Musim cuti sekolah hampir tiba iaitu pada 8 hingga 16 Mac 2008. Ada yang akan sibuk kenduri kendara, ada yang sibuk pilihanraya, ada yang dah tempah baju Melayu , tak tahulah untuk kenduri kahwin atau untuk bakal YB.
Walau apa pun, luangkanlah masa cuti ini bersama keluarga melakukan aktiviti yang bermanafaat. Kenapa tidak ke Malaysian International Space Adventure (MISA) atau Pengembaraan Angkasa Lepas Antarabangsa Malaysia di Putrajaya (Presint 5 Putrajaya, berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya) Banyak bahan-bahan menarik dari NASA juga Agensi Angkasa Lepas Eropah. Inilah masanya kita hendak menanam minat pada anak-anak kita kepada sains dan teknologi agar pembelajaran mereka lebih menyeronokkan. Kalau ada antara kita mampu untuk berbelanja RM 100 atau lebih sebulan untuk menghantar anak-anak kita ke pusat tusyen, kenapa tidak kita berbelanja RM 20 untuk ke MISA. Mungkin pada sesetengah kita menganggap ianya agak mahal. Tetapi untuk mendapat peluang yang seumpama ini, mungkin kita perlu berbelanja beribu-ribu ringgit pula untuk pergi ke Space Centre seperti di Florida , Amerika Syarikat. Pameran MISA ini telah bermula pada 15 Disember 2007 dan akan berakhir pada 15 Mac 2008. Kalau buat rombongan sekolah atau rombongan parti politik sempena pilihanraya nanti mungkin boleh dapat lebih diskaun. Maklumat lanjut boleh layari laman web mereka di sini http://www.misa.com.my/index-malay.htm ZON MENARIK di MISA : 1. Space Shuttle Flight Deck Merasai sendiri keadaan dalam dek replika Sapce Shuttle 2. History of Space Exploration Sejarah Pengembaraan Angkasa Lepas 3. Magic Planet Mengembara di planet-planet 4. Mars Rover Pengembaraan ke planet Marikh 5. Blast Zone Pengalaman berada di tapak pelancaran roket 6. 4D Theatre Panggung 4D, kita dah biasa dengan panggung 3D tapi yang ini 4D 7. Space Station Interactive - 8. Space Interactive 9. Galactic Concourse OPERATION HOUR Monday to Sunday - 10am - 10pm (Last Entry at 9PM) TICKET PRICE (Mykad Holder 25% Discount) Adult - RM 38.00 per person - RM 28.50 per person (My Kad holder) Children (3-12 year old) - RM 23.00 per person RM 17.25 per person (My Kad holder) Rozmal http://waghih.blogspot.com Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com ____________________________________________________________________________________ Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search. http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/, dari seksyen "BORANG Online". Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

