Di sebuah kampung  terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung 
tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk 
menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin 
membesar .

Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak 
pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir 
dan dilanda banjir besar beberapakali.

Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan 
sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya 
mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang 
menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat 
oleh  beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana 
disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok 
tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk 
di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini 
dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok 
tersebut telah tumbang, tersembam  ke bumi hanya kerana disebabkan 
kumbang-kumbang yang kecil saiznya.  

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Jauhilah 
dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia 
akan merosakkan orang  itu “

Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi 
penasihat perkahwinan telah berjaya membantu  40000 pasangan yang tidak bahagia 
mengatakan  sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh 
hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.

Manakalah Frank S. Hogan, seorang  penguasa daerah di New York Country 
mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan 
hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau 
kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara 
satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan 
isyarat-isyarat  badan. Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah 
membawa kepada beberapa kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.

Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban 
hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen 
tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan 
kadangkala tidak masuk dek akal. Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan 
kerana masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing 
mula menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan 
yang penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban. Ini bukan 
cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara 
kita.

Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil 
dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan. Jawapannya 
mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang 
kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri.  
Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan 
temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku. Hal-hal kecil 
dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak 
menguasai diri kita.

Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai 
sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang 
remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka. Misalnya seorang suami 
merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur berdengkur. Hampir setiap malam 
tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut dan 
hidung isterinya.  Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit 
disebabkan hal yang begitu remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang 
berbunyi :

“Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak 
menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan 
menyenangkannya” ( Muslim ).

Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk 
menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap, 
fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si  isteri padanya. 
Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego 
seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya, 
masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda. Dia basuh pakaian 
anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas rumah setiap hari 
walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan si dia untuk anda. 
Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk 
melihat perkara yang lebih besar. Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai 
pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya. 
Lemahkah Umar? Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang 
takutkannya, malah syaitan juga melarikan diri bila
 bertembung dengannya.  Dia juga sahabat Nabi yang yang mulia dan dijamin 
syurga. Tetapi mengapa dia bertindak begitu? Tidak lain tidak bukan kerana dia 
menghargai isterinya dan menerima kelemahan yang ada pada isterinya. Pada suami 
di luar sana, anda bagaimana? Fikir-fikirkanlah.

Apa jalan penyelesaiannya? Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah 
minda kita dengan seluas-luasnya agar  kita dapat melihat sesuatu isu dan 
perkara itu dengan lebih tenang, matang dan menurut pandangan akal yang 
berlandaskan Islam dan sunnah Nabi. Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai 
hal-hal yang remeh-temeh sehingga menjadikan minda kita tertutup rapat dan 
sentiasa menilai sesuatu perkara dan isu itu dengan nilaian yang negatif yang 
hanya bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dan nafsu yang sering memandu 
kita ke arah kejahatan yang akhirnya akan membinasakan diri kita sendiri. 
Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu 
janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang 
telah Tuhan tentukan buat kita. Nasib anda beradadi tangan anda sendiri. Hanya 
anda yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.

Selamat berubah kepada Kehidupan Baru

Wallahua’lam

Looking for beautiful Muslim Baby Names? ImpianaSoft myName - Download this 
Software: http://www.21stcenturymuslim.com/myname -- FREE!


      

------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke