|
| | | |
Sebenarnya saya sendiri tak percaya. Tetapi borang penyertaannya dan wangnya sudah ada di tangan saya. Bukan nak merendahkan orang, tetapi pembantu rumah dari Indonesia? Is this for real? Apa cerita di sebaliknya?
Sebenarnya tidak ada apa-apa yang special tentang orang ini. Dia orang susah, kalau tak kenapa perlu merantau bekerja sebagai pembantu rumah. Kerajinannya membuatkan dia mendapat sedikit pendapatan yang lebih, namun apalah lebih sangat kalau kerja-kerja yang dilakukan hanya kerja-kerja membersih rumah.
Namun saya terpanggil untuk menulis, kerana saya sendiri tercabar. Orang susah macam ini pun boleh buat satu bahagian....
Inilah agaknya petunjuk dari Allah SWT kepada mereka-mereka yang mampu makan di luar, hidup dalam kemewahan... pembantu rumah yang susah ini pun sebenarnya mampu dan mahu mengerjakan qurban kepada Allah SWT.
Tak kisahlah Tuan-tuan/Puan-puan
nak qurban kat mana-mana pun. Banyak tempat kita boleh buat qurban ni. Pokoknya contoh yang diberi oleh pembantu rumah ini sungguh menyentuh hati dan tentunya bagi orang-orang yang mampu dan beriman hati mereka akan juga tercabar.
Wassalam
Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345) President, AKSI CEPAT TANGGAP (ACT) MALAYSIA Ahli Majlis Perbandaran Kajang www.actmalaysia.org Laksanakan Qurban anda untuk mereka yang sangat memerlukan di Mindanao. layari blog: http://qurbanact.blogspot.com
| | |
| |
|
|