bagus artikel ni, rozmal. cuma patut hantarkan kpd org yg boleh buat
tindakan spt polis, bomba dsbg :).

2008/1/30 Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]>:

>   Kesesakan jalanraya adalah perkara biasa di
> kebanyakkan bandar di Malaysia ini, terutamanya waktu
> puncak, waktu pagi, waktu orang pergi kerja, waktu
> pelajar ke sekolah.
>
> Contohnya seperti di Seremban, iaitu di persimpangan
> lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan
> Ampangan. Kesian juga tengok polis trafik yang berdiri
> di tengah jalan. Menjadi sasaran maki hamun dalam hati
> pengguna jalan raya. Bukan itu saja, kesian juga
> tengok polis trafik ini, berhadapan dengan risiko
> dilanggar oleh kenderaan yang mengejar lampu isyarat,
> juga terpaksa berdiri lama di tengah persimpangan
> jalanraya menghidu asap karbon monoksida.
>
> Manakan tidak bahayanya polis trafik tadi, lampu
> isyarat berwarna hijau, akan tetapi polis trafik di
> tengah-tengah simpang memberi arahan kenderaan dari
> arah bertentangan untuk teruskan pemanduan. Kalau pada
> sebelah pagi, sebelum masuk sekolah, yang paling teruk
> dan panjang kesesakan ialah kenderaan dari Paroi
> hendak menuju ke bandar Seremban.
>
> Apa yang hendak dimarahkan polis tadi, mana dia hendak
> nampak, dari arah mana kenderaan banyak berpusu-pusu.
>
> Justeru itu pihak yang bertanggungjawab , haruslah
> memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi
> kesesakan jalanraya di persimpangan lampu isyarat
> untuk mengurangkan risiko kemalangan samada di pihak
> polis mahupun pengguna jalanraya.
>
> Antara pendekatan yang boleh diambil ialah mempastikan
> bahawa lampu isyarat di persimpangan yang terlibat
> hendaklah ditetapkan kawalannya berkelip pada lampu
> berwarna kuning. Dengan ini kenderaan dari semua arah
> akan lebih berhati-hati apabila sampai di persimpangan
> tersebut. Para pengguna jalanraya tidak akan
> teragak-agak samada untuk mematuhi lampu isyarat atau
> mematuhi arahan polis.
>
> Pendekatan seterusnya ialah dengan memberi kemudahan
> kepada pihak polis mengawal lalulintas di persimpangan
> lampu isyarat secara kawalan jauh (remote control). Di
> sesetengah negara maju, sistem ini telah lama
> digunakan. Bahkan ianya digunakan oleh pasukan bomba
> di negara tersebut untuk mempastikan laluan bomba yang
> dalam perjalanan ke sesuatu tempat kecemasan, lampu
> isyaratnya sentiasa berwarna hijau. Sistem kawalan
> jauh ini juga sesuai digunakan apabila mengiringi
> pembesar-pembesar negara, dengan itu tidak perlu
> menggunakan begitu ramai anggota polis trafik untuk
> membawa pembesar-pembesar negara.
>
> Malah untuk lebih memudahkan kerja, boleh juga
> difikirkan untuk memasang CCTV di persimpangan lampu
> isyarat yang sering mengalami kesesakan lalulintas.
> Dengan ini lampu isyarat di persimpangan yang terlibat
> boleh di kawal secara kawalan jauh dari bilik kawalan.
>
> Dapatkah kita di Malaysia melakukannya ? Boleh jika
> semua pihak bekerjasama, pakar kejuruteraan trafik
> membuat kertas kerja, kontraktor yang jujur melakukan
> tugas pemasangan dan penyenggaraan yang terbaik, dan
> kerajaan memberikan bajet yang secukupnya.
>
> Kebanyakkan sistem yang diketengahkan tadi tidak
> memakan kos yang tinggi kerana ianya mudah didapati di
> pasaran negara maju. Tak percaya klik sini
> http://www.intelligentsignals.com/Products.htm#rctl
>
> Rozmal http://waghih.blogspot.com
> Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
> Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com
> Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com
> Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com
>
> __________________________________________________________
> Never miss a thing. Make Yahoo your home page.
> http://www.yahoo.com/r/hs
> 
>

Kirim email ke