Wa3alikum salam wbrth
Terima kasih di atas nasihat saudara...
Saya akan cuba beringat selalu... walaupun saya di Malaysia..
Namun kita hanyalah manusia.. makhluk yang pelupa..
Kalau dah bukan rezeki tu... maka jagalah macam mana pun... pasti kehilangan
juga...
Kalau tak dicuri, ditipu, diugut, dirompak.. mungkin berlaku sesuatu seperti
kemalangan ke, atau ditimpa penyakit atau malapetaka....
Ingatlah, kemakmuran/keamanan/kekayaan/kecelakaan/kemalangan SEMUANYA dengan
izin Allah SWT jua...
[2.102] Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir
yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan
kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka
berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya
dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada
itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh
menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan
dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu
seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka
mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat
kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun
mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat
bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka
pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan
ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau
mengenyangkan perutmu"
Khalifah Umar bin Khatab
Daing Ismail Abdul Aziz <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum Br. hizamri. Merujuk pada artikel "Rampas Dompet" dibawah
dari harian metro. Selepas terbaca artikel ini tergerak saya hendak
menceritakan pengalaman benar saya dan kawan-kawan dengan pemukau Arab yang
menggunakan modus operandi yang sama tapi di Khartoum, Sudan. Kejadian ini
adalah lebih kurang setahun yang lalu. nampaknya dah merebak ke Malaysia..
Saya kebetulan baru pulang dari Malaysia untuk kembali bertugas di sebuah
negara Afrika. Seperti biasa bertanya dengan kawan-kawan tentang cerita terkini
di sana. Jadi, ada seorang sahabat menceritakan yang beberapa rakan saya yang
lain telah di[pukau dan dirompak wang mereka oleh sepasang kelamin Arab yang
hendak bertanya pasal "money changer". Ada yang hilang 2-3 ratus US...
Saya pun ye la taklah ambik port sangat sebab tak kena lagi..setakat
cerita... Dua hari selepas itu, selepas solat maghrib saya dan rakan saya yang
bercerita tu la hendak pergi ke rumah rakan kami yang lain. Sebaik saja
melintas jalan menuju ke kereta, berhenti sebuah kereta di seberang jalan dan
meng"hon" dan memanggil saya. Kita ni biasala orang Malaysia penuh budi
bahasa...pun pergilah. Pemandu kereta itu seorang lelaki Arab..bertanya..
"Where is money changer"?.. Saya pun cuba explain...masa tu saya di tingkap
kereta sebelah pemandu...Dia seperti tak faham dan tanya soalan itu
berkali-kali ..macam kalut gitu...kemudian pasangan dia memanggil saya ke
tingkap dia...so saya pun ntah macamana ikut jela...mungkin sebab nak tolong
awek Arab tu..eheheh...
Dia sibuk bertanya dengan kalutnya mana nak tukar duit..dia dari Dubai..tak
tahu duit sudan macamana..."show me..show me." kata..di tanganya dia pegang
USD100...Dalam keadaan kalut-kalut dan kepelikan Saya hampir mengeluarkan duit
dari kocek seluar saya..tiba-tiba saya terdengar hon kereta yang kuat datang
dari rakan saya..dan melihat isyaratnya suruh datang pada dia dengan
segera...Saya pun teringat cerita kawan saya tu 2 hari yang lepas....lekas2
saya lari kearah kereta kami di seberang jalan...(nasib juga tiada kereta lain
lalu lalang di masa itu.. belum sempat saya sampai ke kereta saya..pasangan
Arab tadi dah lesap...Masuk je dalam kereta seperti kebingungan...kawan saya
pun memarahi saya kenapa melayan pasangan Arab tu.. Dia tengok saya macam nak
bawak keluar duit je tu yang di hon kuat-kuat...Alhamdulillah saya selamat dari
pukau tu..kalau tak saya ingat lesap dah duit makan saya...terpaksa buat
advance...
Tak sangka plak dah sampai Malaysia penyangak-penyangak ni... Bukan kami je
..pendatang asing yang lain pun kena..sehingga ada seorang juruwang di kaunter
sebuah restoran berketurunan asing pun kena di restorannya semasa membuat
pembayaran. Habis duit dalam cash register tu.
So nak minta saudara hizam sebarkan kat kawan-kawan jangan percaya sangat
sesiapa pun kalau tanya soalan pelik2 dalam keadaan kalut...Mereka buat2 nak
tahu macamana rupa duit tukaran lah...kalau tanya mana money changer suruh dia
pergi bank je....
sekian... kalau mereka tak bagi salam...kita bagi salam dulu..Mungkin yang
bukan Arab pun boleh buat terutama dari negara Afrika...
tak perlu salam atau sambut salam mereka kot....lebih penting berhati-hati.
Jangan sekali-kali mengeluarkan dompet anda yang penuh berisi duit tu...Dah la
sekarang ni minyak mahal, barang nmahal..kena pulak kaporrr dgn set-set ni
isshhhh..tak ke sesakkkkk be....
sekiannn
daing
Rampas dompetOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Khawlah Sahrim
[EMAIL PROTECTED]
menipu orang ramai dengan taktik mahu tukar duit semakin
menjadi-jadi." height=193 alt="CEKAP TIPU...kegiatan penjenayah warga Timur
Tengah
menipu orang ramai dengan taktik mahu tukar duit semakin
menjadi-jadi."
src="http://www.hmetro.com.my/Monday/Setempat/20080630093607/mainpix" width=300
border=0> CEKAP TIPU...kegiatan penjenayah warga Timur Tengah
menipu orang ramai dengan taktik mahu tukar duit semakin
menjadi-jadi.
SELAYANG : Sikap lembut hati dan suka membantu rakyat Malaysia dijadikan
'senjata penunduk' oleh kaki pukau didalangi penjenayah warga Timur Tengah yang
kerap berlakon mahu menukar wang sebelum melarikan wang milik mangsa tanpa
disedari.
Anehnya kumpulan penjenayah itu yang dikesan melakukan puluhan kes penipuan
sejak lebih tiga tahun lalu masih bermaharajalela dan gagal diberkas hingga
kini.
Dalam kes terbaru minggu lalu, seorang guru dilaporkan menjadi mangsa kumpulan
penjenayah warga Timur Tengah yang didakwa berlagak mewah dengan menaiki Proton
Perdana V6.
Mangsa, Muhd Noor Ab Hamid, 29, mendakwa ditipu pasangan penjenayah terbabit
yang kononnya terdesak mahu menukarkan wang kepada not lebih kecil.
Menurutnya, ketika kejadian jam 3 petang itu, dia baru mengeluarkan wang
RM900 dari sebuah bank di Banting, Selangor untuk membayar ansuran bulanan
keretanya.
Guru Sekolah Kebangsaan Jenjarum itu mendakwa, dia sempat melihat seorang
lelaki Arab berpakaian mahal bersama pasangannya yang memakai solekan tebal
berusia 40 tahun.
Menurutnya, pasangan itu keluar dari kereta dan tiba-tiba muncul ketika Muhd
berhenti di tepi jalan dengan jarak beberapa meter dari bank untuk menjawab
panggilan daripada kakak iparnya.
"Pasangan berbangsa Arab itu mengetuk tingkap kereta saya untuk bertanyakan
sesuatu dan melihat riak wajah mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, saya
terus membuka tingkap.
"Pada mulanya rakan saya yang turut bersama dalam kereta menasihatkan tidak
membuka tingkap kerana bimbang ia cuma tipu helah," katanya.
Muhd berkata, pada mulanya dia turut curiga dengan pasangan terbabit, tetapi
mempercayainya mereka selepas pasangan itu menunjukkan sejumlah wang yang ingin
ditukar.
"Sebaik saya mengeluarkan dompet untuk menukarkan wang diminta, lelaki Arab itu
merampasnya.
"Anehnya, saya hanya melihat tindakan lelaki berkenaan mengambil semua duit
saya dan mengira jumlah wang itu sebelum ditukar dengan duit dibawa," katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit seolah-olah mempunyai tangan yang cekap apabila
mampu mengira duitnya dengan begitu laju sehingga dia sendiri tidak perasan
berapa jumlah wang ditukar.
"Selepas selesai mengira, lelaki Arab itu menyerahkan semula dompet dan
wangnya. Pada masa yang sama, wanita Arab itu pula cuba memujuk rakan yang
duduk di sebelahnya supaya mengeluarkan wang untuk ditukar, tetapi rakan saya
menolak," katanya.
Mangsa berkata, selepas lelaki terbabit mengucapkan terima kasih, dia
meneruskan perjalanan sebelum berasa sesuatu tidak kena beberapa minit kemudian.
"Saya mengira semula jumlah wang dalam dompet, namun terkejut apabila wang saya
RM300 lesap," katanya.
Menyedari kehilangan jumlah wang terbabit, dia berpatah balik dan mengejar
pasangan terbabit yang disyaki tidak jauh daripada tempat mereka bertemu.
Dia bernasib baik kerana menjumpai kenderaan suspek di luar bank, tetapi gagal
mengejar penjenayah yang memecut melarikan diri.
Mangsa yang curiga dengan nombor pendaftaran kereta pasangan terbabit membuat
laporan polis dan difahamkan pihak berkuasa juga mendapat aduan daripada ramai
mangsa kerana ditipu warga asing berbangsa Arab.
========================================================
AKP: Parti pemerintah pertama Turki yang bakal diharamkan?
Posted on Sunday, June 29, 2008 @ 23:48:45 MYT by mfaisal_mustaffa
Oleh: Mohd Faisal Bin Mustaffa
Ketua Penerangan GAMIS 07/08
Selepas jatuhnya kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah, dasar yang mula menyusup
masuk ke dalam sistem pentadbiraan kenegaraan Turki adalah berasaskan sistem
sekular. Sudah tersohor diseluruh pelusuk dunia, negara yang pernah memimpin
seluruh bumi umat Islam itu sudah dinajisi dengan kekotoran sekular.
Apabila Mahkamah Perlembagaan Turki mahu mendengar keterangan pada minggu
samaada mengharamkan atau tidak parti pemerintah yang ada pada hari ini, iaitu
Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), hati saya tertanya-tanya adakah sejarah
yang terukir sejak tahun 1924 akan berulang kembali.
Sejak ditubuhkan sejak tahun 1963, Mahkamah perlembagaan yang dianggotai oleh
11 orang hakim ini telah mengharamkan 24 buah parti di negara tersebut. Antara
yang mengalami nasib malang ini adalah Parti Refah yang dikemudi oleh Necmettin
Erbakan. Beliau merupakan Perdana Menteri berhaluan Islam pertama yang sah
dilantik oleh rakyat pada tahun 1996. Namun begitu, jangka hayat beliau tidak
lama kerana terpaksa meletakkan jawatan setahun selepas itu akibat tekanan yang
begitu kuat daripada pihak tentera.
Akhirnya, nama Parti Refah terpaksa dimuziumkan pada tahun 1998. Pada awal
tahun tersebut, di dalam bulan januari Mahkamah Perlembagaan telah mengharamkan
Parti Refah kerana dikatakan cuba mencabuli prinsip sekular yang di amalkan
oleh kerajaan Turki selama ini. Peristiwa ini menyaksikan 5 orang ahli politik
ternasuk Necmittin digantung daripada arena politik Turki.
Selepas itu ahli parti Refah merancang strategi baru dengan menubuhkan Parti
Kebaikan. Namun begitu hayatnya hanya dapat bertahan sehingga Jun 2001 di
sebabkan Mahkamah Perlembagaan turut mengharamkan parti yang baru ditubuhkan
ini kerana dasar perjuangannya menyerupai dasar Parti Refah sebelum ini.
Belajar daripada pengalaman lalu Necmittin kemudiannya merangka pelan strategik
yang baru. Akhirnya lahir AKP, sebuah parti serpihan daripada parti yang
diharamkan sebelum ini. Dasar radikal melawan sekular sebelum ini digantikan
dengan dasar mempertahankan dasar sekular selain berjuang bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan keanggotaan sebagai negara di dalam Kesatuan Eropah (EU).
Pembawaan AKP yang lebih moderat ini menyebabkan rakyat Turki tertawan hati
sehingga membawa kepada menangnya parti AKP dalam mempertaruhkan calon vagi
jawatan Presiden Turki. Kejayaan yang gilang gemilang ini menyebabkan puak-puak
yang menyokong kerajaan sekular berasa terancam. Namun begitu apa mereka gagal
untuk menjatuhkan kerajaan AKP ini kerana strategi menggunakan undang-undang
hak asasi manusia menyebabkan golongan sekular ini sukar untuk menjatuhkan
kerajaan AKP.
Tetapi selepas kerajaan AKP membenarkan para pelajar memakai tudung di
Universiti, akhirnya golongan sekular ini sudah mula panas punggung. Hasil
desakan yang kuat, akhirnya kebenaran tersebut terpaksa ditarik balik.
Ketua Pendakwa Raya menuduh AKP cuba mengubah sistem sekular dengan rejim
Islam. Buat pertama kali di dalam sejarah negara Turki, sekiranya Mahkamah
Perlembagaan memenuhi tuntutan Pendakwa Raya maka sebuah parti yang bergelar
kerajaan akan diharamkan. Sama-sama kita saksikan.
Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com