Asmwbkth...
Bila AKAD baca, macam ada asas, sebab kalau baca kisah nabi-nabi, kaum Nabi
Nuah ini yang mula-mula sekali menyembah berhala..., selepas beberapa ratus
tahun kewafatan Nabi Nuah a.s.
Namun memang betul... bagai yang pengulas kata, kena ada lebih banyak lagi
kajian mengenainya...
Namun, point penting yang boleh kita dakwahkan kpd orang Hindu, kalau
benarlah kitab Vedas (Yajur Veda, Athar Veda, Rig Veda, Souma Veda) itu
merupakan Souhuff yang diturunkan kpd Nabi ALLAH Nuah a.s., Sebab itu
kitab-kitab ini mengatakan kebenaran tentang ALLAH Swt. dan Nabi ALLAH Muhammad
S.a.w. Tentang ALLAH Swt. dalam Rigveda (5): 1:81... disebut:
""Ma cid anyad vi sansata sakhayo ma rissanyata"
"Janganlah menyembah selain daripada DIA Yang
ESA"
Dalam Yajurveda (40): 8 ... disebut:
"Shudhama poapvidham"
"DIA (Tuhan), Tiada jasad Lagi Tulen"
Dalam Yajurveda (40): 8-9 ... disebut:
"Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste"
"Mereka yang menyembah `asambhuti' (air, udara, api, dll) telah berada Ddlm
kegelapan. Lebih teruk, mereka yang menyembah `sambhuti' (benda-benda buatan
manusia, seperti kerusi meja, patung, berhala, dll) mereka berada dalam
kegelapan yang lebih-lebih lagi"
Jadi bagaimana nak guna point ini ketika berdakwah dengan orang Hindu...?
Mungkin boleh kata gini; "Vanakam..., ada kajian kata, orang hindu ini, nabi
dia Nabi Nuah a.s. yang buat bahtera, dalam peristiwa banjir besar seluruh
dunya, satu masa dulu... Masa tu, semua pengikut Nabi Nuah a.s. ikut ugama Nabi
Nuah a.s., iaitu menyembah Tuhan yang Satu, Yang tidak boleh dilihat dengan
mata manusia, Tuhan YANG MAHA BERKUASA..., di mana nama Tuhan Yang Satu ini...,
ialah ALLAH, maknanya; (Satu-satunya Tuhan yang Disembah dan tidak ada Tuhan
yang selain daripada DIA). Tapi bila Nabi Nuah a.s. meninggal dunya,
pengikutnya masih menyembah Tuhan Yang Satu, dengan cara yang diajar oleh Nabi
Nuah a.s. Namun selepas beberapa ratus tahun berlalu... mereka sudah lupa
bagaimana sembahyang menyembah Tuhan yang SATU... Lalu mereka mencipta patung
besar menyerupai Nabi Nuah a.s. Pada mulanya, patung itu, kununnya dijadikan
perantaraan di antara mereka dengan ALLAH, Tuhan YANG SATU... ketika mereka
sembahyang, dan ketika memohon do`a... evolusi berlaku...,
hingga akhirnya mereka sembah pulak patung tadi... Itulah bermulanya era
manusia menyembah patung...
Jadi sagohdehri-sagohdehra (saudari-saudara), Tuhan bernama ALLAH ini
sangat baik..., DIA hantar Nabi-nabi yang berikutnya, untuk membimbing manusia,
kembali ikut ajaran Nabi Nuah a.s. yang asal, iaitu menyembah ALLAH Tuhan yang
SATU. Per-utusan Nabi-nabi ini berlangsung berterusan, hinggalah kepada Nabi
serta Rasul yang terakhir, iaitu Muhammad S.a.w.
Dalam kitab vedas, ada disebut;"pada penghujung usia dunya, akan lahir
seorang pemimpin yang ditunggu, yang dipanggil `Narashangsa', untuk
menyelamatkan seluruh manusia drp keceramukan kehidupan di dunya... Apabila
datangnya Narashangsa... semua Hindu mestilah mengikuti dia..." `Narashangsa'
itu, adalah dalam bahasa Sanskrit. Dalam bahasa Inggeris, ia mermakna `The man
who is praised by many' ... manakala dalam bahasa Arab pula ia bermakna
`Muhammad'... Jadi sagodehri-sagodehra... Penyelamat manusia yang kaum Hindu
tunggu-tunggu itu sudah lebih dari 1,400 tahun dia sampai. Narashangsa itu
sudah sampai. Muhammad itu sudah sampai. Baginda mengajar ajaran yang sama
yang di ajar oleh Nabi Nuah a.s., iaitu menyembah Tuhan Yang SATU, iaitu
ALLAH, Tuhan yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia... Dengan menyembah
ALLAH tuhan YANG SATU, iaitu tak ada tuhan yang selain daripada ALLAH, anda
telah mengikut ajaran dalam veda yang sebenarnya, iaitu menyembah Tuhan YANG
ESA, iaitu ALLAH, dan mengikut Narashangsa..., seperti yang dinyatakan dalam
veda..."
So, itu yang dapat AKAD kongsikan. Banyak-banyak berdo`a kpd ALLAH Swt.
supaya dipermudahkan urusan dan tak mengalami kesulitan, dan mintak diberi
perlindungan drp segala mara-bahaya ke atas antum, dan mintak ALLAH Swt. buka
hati orang yang antum dakwah supaya menerima hidayah ALLAH Swt. supaya
sama-sama kita masuk Syurga Firdaus, dan dihindar drp azan Nuraka Jahannam...
Amiiin Ya ALLAH... wa BarakALLAH fiiikum... wa fiii AKAD... Amiiin Ya ALLAH...
Wassalam
AKAD
============================================.
Note: forwarded message attached.
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel.