Berikut beberapa maklumbalas yang diterima dari peniaga di Bazaar MAINS (Majlis 
Agama Islam Negeri Sembilan) , Seremban. Mungkin ada pihak yang boleh 
mengesahkannya , terutamanya pihak pengurusan Bazaar MAINS. ( Untuk makluman 
saya bukan peniaga di Bazaar MAINS , atau mempunyai anak-beranak , adik-beradik 
atau kroni yang berniaga di Bazaar MAINS , cumanya sebagai seorang Islam mereka 
peniaga Bazaar MAINS adalah saudara saya dalam Islam dan satu rumpun bangsa 
Melayu )

Peniaga Bazaar MAINS mendakwa : 

1. Hampir setiap bulan, ada sahaja peniaga yang gulung tikar. 

2. Pada bulan Syawal 1429 H yang belum pun melabuhkan tirainya terdapat seorang 
peniaga pakaian dan seorang peniaga barangan hiasan terpaksa menamatkan 
perniagaan kerana mengalami kerugian sejak mula beroperasi sehingga kini. 

3. Tiada tindakan susulan, bantuan dan promosi dari pihak yang bertanggungjawab 
menguruskan bazaar ini secara bersungguh-sungguh. 

4. Terdapat lebih 20 buah kedai tiada penyewa walaupun bazaar ini telah di buka 
lebih dari tiga tahun. 

5. Hampir 90 peratus peniaga merungut kerana mengalami kerugian. 

6. Pengunjung yang memasuki bazaar boleh dikira dengan jari. 

7. Beberapa peniaga di bazaar ini mencari alternatif dengan berniaga di Bazaar 
Ramadan di tempat lain.

Jika benar dakwaan di atas haraplah mereka yang bertanggungjawab dapat 
melakukan sesuatu antaranya apa yang telah saya cadangkan di 
http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html 
. 

Beberapa teman saya dari pimpinan PAS Negeri Sembilan secara peribadi bersetuju 
untuk mengadakan EXPO Usahawan Islam anjuran Lajnah Ekonomi PAS Negeri Sembilan 
sekiranya diluluskan permohonan oleh pihak pengurusan bertujuan untuk 
mempromosi dan mempopularkan Bazaar MAINS , Seremban serta membantu peniaga di 
sana.
 




      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke