---------- Forwarded message ----------
From: Fatkurradzi Jamil <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 2008/6/29
Subject: Fwd: [Amanah2u Blog] Dol Said Pahlawan Naning
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Cc: Fatkurradzi Jamil <[EMAIL PROTECTED]>




---------- Forwarded message ----------
From: Fatkurradzi Jamil <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 2008/6/29
Subject: [Amanah2u Blog] Dol Said Pahlawan Naning
To: [EMAIL PROTECTED]


<http://bp0.blogger.com/_xwwfkLwSZq4/SGeWSLfj1CI/AAAAAAAABEs/1PqoK-PSSu8/s1600-h/Image(15).jpg>

<http://bp3.blogger.com/_xwwfkLwSZq4/SGeWA0MLHdI/AAAAAAAABEk/ig8CGdqokOw/s1600-h/Image(14).jpg>

<http://bp0.blogger.com/_xwwfkLwSZq4/SGeVzlhxLBI/AAAAAAAABEc/d04YvngjPr4/s1600-h/Image(19).jpg>

<http://bp2.blogger.com/_xwwfkLwSZq4/SGeVi4-mjFI/AAAAAAAABEU/icXgCAxpY_c/s1600-h/Image(11).jpg>

<http://bp0.blogger.com/_xwwfkLwSZq4/SGeVVwkAM1I/AAAAAAAABEM/y1d4F2f7ayM/s1600-h/Image(12).jpg>




DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di
Naning, Alor Gajah, Melaka dan berasal dari suku Semelenggang merupakan
seorang pahlawan Melayu yang kental. Ini kerana Dol Said memiliki sifat
berpantang mati sebelum ajal.

Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula
belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun.
Sungguhpun berasal dari golongan keluarga yang susah, namun Dol Said
sentiasa berusaha untuk memajukan diri, agama dan bangsanya.

Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri
dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada
kedua orang tuanya.

Kebangkitan Dol Said

Taring Dol Said mula kelihatan apabila beliau dilantik sebagai Penghulu
Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang kesembilan membantah pengenaan
cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.

Tentangan orang melayu yang pertama terhadap kuasa luar ialah dearah Naning
(Alor Gajah). Ini adalah kerana British telah campurtangan dalam hal ehwal
politik dan pentadbiran negeri tersebut dan jelas dapat dilihat apabila
British menguasai Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian
daripada Melaka.

Pihak British telah menegaskan bahawa segala peraturan yang dijalankan di
Melaka akan turut dilaksanakan di Naning dan kenyataan ini bercanggah dengan
nilai-nilai tradisi dearah Naning.

Pihak British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada
hasilnya. Ini sebagaimana Naning memberi kepada Belanda dahulu dan
perjanjian dengan British pada tahun 1801. Menurut perjanjian tersebut,
Naning perlu menyerahkan satu persepuluh hasil negerinya. Bagaimanapun,
pihak Naning menjelaskan bahawa pemberian kepada Belanda itu atas tanda
persahabatan dan tanpa paksaan.

Ketegasan pihak British dan Dol Said telah menyebabkan kegentingan antara
kedua-dua belah pihak dan pada 1831 British telah menghantar satu ekspedisi
bersama 200 orang tentera menyerang Naning akan tetapi dapat dipatahkan oleh
Dol Said dan pengikut-pengikutnya.

Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan
menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British
dalam dua kempen peperangan.

Dol Said pahlawan Melayu Melaka

Peperangan Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said
seorang wira yang berani yang telah mengukir di sejarah Melaka. Beliau
kemudiannya diberi gelaran Penghulu Dol Said. Dengan pimpinannya itu, beliau
telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk
menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan
berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang.

Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan
sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan
orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.

Pada ketika itu, nama Penghulu Dol Said kedengaran di mana-mana tempat.
Semua penduduk terutama bangsa Melayu menghamburkan pelbagai pujian terhadap
keberanian beliau selaku pemimpin yang menegakkan hak-hak orang Melayu.

Bagaimanapun, yang enggan mengaku kalah dan tidak berpuas hati, sekali lagi
bertindak melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah
mereka yang kononnya tercalar, sekitar tahun 1982. Dan pertempuran kali ini
telah memihak kepada British.

Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam
perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya
Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya
diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.

Pihak Naning tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang
jitu, akan tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar
tentera mereka seperti dijanjikan kepada Naning.

Pada masa yang sama juga, pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak
British mengenai kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan
dengan menaburkan tulang babi dan anjing kekawasan sempadan Naning.

Oleh yang demikian, berakhirlah kerajaan naning pada 1832 setelah sekian
lama bertahan dari serangaan Portugis, Belanda dan British. Kekalahan mereka
bukan kerana pihak asing tetapi oleh kerana bangsa sendiri yang menikam dari
belakang. Orang melayu hanya dapat mencapai kegemilangannya jika mereka
bersatu hati.

Sumber : Perpustakaan Malaysia, Sejarah Pahlawan Melayu.

--
Posted By Fatkurradzi Jamil to Amanah2u
Blog<http://islamicfinance2u.blogspot.com/2008/06/dol-said-pahlawan-naning.html>on
6/29/2008 09:57:00 PM



-- 
Leaders Live Enrollment!

Visit my Amanah2u Blog http://islamicfinance2u.blogspot.com

GALLERY - http://picasaweb.google.co.uk/islamicfinance2u/

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant
***********************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
YM ID : fatkurradzi
Skype ID : fatkurradzi
***********************************************
Unit Trust www.publicmutual.com.my
***********************************************



-- 
Leaders Live Enrollment!

Please feel free to visit my Amanah2u Blog
http://islamicfinance2u.blogspot.com

Thanks & regards

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Acc (UK), Dip in Acc (UiTM)
Islamic Unit Trust Consultant
***********************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
YM ID : fatkurradzi
Skype ID : fatkurradzi
***********************************************
Islamic Unit Trust www.publicmutual.com.my
***********************************************

Kirim email ke