Pihak Jawatankuasa Jejak Fakir Negeri Sembilan 2008 dengan ini merayu sumbangan 
kepada mereka yang berkemampuan untuk bersama menyumbang bagi menzahirkan 
sedikit senyuman pada wajah keluarga fakir miskin yang amat memerlukan 
khususnya di bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Program ini adalah merupakan kali ketiga setelah bermula sejak tahun 2005. Misi 
program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan 
dan kewangan secara terus. Jawatankuasa program telah mengenal pasti 47 
keluarga fakir miskin setakat ini.

Bantuan kali ini akan ditumpukan di kawasan Rembau dan sekitarnya seperti 
Linggi dan Tampin.

Pihak Jawatankuasa akan cuba mengumpulkan bantuan barangan makanan asas, 
pakaian (baru dan terpakai) serta bantuan kewangan untuk keluarga tersebut. 

Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan 
boleh diserahkan kepada cheGuBard http://chegubard.blogspot.com   atau kepada 
Penyelaras Program Sdr Azizi Aziz 0123696474

Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00

Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga ialah RM 105.50. Jumlah 
keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah RM 105.50 x 47 keluarga : RM 
4,958.50. 

Pihak Jawatankuasa mengharapkan sumbangan dari pihak yang prihatin. Resit akan 
dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan 
sumbangan para penyumbang yang budiman.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank A/c Bank Hong Leong 19951001018 
(Badrul Hisham Shaharin) , sila emailkan ( [EMAIL PROTECTED] ) atau sms 
0176688404 makluman jumlah bank in tersebut.

atau boleh hantar ke Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No. 390, Taman Seri Rembau, 
71300 Rembau, N.Sembilan



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke