Salam
   
  Kalau Ustaz Ramlang buat sumpah laknat, maka Prof. Madya Khairil Annas Jusoh 
pun terpaksa juga buat sumpah laknat tersebut..sebab Ramlang kata Khairil 
mengarahkan dia menyaksikan sumpah laknat Saiful..
   
  Siapakah lagi akan tertarik/terjebak kedalam episod sumpah menyumpah, laknat 
melaknat ni..
   
  Sama2lah kita tunggu dan lihat...
   
  Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan 
pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)
   
  "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka 
bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An 
Nuur, 24:22)
   
  ... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka 
sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)
   
  "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu 
termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) 
   
  "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali 
‘Imraan, 3:134)
   
  http://www.harunyahya.com/indo/artikel/094.htm
   
   
  WAllahua3lam
  Wassalam
  Hizamri

La_abwa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
                  Agaknya inilah yg dikatakan oleh peribahasa melayu, rumah dah 
siap pahat masih berbunyi. DSAI dah menang, saiful sufdah bersumpah tinggallah 
ustaz Ramlang terkial-kial menepis 'arus' yg melanda dirinya akibat tekanan dua 
pihak yg bertelagah.

Satu lagi peribahasa yg sesuai dengan keadaan ini ilah " gajah sama gajah 
bergaduh , pelanduk mati di tengah2. Mudah2an ustaz  Ramlang dapat mengatasi 
kekusutan ini dengan kesabaran dan keimanan yg  teguh, Inilah cobaan sebagai 
seorang Imam di zaman sumpah menyumpah ini  agaknya.

Mungkin untuk menyelesaikan pertikaian ini  Ustaz Ramlang pula perpaksa 
bersumpah di saksikan oleh semua menteri kabinet BN dan semua ADUN pembangkang. 
Baru puas hati masing2. Patutnya kalau sumpah mubahalah, kedua2 pihak yg 
terlibat mesti setuju bersumpah bukan satu pihak shj bersumpah. Nanti kalau si 
saiful tu terkena cirit beret masuk hospital tentu semua wartawan BR akan kata 
itulah balasan sumpah , walhal itu sakit biasa. Kalau DSAI pula yg masuk 
Hospital tentu semua media BN terutama TV1 buat life telecast untuk mengutuk, 
walhal mungkin dia kambuh sakit2 lama. Itulah bahayanya kalau sumpah dijadikan 
mainan hukum. SMI (Sendiri Mau Ingat) .

Kesian, jadi saksi sumpah pun dihukum. Ini sudah lebih dari lirik lagu 'bangau 
oh bangau".
Imam oh imam kenapa engkau jadi saksi?
Macam mana tak jadi saksi, aku ikut arahan
imam oh imam siapa arahkan kamu?
Manalah aku  tahu, itu bukan urusan aku
Imam oh imam, kenapa mu pecah tembelang?
Macammana aku tak pecahkan, itu kebenaran
Imam oh imam,Kenapa ikut arahan?
macam mana aku tak ikut, itu dah tugas aku
Imam oh imam, kenapa engkau tak bantah   
Macam mana aku nak bantah, aku tak tahu menahu(siapa nak sambung, sambunglah...)

Ramlang berdepan tindakan disiplin   Oleh ARSHAD KHAN
  KUALA LUMPUR 5 Sept. - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bakal 
dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit secara langsung dalam kempen 
pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru- baru ini.
  

  Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che 
Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil 
terhadap imam berkenaan kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam 
politik.
  "Saya akan lihat prosedur kerajaan yang sesuai sebelum tindakan dapat 
diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
  Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila dan apakah bentuk tindakan yang akan 
diambil terhadap Ramlang.
  

  "Saya akan buat kenyataan lengkap kemudian nanti," katanya.
  Ramlang merupakan imam yang menyaksikan Mohd. Saiful Bukhari Azlan melafazkan 
sumpah laknat membabitkan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat 
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.
  Ramlang kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila muncul di atas pentas 
politik ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa telah 
'dipaksa' dan diarahkan oleh 'orang atasannya' menjadi saksi Mohd. Saiful.
   Sumber: 
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0906&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_05.htm&arc=hive
  

  Ramlang diminta mohon maaf  KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pegawai Khas kepada 
Timbalan Perdana Menteri, Prof. Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menuntut 
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dan akhbar Suara Keadilan serta 
Siasah meminta maaf secara terbuka kepadanya.
  Beliau berkata, tuntutan ini berhubung penyiaran kenyataan fitnah Ramlang di 
dua akhbar tersebut yang telah mengaitkannya sebagai orang yang mengatur dan 
menguruskan acara sumpah laknat bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. 
Saiful Bukhari Azlan.
  Katanya, berita yang memetik wawancara dengan Ramlang itu adalah tidak benar 
sama sekali kerana beliau bukan sahaja tidak pernah mengenali Ramlang tetapi 
juga tidak pernah menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan Imam 
Masjid Wilayah Persekutuan itu.
  

  ''Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid 
Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis 
sumpah Mohd. Saiful adalah satu pendustaan.
  ''Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat 
tidak bertanggungjawab. 

  

  ''Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiayai saya dan mencemarkan 
nama baik saya sebagai penjawat awam,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang 
dikeluarkan di sini hari ini.
  

  Artikel mengenai isu itu disiarkan Suara Keadilan di muka surat 11 di bawah 
berita bertajuk 'Najib dalang sumpah - Imam Ramlang Porigi' dan 'Imam dedah 
cerita sebenar - kempen liwat BN hancur' pada edisi 27 Ogos 2008 - 3 September 
2008.
  Selain itu terdapat rakaman video temuramah dengan Ramlang di dalam Suara 
Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos 2008.
  

  Sementara dalam akhbar Siasah, ia disiarkan di muka surat tiga di bawah tajuk 
'Siapa malu besar di Permatang Pauh' yang dimuatkan dalam keluaran akhbar itu 
yang bertarikh 31 Ogos 2008 - 6 September 2008. 

  

  Ramlang merupakan imam yang menyaksikan Mohd. Saiful membuat sumpah laknat ke 
atas Anwar yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.
  Ramlang bagaimanapun kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila muncul di 
atas pentas politik ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh untuk mengumumkan 
bahawa dirinya telah 'dipaksa' untuk menjadi saksi Mohd. Saiful dengan mendakwa 
diarahkan oleh 'orang atasannya'. 

  

  Sementara itu, tegas Khairil, selain menuntut Ramlang dan akhbar itu meminta 
maaf, beliau juga mahu mereka menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan 
yang salah lagi mengelirukan dalam keluaran akhbar itu yang akan datang.
  ''Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar ini diterbitkan di halaman utama 
kedua-dua akhbar tersebut.
  

  ''Apa pun pada ketika ini, peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil 
tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak-hak saya 
terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut,'' tegasnya.
  Pada perkembangan yang sama Khairil menambah, dakwaan Ramlang bahawa berlaku 
pertemuan pada tarikh 15 Ogos antaranya dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan 
itu juga adalah tidak benar.
  

  Katanya, ini kerana ketika itu beliau sedang berada di Pulau Pinang bersama 
ahli keluarga dan sahabat handai yang dengan itu, amatlah tidak munasabah untuk 
dirinya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.
  

  ''Akhbar Suara Keadilan dan Siasah juga tidak pernah sama sekali berusaha 
mendapatkan komen daripada pihak saya mengenai dakwaan Ramlang sebelum 
menerbitkan artikel temuramah tersebut.
  

  ''Kepada Ramlang, saya menuntut agar beliau tampil membersihkan nama saya dan 
tidak berbohong dalam hal ini. Sebagai seorang pegawai agama, saya yakin beliau 
seharusnya memahami yang fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh,'' 
tegasnya.
  

Sumber: klik disini 
  

  Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an 
  lawati http://ccc.1asphost.com/assalamquran/default.asp
  

  
---------------------------------
  Dapatkan alamat E-mel baru anda! 
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!  

       

Kirim email ke