Bercakap mengenai kes adik Sharlinie. Minggu lepas ,
rasanya hari Khamis 24 Januari 2008 berlaku satu
kejadian yang mengancam ketenteraman awam di Senawang.
Cerita keseluruhannya peristiwa ini tidak dapat
gambaran sebenar, kerana tiada tersiar dalam akhbar.
Tapi boleh sahkan dengan guru, ibu bapa, pemandu bas
sekolah di Sekolah Kebangsaan Senawang, Taman Marida.
Menurut cerita seorang pemuda Melayu berusia 20an ,
pada mulanya merampas sebuah motosikal dari sepasang
suami isteri berbangsa India. Lari ke arah sekolah.
Cuba mencuri kereta salah seorang penduduk di sana.
Katanya pemuda tadi tak dapat bawa sebab gear
otomatik. Kemudian kacau (cuba cabul) pelajar-pelajar
perempuan. Kemudian cuba merampas van sekolah (kawan
saya). Pemandu van kena tumbuk.
Orang ramai mula kejar dan tangkap pemuda tadi. Kena
belasah teruk pemuda tadi. Lepas tu peronda polis
datang dan bawa pemuda tadi ke balai.
Kawan saya, kena gigit kaki dia oleh pemuda tadi ,
ketika bergelut. Pemuda tadi bersikap amat ganas,
liar.
Cerita lanjut tak diketahui. Tapi itulah hakikatnya
sekarang. Bahaya di mana-mana sekarang, bukan saja di
KL. Tapi di sekeliling kita. Juga di kampung, macam di
Kg Gadong, Rembau tempoh hari. Yang kena bunuh tu
ialah guru agama kepada emak saya sendiri.
Orang dah makin gila sekarang ini. Seolah-olah tiada
kawalan langsung. Kalau lalu Dataran Senawang, litar
Seri Pagi pagi hujung minggu botol arak
bersepah-sepah.
Kita harus bangkit, jangan harapkan orang lain buat
kerja. Jangan harap JKKK, AJK Taman, AJK Rukun
Tetangga atau polis saja buat kerja.
Kita sebagai penduduk taman, penduduk kampung mesti
buat laporan, memorandum, bantahan mengikut akta dan
undang-undang yang sedia ada , antaranya :
1. Menghadkan kedai menjual arak, memandangkan tempat
kita ini majoriti orang Melayu.
2. Mempastikan kedai yang jual arak ini, mendapat
lesen dari PBT dan Kastam. Arak ini amat bahaya
apabila mereka mengambil bersama dengan dadah. Itu
yang menjadikan mereka ganas, berani mati.
3. Menguatkuasakan Akta Berhimpun kepada mereka yang
melepak di tempat-tempat gelap, seperti padang
permainan, simpang jalan, kedai terbiar.
4. Mempastikan lesen pengiklanan arak mengikut
peraturan PBT.
5. Menggesa kedai 24 jam tidak menjual arak. Ini akan
hanya memudahkan mereka yang bermasalah membeli arak.
6. Menggesa PBT menyita rumah dan kedai terbiar yang
dipenuhi semak samun yang boleh menjadi sarang penagih
dadah. Jika tidak ada Akta, perlu diadakan Akta
sebegini.
Banyak lagi langkah pencegahan yang boleh difikirkan ,
disamping kita menubuhkan Skuad Cegah Jenayah, Rukun
Tetangga dan sebagainya.
UBAH SEBELUM PARAH , CEGAH SEBELUM SESAL TAK SUDAH
Rozmal http://waghih.blogspot.com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online".
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/