Internet mempunyai kebaikan dan kemudaratan. Terpulang kepada pengguna untuk 
mengendalikannya. Seperti pisau , boleh digunakan untuk kebaikan juga 
kejahatan. Pisau boleh digunakan untuk memotong sayur, pisau yang sama boleh 
digunakan untuk membunuh.

Begitu juga internet , boleh digunakan untuk menyeru manusia untuk melakukan 
kebaikan atau menggalakkan manusia melakukan kejahatan.

Oleh itu pihak yang ingin menyeru manusia melakukan kebaikan haruslah lebih 
kreatif dalam kaedah penyampaian mereka terutamanya di era siber ini. Mereka 
yang menyeru kepada kelalaian , fitnah , cerita sensasi begitu kreatif , tetapi 
mereka yang menyeru kepada kebaikan kurang kreatif , masih menggunakan kaedah 
lama.

Sebelum ini saya pernah menulis bagaimana JAKIM dan Jabatan Agama Negeri perlu 
ada kaunseling “online” di 
http://waghih.blogspot.com/2008/05/jakim-dan-jabatan-agama-negeri-perlu.html .

Tetapi bagaimana caranya menarik pelayar internet untuk melayari laman web 
JAKIM serta Majlis Agama Islam Negeri jika sekiranya ianya tidak sesuai dengan 
jiwa remaja , jiwa belia , jiwa anak muda , jiwa orang yang suka melepak , jiwa 
mereka yang suka bergossip ?

Jumlah pengunjung pada sesetengah blog ada kalanya jauh melebihi jumlah 
pengunjung ke laman web Majlis Agama atau Jabatan Agama. Walhal blog hanya 
dikendalikan oleh individu dengan mengeluarkan modal dan tenaga sendiri , 
sedangkan laman web yang dikendalikan oleh Majlis Agama dan Jabatan Agama 
sepatutnya mempunyai cukup kepakaran , tenaga dan kewangan seperti laman web 
JAKIM http://www.islam.gov.my
serta laman web Majlis Agama Islam Negeri Sembilan http://www.mains.gov.my 
sebagai contoh 

Pujian harus diberikan kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan kerana mempunyai 
laman web yang agak kreatif , interaktif dan ceria di http://www.zakatns.com.my 
. Untuk menarik pelayar internet melayari laman web mereka , beberapa kuiz dan 
pertandingan diadakan. Ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha bijak 
untuk menarik pelayar internet melayari laman web , bukan menyiarkan cerita 
sensasi , gossip dan sebagainya.

Justeru itu kepada mereka yang ada sumber kewangan dan kepakaran , perlulah 
lebih kreatif untuk membimbing manusia ke arah kebaikan. Kami para blogger 
mempunyai kepakaran , masa , tenaga dan kewangan yang amat terhad , cuma daya 
pemikiran kami yang dipinjamkan oleh pencipta kita yang tidak terhad , 
insyaALLAH.

Rozmal Malakan
http://waghih.blogspot.com 





      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke