Laporan Akhbar Sinar Harian 14 September 2008 menunjukkan gambar Perdana Menteri menyampaikan replika cek Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang berjumlah RM 166,200.00 kepada ADUN Kota Datuk Dr Awaluddin Said untuk bantuan fakir miskin dan anak-anak yatim yang berada di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Beberapa persoalan timbul di sini ? Apakah setiap wakil rakyat di Negeri Sembilan ini akan mendapat replika cek untuk agihan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim di kawasan mereka ?
Cek ini adalah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang kebiasaannya adalah wang zakat , samada zakat fitrah, zakat perniagaan , pertanian dan sebagainya. DUN Kota tidaklah mempunyai penduduk yang ramai , jumlah pengundinya hanya sekitar 12,000 orang sedangkan DUN lain seperti di Sikamat, Ampangan dan Paroi mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai mencecah lebih 20,000 orang dimana penduduk Islamnya mungkin mencecah 50,000 orang. Sudah pasti DUN seperti di Sikamat, Ampangan dan Paroi mempunyai lebih ramai fakir miskin dan anak-anak yatim. Jika DUN Kota sahaja mendapat RM 166,200.00 , di DUN Sikamat mungkin dapat sekitar RM 300,000.00. ADUN Paroi YB Hj Taufek (PAS) yang ditemui menyatakan beliau setakat ini tidak mendapat maklumat jumlah agihan sumbangan fakir miskin dan anak-anak yatim di kawasan beliau yang diagihkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kemungkinan besar ADUN Sikamat YB Amin (PKR) dan ADUN Ampangan YB Rashid (PKR) mengalami nasib yang serupa. Seperkara lagi bagaimana agihan RM 166,200.00 ini ? Jika seorang mendapat RM 100 maka seramai 1,662 orang akan mendapat RM 100. Untuk keluarga yang susah yang mempunyai anak 10 sudah pasti mendapat RM 1,200 , dan ini amat bermakna untuk keluarga miskin tersebut untuk menyambut Ramadhan dan Syawal. Jadi bagaimanakah sebenarnya agihan RM 166,200.00 ini ? Juga agihan-agihan di DUN-DUN lain di Negeri Sembilan ini ? Jika di DUN Sikamat, Ampangan dan Paroi bantuan tidak dimaklumkan atau disalurkan melalui wakil rakyatnya , kepada siapa bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini disalurkan ? Pegawai Baitul Mal ? Imam Masjid ? Nazir Masjid ? Pengerusi JKKK ? Ketua Bahagian ? Siapa ? Keratan akhbar Sinar Harian di sini http://amkns.blogspot.com/2008/09/mana-pergi-duit-agihan-zakat-dun.html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

