Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari 
perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki 
dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, 
berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat 
kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada 
anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri 
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, 
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan 
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua 
yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan  
mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang 
paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: 
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku 
sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak 
disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia 
dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama 
isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita 
bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku 
dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. 
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya 
kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi 
(salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti 
akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan 
tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho 
kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang 
dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan 
bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian 
dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas 
kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah 
tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho 
kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita 
mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya 
diredhai dan membahgiakan suaminya...

Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri 
mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi hehehee...

Looking for beautiful Muslim Baby Names? ImpianaSoft myName - Download this 
Software: http://www.21stcenturymuslim.com/myname -- FREE!



      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke