Surau Taman Alamanda , Senawang terletak di tepi jalan berhampiran padang bola. 
Taman Alamanda pula adalah merupakan laluan utama antara Taman Desa Dahlia, 
Taman Satria dan Taman Desa Melor. Lalu Surau Alamanda sering dijadikan tempat 
persinggahan mereka yang ke tandas , berehat , mandi lepas main di padang.

Boleh dikatakan orang Melayu Islam yang menggunakan surau sekadar untuk 
menggunakan tandas , menukar lampin bayi , berehat , tidur , mandi , basuh kaki 
, basuh tangan bahkan basuh basikal oleh kanak-kanak keempat-empat taman tadi , 
lebih ramai daripada mereka yang datang semata-mata untuk solat jemaah.

Lebih buruk lagi ruang solat bahagian wanita digunakan oleh mereka yang tidak 
bertanggungjawab untuk tidur , berehat dan MENGHISAP ROKOK apabila tiada jemaah 
di surau.

Ini terbukti setiap kali datang ke surau ini ada bau rokok , ada saja abuk dan 
puntung rokok. Bahkan gelas yang digunakan untuk diberi penceramah minum 
digunakan sebagai tempat abuk rokok.

Puas sudah dinasihat, puas sudah letak poster jaga kebersihan dan sebagainya. 

Namun yang masih KURANG AJAR yang tak HORMAT surau ialah orang MELAYU yang 
beragama Islam. Yang menghina tempat suci Islam ialah orang Melayu sendiri. Tak 
pernah saya nampak orang Cina , orang India datang ke surau ini untuk melepak.

Macamana kita nak penganut agama lain hormat Islam kalau orang Melayu yang 
beragama Islam sendiri yang kurang ajar ? Macamana kita hendak menyeru umat 
Islam menegakkan Islam kalau mereka yang perjuangkan Islam menghisap rokok ?

Setelah puas berikhtiar akhirnya gunakanlah cara terakhir dengan menampal 
POSTER yang dibuat sendiri yang bertulis MEROKOK ADALAH HARAM dan disertakan 
Fatwa-Fatwa Majlis Agama Islam Negeri. ( Rujukan : 
http://pasns.blogspot.com/2008/11/yoga-dan-merokok-dua-dua-haram.html ). 
Poster-poster ini ditampal dibanyak bahagian di surau.

Alhamdulillah selepas 1-2 minggu , tiada lagi nampak abuk rokok , puntung rokok 
di dalam surau dan persekitaran. Tiada lagi bau rokok apabila masuk surau.

Nampaknya inilah satu-satunya cara untuk mengelakkan generasi muda , 
kanak-kanak sekolah , remaja perempuan untuk menjauhkan diri dari najis rokok.

Kepada mereka yang sudah ketagih rokok , usahakanlah cara untuk berhenti 
merokok, DEMI anak-anak kita sendiri. Nak tak kita tengok semua anak-anak kita 
yang sekolah rendah termasuk yang perempuan sudah mula berjinak-jinak dengan 
rokok ?

Kepada mereka yang sukar untuk berhenti rokok , elakkanlah merokok di hadapan 
remaja dan kanak-kanak. 

Ayah saya sendiri merupakan perokok tegar walaupun pelbagai cara dilakukan 
untuk berhenti merokok. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha , ALLAH yang 
menentukan segala-galanya.



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke