Assalamualaikum dan salam bahagia,

Para Sahabat Yahoogroup

Apa khabar? Lama juga saya tidak berkongsi idea di sini. Saya baru 
sahaja pulang dari Jakarta mengetuai rombongan Kumpulan PTS ke Jakarta 
Book Fair dan melawat rakan penerbit buku di sana. Alhamdulillah dalam 
rombongan kali ini saya berpeluang melawat pejabat urusan Gramedia 
Pustaka di Palmerah dan pejabat urusan Agromedia Group di Jalan H. 
Montong. Jakarta Selatan

Pertemuan dan perbincangan dua hala di antara ahli rombongan PTS dengan 
para editor di Gramedia dan Agromedia berjalan dengan baik. Banyak 
perkara dibincangkan dan dikongsikan kedua-dua pihak. Antara tujuan 
utama rombongan kami adalah untuk membuka ruang kerjasama baru bagi unit
terbaru di Kumpulan PTS iaitu PTS NetMedia Sdn. Bhd. PTS NetMedia ini 
dikhususkan bagi menerbitkan buku-buku berkaitan komputer dan 
perisiannya, gajet dan aplikasinya dan perkara berkaitan teknologi 
maklumat terkini.

Pertemuan kali ini amat membuka minda para editor yang kebanyakannya 
kali pertama menjejakkan kaki ke Jakarta. Saya sendiri yang sudah 
menjadi pengunjung setia bumi Jakarta ini juga teruja dengan banyak idea
baru yang diperoleh dalam pertemuan ini. Antara yang paling membuka 
mata dan minda saya adalah sistem pengurusan stor Kumpulan Agromedia 
yang cukup efektif dan efisien. Kaedah pengkodan produk buku, keluar 
masuk buku dan pengirimannya ke pengedar dan penjual amat menarik untuk 
diaplikasikan di Kumpulan PTS.

PETA BUKU: Formula Keluar Daripada Kepompong Lama Penulisan Buku

Antara yang lebih mengujakan adalah sesi perbincangan saya bersama 
dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan Agromedia, Bapak Hikmat Kurnia. Bapak
Hikmat Kurnia adalah seorang usahawan perbukuan Indonesia yang amat 
berjaya. Beliau bermula di Penebar Swadaya, sebuah syarikat penerbitan 
buku yang fokusnya buku pertanian. Di sana beliau bekerja sebagai 
seorang editor hingga jawatan akhirnya adalah pengarah syarikat. Namun 
atas rasa ghairah untuk berbisnes beliau meletakkan jawatan dan membuka 
penerbitan Agromedia. Beliau bermula dengan hanya seorang budak pejabat 
(office boy) hingga sekarang sudah mempunyai lebih 700 orang pekerja. 
Hebat memang hebat.

Apa yang saya peroleh di dalam perbincangan saya bersama beliau amat 
membuka minda saya. Antara yang menarik adalah idea PETA BUKU. PETA BUKU
ini adalah nama yang saya berikan kepada formula tambahan menjadikan 
karya bestseller. Beliau menceritakan bagaimana pihak Agromedia berjaya 
menggunakan kaedah ini untuk keluar daripada kepompong penerbitan sedia 
ada. Sebelum ini antara pemain besar dunia perbukuan Indonesia seperti 
Gramedia dan Mizan sudah lebih dahulu memasuki gelanggang dengan 
memperkenalkan pelbagai jenis genre penerbitan buku.

Apabila Agromedia terjun ke dalam gelanggang penerbitan buku ini mereka 
perlu mencari segmen yang mana boleh diterokai di samping bersaing hebat
dengan penerbit sedia ada. Antara kaedah yang digunakan adalah kaedah 
PETA BUKU ini. Alhamdulillah dalam tempoh masa 10 tahun sahaja, 
Agromedia sudah diiktiraf antara penerbit paling besar dan agresif di 
Indonesia.

PETA BUKU Bakal Didedahkan Di Bengkel Penulis Super 30 Julai hingga 1
Ogos 2010

InsyaAllah teknik ini akan saya terangkan secara terperinci di dalam 
Bengkel Penulis Super yang bakal diadakan pada 30 Julai hingga 1 Ogos 
2010 ini. Ia pasti menjadi bengkel yang berbeza daripada bengkel-bengkel
yang pernah saya kendalikan sebelum ini. Satu teknik yang bagi saya 
amat berkuasa tinggi untuk keluar daripada kepompong lama penulisan buku
Malaysia.

Kepada yang sudah mendaftar diri untuk hadir pada bengkel ini, 
InsyaAllah kita akan bincangkan satu persatu bagaimana mengubahsuai buku
karya tulisan kita menjadi bestseller.Kepada yang masih belum mendaftar 
diri dan berminat untuk mendaftar diri, boleh layari
http://www.penulissuper.com <http://www.penulissuper.com/>   ataupun
hubungi saudara Qahhar di 0136288614 ataupun saudari Husni di
01341492560. Saya dimaklumkan pendaftaran sudah hampir penuh.

Saya amat teruja dengan bengkel ini. Banyak perkara yang mengujakan saya
antaranya input-input baru yang bakal saya dedahkan dan satu lagi 
bengkel ini diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis yang baru siap 
dibina. Hingga bertemu di sana nanti.

Salam penulisan dan salam penerbitan buku.

Fauzul Na'im Ishak
Jurulatih Utama
Akademi Penulis
http://www.akademipenulis.com <http://www.akademipenulis.com/>

Kirim email ke