Terimakasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana prihatin 
dengan nasib para peniaga di Bazaar MAINS Seremban. Semoga YAB Dato Seri 
mendapat haji yang mabrur. Semua cadangan yang diberikan sebelum ini bukanlah 
milik sesiapa , bukan milik saya , bukan milik peniaga Bazaar MAINS , bukan 
milik Sdr Zulkefly Mohamad Omar , jika cadangan itu baik ianya datang dan 
diilhamkan dari ALLAH swt. 

Sepakat Membawa Berkat ! 

Layari Blog Bazaar MAINS http://bazaarmains.blogspot.com 

( Rujukan sebelum ini : Faktor Bazaar MAINS kurang pengunjung 
http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html )

Kepada semua muslimin dan muslimat , Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha. 
Semoga ALLAH mencurahkan perasaan kasih sayang di kalangan umat Islam di 
Malaysia ini , khususnya di Negeri Sembilan

**********************

Promosi Bazar MAINS 

Utusan Malaysia 5 Dis 08. SEREMBAN 4 Dis. - Kerajaan negeri melaksanakan 
pelbagai langkah untuk menarik perhatian orang ramai berkunjung ke Kompleks 
Bazar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) di sini yang dikatakan semakin 
sepi.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan berkata, antara usaha yang sudah dijalankan 
adalah memindahkan Pasar Malam MPS dari Jalan Lee Sam ke Jalan Datuk Abdul 
Rahman berhadapan bazar tersebut.

"Selain itu kita juga meneruskan usaha promosi bazar tersebut melalui pelbagai 
program dan aktiviti termasuk melengkapkan ia dengan kemudahan Internet WiFi 
bagi menarik perhatian lebih ramai pengunjung," katanya, di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, usaha lain yang bakal dilaksanakan adalah mewujudkan laman web 
bazaar, memasang papan tanda arah di mengadakan iklan di akhbar serta majalah.

Dalam usaha membantu pihak MAINS selaku pihak pengurusan yang menanggung 
kerugian, kata beliau, pihaknya akan melaksanakan pelbagai pembaharuan termasuk 
memohon pengecualian cukai pintu dan tanah daripada pihak berkuasa tempatan.

"Sehingga kini MAINS mengalami kerugian kerana kadar sewa yang rendah kerana 
pemberian 50 peratus subsidi peniaga di samping terpaksa menanggung kos 
penyenggaraan sepenuhnya. 

"Usaha lain yang bakal diadakan untuk mengatasi kerugian tersebut adalah 
mewujudkan ruang niaga dan tapak gerai untuk menjana tambahan pendapatan bagi 
mengurangkan kerugian," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
 



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke