Penilaian manusia terhad dan berkemungkinan tidak tepat. Jangan menyangka
kebakhilan dari berkongsi rezeki yang Allah kurniakan itu baik bagi kita bahkan
ia sebenarnya sesuatu yang buruk di dunia dan akhirat.
Dan jangan
sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah
dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa
keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi
mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka
bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik
segala warisan (isi) langit dan bumi. ... (Surah AliImran: 180)