Sekolah yang mempunyai pelajar serta kakitangan melebihi 500 orang itu mendakwa 
terpaksa menangani masalah berkenaan bersendirian kerana ia tidak mendapat 
perhatian mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT). Masalah itu 
diburukkan lagi dengan bau busuk akibat sistem perparitan yang tersumbat di 
luar kawasan sekolah berkenaan.

*************************** 
Diserang nyamuk setiap hari
Utusan Malaysia 16 Julai 2010 

JOHOR BAHRU 15 Julai – Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 
Permas Jaya 2 di sini semakin buntu dengan masalah nyamuk yang semakin 
bertambah di kawasan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Sekolah yang mempunyai pelajar serta kakitangan melebihi 500 orang itu mendakwa 
terpaksa menangani masalah berkenaan bersendirian kerana ia tidak mendapat 
perhatian mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mereka berkata, masalah pembiakan nyamuk berkenaan disebabkan projek pembinaan 
jalan raya yang dilaksanakan di kawasan berdekatan sekolah sehingga menyebabkan 
mereka terpaksa menderita sehingga kini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Yip Siew 
Ling berkata, masalah berkenaan bukan sesuatu yang baru dan telah berlarutan 
tanpa mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, masalah berkenaan disyaki berpunca daripada kawasan projek 
pembangunan yang dilaksanakan pada waktu ini dan bukan dari kawasan sekitar 
sekolah berkenaan.

“Kita dapati sistem perparitan yang terdapat di kawasan luar sekolah tidak 
berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi punca 
pembiakan nyamuk.

“Jika dilihat, sekolah ini sentiasa berada dalam keadaan bersih dan masalah 
nyamuk ini hanya berlaku selepas projek pembangunan tersebut dilaksanakan,” 
katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan luar sekolah berkenaan mendapati, sistem 
perparitan yang terdapat di kawasan berkenaan tidak berfungsi dengan baik dan 
terdapat beberapa kawasan takungan air yang menjadi tumpuan pembiakan nyamuk.

Siew Ling berkata, masalah pembiakan nyamuk membuatkan para pelajar serta 
kakitangan di sini sentiasa berada dalam keadaan tidak selesa.

Beliau berkata, masalah tersebut akan menjadi lebih serius menjelang tengah 
hari kerana bilangan nyamuk semakin bertambah. Masalah itu diburukkan lagi 
dengan bau busuk akibat sistem perparitan yang tersumbat di luar kawasan 
sekolah berkenaan.

“Para pelajar terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli ubat nyamuk 
elektrik untuk menghalau nyamuk tetapi tidak berhasil.

“Sehingga kini masih belum ada sebarang laporan mengenai pelajar yang menghidap 
demam denggi tetapi ada antara mereka menghidap penyakit kulit kerana kegatalan 
akibat digigit nyamuk,” katanya.

Sementara itu, Pengetua sekolah, Hamidah Mahmud berkata, pihak pengurusan 
sekolah pernah menghubungi Bahagian Kesihatan Majlis Bandaraya Johor Bahru 
(MBJB) untuk membantu menangani masalah itu tetapi tiada sebarang maklum balas 
daripada pihak berkenan hingga kini.

Beliau berkata, MBJB pernah datang sekali ke kawasan sekolah berkenaan untuk 
membuat semburan asap April lalu dan kemudian tidak lagi datang untuk tindakan 
susulan.

“Saya berharap perkara ini dapat ditangani segera kerana para pelajar di sini 
terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa hampir setiap hari ekoran masalah 
ini,” katanya. 

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah 
berkata, pihaknya akan menghantar surat aduan kepada MBJB dan salinan kepada 
Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi membantu mengatasi masalah berkenaan.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu diberikan perhatian serius kerana nyawa 
para pelajar dan guru sentiasa berada dalam keadaan bahaya.

“Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan sehingga menyebabkan ada antara 
pelajar dan kakitangan sekolah ini menghidap demam denggi kerana ia boleh 
membawa maut,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
 

Pelajar tidak selesa belajar
Utusan Malaysia 16 Julai 2010 

JOHOR BAHRU 15 Julai - Pelajar serta ibu bapa di Sekolah Menengah Kebangsaan 
Permas (SMK) Jaya 2 di sini melahirkan rasa tidak selesa dengan kehadiran 
nyamuk yang semakin banyak sejak kebelakangan ini.

Keadaan itu menjadi lebih rumit apabila bilangan nyamuk semakin bertambah 
setiap hari terutamanya pada waktu tengah hari sehingga mengganggu konsentrasi 
pembelajaran mereka.

Seorang pelajar, Puteri Faraida Mohd. Said, 14, berkata, masalah itu semakin 
menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan pelajar mengalami 
gangguan ketika sedang belajar di dalam kelas.

Katanya, menjelang petang bilangan nyamuk akan menjadi lebih banyak dan 
membuatkan pelajar dan guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam 
kelas.

"Bila waktu petang memang tidak boleh nak belajar kerana nyamuk terlalu banyak 
tetapi apa lagi yang boleh dibuat selain terpaksa belajar dalam keadaan tidak 
selesa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut C. Ashween, 15, perkara itu telah berlarutan sejak sekian lama dan 
hingga kini ia tetap menghantui pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan dan terkini para pelajar terpaksa 
membeli racun nyamuk elektrik dengan menggunakan peruntukan sendiri sebagai 
langkah untuk mengatasi masalah itu.

"Kami satu kelas mengumpul duit bersama-sama untuk membeli racun nyamuk bagi 
menghalau nyamuk yang ada tetapi tetap tidak berkurangan. Saya harap perkara 
ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.

Seorang ibu, Hasanah Ripin, 52, berkata, anaknya sering mengadu mengenai 
masalah nyamuk di sekolah dan mengakui sukar memberikan tumpuan di dalam kelas.

Katanya, pihak sekolah sebelum ini ada menghubungi pihak berkuasa tempatan 
(PBT) bagi menangani masalah tersebut tetapi hingga kini masih tidak 
menampakkan sebarang hasil yang positif.

"Kalau perkara ini berterusan ia mungkin akan memberi masalah kepada ibu bapa 
kerana ia membahayakan nyawa anak-anak mereka," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke