Dalam dua program Jejak Ukhuwah Ramadhan 2 di DUN Kota dalam parlimen Rembau
yang dilanjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau
yang diketuai oleh Pengerusinya Tuan Haji Abd Roni bersama Pemuda PAS Kawasan
Rembau dan MTD DUN Kota, sebanyak 40 bungkusan barangan keperluan dimana setiap
bungkusan mengandungi beras 5 kilo, gula 2 kilo, tepung 2 kilo, minyak 2 paket
dan susu pekat 2 tin telah diagihkan kepada ibu-ibu tunggal, ibu-ibu tinggal
dan fakir miskin di sekitar DUN Kota.
Dalam 2 hari lawatan dari rumah ke rumah pada 7 Sept dan 14 Sept yang lalu,
maklumbalas dari penerima amat baik dan sumbangan dari PAS adalah merupakan
sumbangan yang pertama sampai kepada mereka.
Ada di kalangan penerima yang kematian suami yang membesarkan 7 anak dengan
hasil getah peninggalan arwah suami. Ada sebahagian anak yang tidak dapat
bersekolah.
Ada juga di kalangan ibu tinggal yang menyara diri dan anak dengan membantu
kedai makan yang menyewa rumah kampung dengan sewaan RM150. Ada sesetangah ibu
tunggal yang sudah lanjut usia tinggal keseorangan di rumah yang uzur kerana
anak-anaknya yang sudah pun bercucu tinggal di Kuala Lumpur. Ada di kalangan
ibu tinggal yang sakit mental yang mempunyai 2 anak ditinggalkan oleh suami
kepada ibu mertua yang juga ibu tunggal. Dan banyak lagi penderitaan dan
kesusahan yang dialami oleh rakyat di sekitar DUN Kota.
Sehubungan dengan itu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau
menyeru kepada semua ahli dan orang ramai untuk bersama turun padang membantu
meringankan keperitan dan penderitaan rakyat.
Menurut Tn Hj Shukri selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Rembau , aktiviti sebegini
adalah merupakan Madrasah Ramadhan secara praktikal dimana mereka yang turun ke
medan masyarakat merasa insaf bahawa kemewahan dan apa yang Allah kurniakan
kepada kita adalah jauh lebih baik dari kemiskinan dan kedaifan yang dilalui
oleh orang-orang miskin.
Program Jejak Ukhuwah Ramadhan seterusnya akan menemui keluarga fakir miskin di
DUN Chembong dan DUN Rantau pada 20 dan 27 September 2008 ini.
Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau turut serta dalam program
ini bolehlah menghubungi Tn Hj Abd Roni 012-2268230 atau Tn Hj Shukri
017-2446215.
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/