Kesesakan jalanraya adalah perkara biasa di
kebanyakkan bandar di Malaysia ini, terutamanya waktu
puncak, waktu pagi, waktu orang pergi kerja, waktu
pelajar ke sekolah.

Contohnya seperti di Seremban, iaitu di persimpangan
lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan
Ampangan. Kesian juga tengok polis trafik yang berdiri
di tengah jalan. Menjadi sasaran maki hamun dalam hati
pengguna jalan raya. Bukan itu saja, kesian juga
tengok polis trafik ini, berhadapan dengan risiko
dilanggar oleh kenderaan yang mengejar lampu isyarat,
juga terpaksa berdiri lama di tengah persimpangan
jalanraya menghidu asap karbon monoksida.

Manakan tidak bahayanya polis trafik tadi, lampu
isyarat berwarna hijau, akan tetapi polis trafik di
tengah-tengah simpang memberi arahan kenderaan dari
arah bertentangan untuk teruskan pemanduan. Kalau pada
sebelah pagi, sebelum masuk sekolah, yang paling teruk
dan panjang kesesakan ialah kenderaan dari Paroi
hendak menuju ke bandar Seremban.

Apa yang hendak dimarahkan polis tadi, mana dia hendak
nampak, dari arah mana kenderaan banyak berpusu-pusu.

Justeru itu pihak yang bertanggungjawab , haruslah
memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengatasi
kesesakan jalanraya di persimpangan lampu isyarat
untuk mengurangkan risiko kemalangan samada di pihak
polis mahupun pengguna jalanraya.

Antara pendekatan yang boleh diambil ialah mempastikan
bahawa lampu isyarat di persimpangan yang terlibat
hendaklah ditetapkan kawalannya berkelip pada lampu
berwarna kuning. Dengan ini kenderaan dari semua arah
akan lebih berhati-hati apabila sampai di persimpangan
tersebut. Para pengguna jalanraya tidak akan
teragak-agak samada untuk mematuhi lampu isyarat atau
mematuhi arahan polis.

Pendekatan seterusnya ialah dengan memberi kemudahan
kepada pihak polis mengawal lalulintas di persimpangan
lampu isyarat secara kawalan jauh (remote control). Di
sesetengah negara maju, sistem ini telah lama
digunakan. Bahkan ianya digunakan oleh pasukan bomba
di negara tersebut untuk mempastikan laluan bomba yang
dalam perjalanan ke sesuatu tempat kecemasan, lampu
isyaratnya sentiasa berwarna hijau. Sistem kawalan
jauh ini juga sesuai digunakan apabila mengiringi
pembesar-pembesar negara, dengan itu tidak perlu
menggunakan begitu ramai anggota polis trafik untuk
membawa pembesar-pembesar negara.

Malah untuk lebih memudahkan kerja, boleh juga
difikirkan untuk memasang CCTV di persimpangan lampu
isyarat yang sering mengalami kesesakan lalulintas.
Dengan ini lampu isyarat di persimpangan yang terlibat
boleh di kawal secara kawalan jauh dari bilik kawalan.

Dapatkah kita di Malaysia melakukannya ? Boleh jika
semua pihak bekerjasama, pakar kejuruteraan trafik
membuat kertas kerja, kontraktor yang jujur melakukan
tugas pemasangan dan penyenggaraan yang terbaik, dan
kerajaan memberikan bajet yang secukupnya. 

Kebanyakkan sistem yang diketengahkan tadi tidak
memakan kos yang tinggi kerana ianya mudah didapati di
pasaran negara maju. Tak percaya klik sini
http://www.intelligentsignals.com/Products.htm#rctl 


     
  Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke