punca kepada konflik
Palestin-Israel yang berlanjutan.

------------------------------------

10) 20 Persoalan Asas Palestin
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=905

Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-231-2
Harga : RM6.00

Sinopsis

Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Mengapa tidak, kerana
di sanalah terdapatnya kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat
berlakunya Isra' dan Mi'raj, iaitu Masjid al-Agsa. Palestin juga
merupakan tanah milik umat Islam sejak dari zaman nabi Allah Sulaiman
lagi. la kemudian silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan
Parsi sehinggalah pada zaman Umar, Palestin kembali menjadi milik umat
Islam. Pada awal abad ke-12 Masehi Palestin kembali dijajah oleh
tentera Salib, namun akhirnya berjaya dibebaskan oleh Salahudin
al-Ayubi. Kini, semenjak tahun 1948 Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin
sekali lagi dijajah oleh rejim Zionis Yahudi.

------------------------------------

11) Kembara Beirut
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=906

Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-234-7
Harga : RM10.00

Sinopsis

Buku "KEMBARA BEIRUT"merupakan catatan perjalanan penulis di bumi
Lubnan yang memaparkan sebahagian kecil daripada kesengsaraan rakyat
Palestin di sana. Cara penulisan secara santai dengan memuatkan
maklumat-maklumat asasi berkaitan Lubnan, rakyatnya dan juga
tempat-tempat menarik dan bersejarah di sana menjadikan buku ini lebih
ceria dan berinformasi. Semoga para pembaca daripada pelbagai lapisan
masyarakat mendapat manfaat dari buku ini dan merasakan seolah-olah
berada di bumi Lubnan serta dapat merasai penderitaan yang dialami
oleh rakyat Palestin di sana.

------------------------------------

12) ISRAEL : Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya.
Pautan e-Kedai.net :
http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=907

Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-232-0
Harga : RM8.00

Sinopsis

Kini setelah HAMAS membentuk kerajaan, kuasa-kuasa barat yang
diterajui oleh Amerika cuba mempengaruhi seluruh dunia supaya
mengenakan tekanan kepada HAMAS untuk mengiktiraf Israel. Seluruh
dunia harus insaf bahawa mengiktiraf Israel bererti menghalalkan
segala bentuk jenayah keji yang dilakukan oleh Yahudi Zionis yang
didalangi oleh kuasa-kuasa besar ke atas rakyat Palestin. Adalah
diharapkan buku yang amat sederhana ini dapat memberikan penjelasan
kepada para pembaca, samada di kalangan umat Islam ataupun bukan untuk
memahami duduk persoalan isu Palestin secara objektif tanpa
dipengaruhi oleh propaganda barat yang dimuatkan dalam pelbagai media
cetak, elektronik dan maya.

------------------------------------

Terima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Pihak kami akan
menambahkan lagi produk-produk terbaru yang pastinya berkualiti khusus
buat Anda. Selamat melayari laman e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


FAUZUL NA'IM ISHAK
Pengarah Urusan Kumpulan
FN Business Solution
Pengendali Bersama e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke