Salam
Pada sayalah... kalau pemimpin itu adil & saksama.. maka dia akan laksanakan
keadilan kepada semua, tak kira la melayu, cina, india, dayak, kadazan, dll...
Lebih takut kepada Allah SWT daripada takutkan rakyatnya...
Afterall, dia akan ditanya & dipertanggungjawabkan Allah SWT atas segala
pimpinannya... TAK KIRA bangsa/ugama/warna kulit..
Sesungguhnya kalian adalah pemimpin , dan setiap kalian akan ditanya tentang
kepemimpinannya. Raja adalah pemimpin bagi rakyatnya. Ia akan ditanya tentang
orang-orang yang dipimpinnya. Laki-laki adalah pemimpin bagi ahli rumahnya, Ia
akan ditanya tentang keluarga yang dipimpinnya. Istri adalah pemimpin di rumah
suaminya dan anak-anaknya. Ia akan ditanya tentang rumah tangganya. Dan hamba
sahaya adalah penanggung jawab atas harta majikannya. Ia akan ditanya tentang
tanggung jawabnya. Singkatnya, kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan
ditanya tentang kepemimpinannya . ( Bukhari, Muslim ).
Rasulullah SAW bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah yang bermaksud: Wahai
Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin.
Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka
kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika kepemimpinan itu diberikan
kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk
menanggungnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dipaparkan kisah Umar al-Khattab ra sebagai panduan kita bersama...
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
malaysia news <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh Iskandar Abd Samad
http://iskandar56100.blogspot.com/
Kita selalu mendengar teori bagaimana orang Cina menuntut hak-hak mereka
melalui dua saluran.
Yang pertama adalah dari dalam kerajaan di mana parti-parti komponen BN seperti
MCA dan Gerakan membuat tuntutan atau mempertahankan hak-hak mereka dari dalam.
Saluran kedua adalah dari luar kerajaan terutamanya melalui parti pembangkang
DAP atau NGO-NGO masyarakat kaum Cina.
Bagi isu-isu yang terlalu sensitif untuk dibangkitkan di dalam kerajaan yang
mungkin akan menggugat kedudukan MCA di dalam BN atau akan menyebabkan BN
kelihatan lemah atau menggentingkan hubungan di antara pimpinan MCA dan PM maka
saluran kedua ini digunakan.
Saya belum berkesempatan untuk bertanya rakan-rakan di dalam DAP adakah teori
ini benar tetapi nampaknya banyak perkara yang dituntut oleh masyarakat Cina
melalui saluran DAP dan NGO-NGO telah dipenuhi kerajaan walaupun secara tidak
langsung.
Mungkin ada pre-council antara mereka, yang ini MCA yang bersuara dan yang
itu pula DAP atau NGO, saya tidak tahu.
Mungkin bola tanggung yang diwujudkan DAP atau NGO-NGO dilibas oleh MCA, juga
saya tidak tahu kerana saya tidak pernah menghadiri mesyuarat-mesyuarat
Kabinet. Tetapi di suatu masa dulu bola tanggung ini turut diwujudkan oleh
Pemuda MCA yang ketika itu dipimpin oleh Lee Kim Sai.
Pemimpin MCA mungkin nampak lemah di luar tetapi hanya mereka di dalam BN
sahaja boleh menjawab tentang peranan mereka di dalam memastikan
tuntutan-tuntutan masyarakat Cina melalui DAP dan NGO-NGO dipenuhi kerajaan.
Tetapi hanyalah apabila masyarakat Cina mahukan perubahan yang lebih dari apa
yang sanggup ditawarkan oleh pentadbiran Pak Lah, kerana dia juga perlu
memikirkan tuntutan dari masyarakat Melayu juga, persefahaman ini nampaknya
terlalu perlahan untuk mendapatkan apa yang dituntut oleh masyarakat itu.
Walau bagaimanapun cuba bandingkan dengan masyarakat yang hanya mempunyai MIC
di dalam kerajaan. Mungkin saya salah tetapi saya tidak melihat sebarang
saluran luar kerajaan bagi masyarakat India yang boleh memperjuangkan
perkara-perkara yang tidak dapat diperjuangkan oleh MIC di dalam kerajaan.
---------------------------------+++++++------------------------------
Formerly Known As Tai_ci_master.
Visit : http://7thsphere.100webspace.net/
join : [EMAIL PROTECTED]
http://syukran.wordpress.com/2008/01/01/contoh-taqwa-yang-ditunjukkan-oleh-umar-ra/
Oleh abdinabu
Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: Alangkah baiknya
kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini. Kadang-kala dia berkata: Alangkah
baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!
Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba
datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan.
Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: Bila aku
duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk
dengan urusan penting engkau datang menggangui aku.
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia
dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar
berkata:
Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi. Kata orang itu: Saya
mengampuni awak kerana Allah s.w.t.
Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali kerumahnya
lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri
seperti berikut: Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah
ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin
oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa keatas hamba-hambaNya.
Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul
dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada
suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah
dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat
mereka berada. Dia berkata: Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada
khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana
kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka.
Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang
perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek
air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: Mengapa kanak-kanak ini menangis
Perempuan: Kerana mereka lapar
Umar: Apa yang ada didalam cerek itu?
Perempuan: Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan
sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan
mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan
aku didalam keadaan begini.
Umar:(Menangis)Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar
hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!
Perempuan:Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya.
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan
tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang.
Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: Letakkan karung
ini keatas belakangku Aslam
Aslam: Tidak, tidak, ya Amirul Muminin! Biar saya yang memikulnya
Umar: Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku
terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai
perempuan ini
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar.
Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah
perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam
cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata
Aslam: Saya melihat asap mengenai janggutnya
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada
keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun
bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun
berkata:Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan
hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar.
Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: Apabila kamu datang berjumpa
dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana.
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar
dari situ.
Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:Kamu tahu tak
mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?Aku ingin melihat mereka bermain-main
dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan.
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH
KAHF, TAHA dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah
itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran
beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH YUSUF yang
bermaksud:
Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah.
(SURAH YUSUF-86)
Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya
dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan
kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat
mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t.
dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang
bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina
seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian
dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua
akui sebagai penganut-penganutnya.
Dipetik dari:TANBIHUL GHAFILIN