Lebih 50 mangsa kebakaran di Kuala Perlis menuntut kerajaan negeri mengotakan janji untuk menyediakan perumahan tetap kepada mereka, yang kini sudah hampir 16 tahun. Dulu kami dijanjikan kediaman kekal. Mereka berjanji dalam masjid. Namun begitu, apa yang kami perolehi sekarang ialah masih menetap di sini
******************** Tagih janji 16 tahun Berita Harian 16 Julai 2010 KANGAR: Lebih 50 mangsa kebakaran besar Kampung Seberang Tok Pi, di Kuala Perlis, di sini, menuntut kerajaan negeri mengotakan janji untuk menyediakan perumahan tetap kepada mereka, yang kini sudah hampir 16 tahun menunggu bagaikan `buah yang tak gugur. Desakan itu dibuat selepas majoriti penduduk bosan dengan helah pihak berwajib, sehingga memaksa mereka terdampar selama 16 tahun di lokasi penempatan semula di Flet Kuala Perlis, di sini. Paling teruk, sudahlah ditempatkan di flet yang tidak memiliki sijil layak menduduk (CF), kini penduduk diarah pula berpindah sementara ke Flet Seri Sena di Kampung Bakau, di sini, sedangkan perjanjian asal kerajaan bersetuju menyediakan kediaman kepada mangsa di Padang Cina, Kuala Perlis. Justeru, semua lebih 50 mangsa kebakaran berkenaan, kelmarin berkumpul di tapak pasar malam di Kuala Perlis, di sini, untuk mengumpulkan tandatangan sekali gus membuktikan mereka serius menuntut janji yang disuarakan kerajaan 16 tahun lalu. Wakil penduduk, Mohd Nor Zainon, 27, berkata berdasarkan perjanjian asal kerajaan negeri akan memindahkan semua mangsa ke penempatan semula di Padang Cina, yang mana rumah teres dua tingkat di Lot 125, 126, 139 dan sebahagian di Lot 124 di mukim Kuala Perlis akan disediakan kepada mangsa. Untuk itu, katanya, semua mangsa akan ditempatkan secara sementara di Flet Kuala Perlis selama lima tahun. Bagaimanapun, beliau berkata, selepas tempoh itu berakhir rumah yang dijanjikan tetap tidak kelihatan dan kini ia sudah mencecah hampir 16 tahun. "Kami sekarang sudah masuk generasi kedua mangsa kebakaran Kampung Seberang Tok Pi dan selama 16 tahun kami hidup dalam keadaan berisiko di kediaman sempit yang tidak memiliki CF yang, seolah-olah menunggu masa untuk roboh. "Kami sudah hidup 16 tahun di flet dua bilik yang semakin lama semakin uzur. Kini mangsa kebakaran Kampung Seberang Tok Pi sudah masuk ke generasi ketiga dan kami tidak mahu anak-anak kami hidup dalam keadaan terdesak seperti kami, sedangkan kami sepatutnya sudah memiliki rumah yang lebih sempurna," katanya ketika ditemui, di sini. Terdahulu, Mohd Nor bersama 50 yang lain turut menandatangani memorandum khas yang akan disertakan bersama perjanjian terdahulu antara mangsa dan kerajaan negeri untuk dimajukan kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Difahamkan, seramai 53 keluarga dilapor menjadi mangsa dalam kebakaran besar pada petang 1994 lalu membabitkan dua kampung iaitu Kampung Seberang Tok Pi dan Kampung Puju, di sini. Selain itu, 117 lagi keluarga dilapor turut terjejas dalam satu lagi kebakaran besar di kampung Puju pada 2003 lalu, sebelum kerajaan negeri memutuskan untuk menyediakan penempatan kepada semua mangsa. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kampung Seberang Tok Pi, Mohd Ishak Lazin, berkata kerajaan negeri kini mahu semua penduduk dipindahkan sementara ke Flet Seri Sena untuk membolehkan Flet Kuala Perlis dibaik pulih. "Kami tidak tahu berapa lama kami perlu tinggal di Flet Seri Sena kerana sebelum ini pun kami hanya dijanjikan tinggal sementara di Flet Kuala Perlis, sebaliknya kami semua terus terdampar di sana sehingga kini. "Kami mahu kerajaan negeri telus dalam pelaksanaan terutama dalam menunaikan janji yang ditabur dan kami semua mahukan kediaman yang dijanjikan, katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_Tagihjanji16tahun/Article 53 mangsa kebakaran tuntut janji Utusan Malaysia 16 Julai 2010 KANGAR 15 Julai - Semua 53 keluarga mangsa kebakaran yang ditempatkan di Rumah Pangsa Kuala Perlis di sini, meminta kerajaan menyediakan kediaman kekal buat mereka seperti yang dijanjikan 16 tahun lalu. Mangsa-mangsa bencana itu mahu kerajaan mengotakan janji selari dengan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Rata-rata mangsa terlibat dalam suasana tidak selesa kerana sejak selepas kebakaran 7 Februari 1994, kehidupan keluarga terlibat ternyata tidak selesa, terutama apabila kediaman sementara sekarang sempit dan rosak teruk. Mereka yang terlibat mendakwa, pihaknya terpaksa mengadakan sidang akhbar sambil membawa para wartawan menyaksikan sendiri status kediaman sekarang, setelah masalah yang dikemukakan kepada beberapa pihak selama ini tidak mendapat perhatian. Salah seorang daripadanya, Badelishah Md. Jusoh, 50, berkata, mereka sepakat untuk mengadakan sidang akhbar kerana rungutan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri seperti diabaikan. "Kami sudah meminta pertolongan daripada semua pihak yang sepatutnya. Ini termasuklah wakil-wakil rakyat dahulu dan sekarang. Namun demikian, nasib kami tetap tidak berubah. "Jadi, kami sepakat memanggil para pemberita. Mahu diceritakan masalah yang sudah lama. Anda (wartawan) boleh tengok sendiri rumah-rumah kami yang rosak teruk," ujarnya di sini baru-baru ini. Keluarga Badelishah adalah salah sebuah daripada 53 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi pada pada 7 Februari 1994. Masalah yang sama turut disuarakan oleh Mohd. Noor Zainon, 27, yang kecewa kerana selepas kebakaran, mangsa dijanjikan ditempatkan di flat di Kampung Padang Cina di sini, tetapi flat tersebut sekarang sudah didiami oleh penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap). Selepas kebakaran tersebut, kata beliau, keluarga mangsa diberi RM120 sebulan untuk menyewa di kediaman pilihan sebelum ditempatkan di Rumah Pangsa Kuala Perlis. "Anda (wartawan) boleh melihat sendiri kedudukan kediaman kami. Flat ini sudah terlalu uzur. Terlalu banyak tempat yang retak. Sekarang, difahamkan kami mesti berpindah ke Pangsa Puri Seri Sena di Kampung Bakau di pinggir bandar Kangar. "Saya difahamkan kami kena menetap di sana tiga tahun sementara menunggu flat ini siap dibaik pulih. Kami nelayan, kena duduk di bandar dan terpaksa berulang ke sini. Harap kerajaan dapat menyediakan tempat yang sesuai di sini," ujarnya. Keluhan Mohd. Noor itu turut diakui oleh seorang lagi mangsa kebakaran 1994 iaitu Aishah Mat Hassan, 57. "Sebahagian daripada mangsa kebakaran itu adalah ibu tunggal yang bekerja di Kuala Perlis. Jika terpaksa tinggal di Pangsa Puri Sena di bandar Kangar, ia membebankan golongan tersebut kerana telah bekerja di sini. "Saya berharap sangat supaya kerajaan lebih prihatin terhadap masalah rakyat. Kalau kami dibiarkan terus begini, ia tidak menepati apa yang dijanjikan dahulu," ujarnya. Endon Hamzah, 51, juga kecewa dengan pelbagai janji wakil-wakil kerajaan sekarang dan sebelum ini yang disifatkannya hanya bertindak untuk 'menyenangkan' mangsa kebakaran buat sementara waktu sahaja. "Dulu kami dijanjikan kediaman kekal. Mereka berjanji dalam masjid. Namun begitu, apa yang kami perolehi sekarang ialah masih menetap di sini," ujarnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

