Agak-agaknyalahkan Najib dan Rosmah berani tak mandi di air terjun hutan rekreasi di Pahang yang kotor, beracun yang telah mengorbankan 6 rakyat Malaysia di Lubuk Yu. Atau mungkin mandi di Air Terjun Parit , Cameron Highland ? Atau mungkin tempat ini hanya untuk rakyat macam kita yang tak mampu melancong luar negara macam jutawan Taek Jho Low ?
Atau mungkin Najib yakin menang besar di Pahang terutama di kawasan Felda dan kem tentera, jadi tak perlu banyak turun padang di Pahang, lebih baik turun di Miri, Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah ? Foto Air Terjun Parit , Cameron Highland pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/07/najib-dan-rosmah-ada-berani-mandi-di.html ****************************** 52 petugas operasi bersih persekitaran Lubuk Yu Berita Harian 23 Julai 2010 MARAN: Seramai 52 petugas daripada enam jabatan kerajaan mengambil masa kira-kira lima jam melakukan operasi bersepadu membersihkan Pusat Rekreasi Lubuk Yu, di sini, bermula jam 10 pagi semalam. Sementara itu, beliau berkata, kejadian wabak bakteria Melioidosis dan Leptospirosis di pusat rekreasi yang sudah meragut enam nyawa itu dijangka berakhir 28 Julai ini. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/52petugasoperasibersihpersekitaranLubukYu/Article Hanya indah khabar Berita Harian 23 Julai 2010 Kawasan rekreasi kurang diselenggara CAMERON HIGHLANDS: 'Indah khabar dari rupa'. Inilah yang boleh diibaratkan dengan keadaan Hutan Lipur Air Terjun Parit, di sini yang kelihatan indah dan menarik dalam gambar, tetapi pemandangan sebaliknya apabila berkunjung ke situ. Daripada pelbagai gambar keindahan pemandangan kawasan rekreasi itu yang dipamerkan di setiap hotel utama, resort atau chalet di sini, Hutan Lipur Air Terjun Parit seharusnya menjadi lokasi pasti dikunjungi bagi pengunjung kawasan peranginan tanah tinggi itu. Ini berikutan keadaan semasa kawasan rekreasi itu yang seolah-olah terbiar dan tidak diselenggara sempurna, dengan sampah tidak dikutip yang bertanggungjawab serta tiada penyelenggaraan kemudahan asas seperti tandas awam dan alatan permainan kanak-kanak. Tandas awam di hutan lipur berkenaan bukan saja busuk dan tersumbat, bahkan bekalan air juga terputus. Kemudahan permainan kanak-kanak seperti buaian pula terputus dan hanya tinggal tali manakala jongkang-jongket juga sudah tercabut. Beberapa jenis pokok herba yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Pahang juga sudah mati kerana tidak dijaga dengan rapi. Tinjauan Berita Harian mendapati Air Terjun Parit yang popular sebagai pakej rekreasi di kalangan pelancong antarabangsa, juga dicemari sampah sarap, terutama di tengah-tengah kolam air terjun berkenaan. Tong sampah pula penuh dan ada kesan sampah tidak dibersihkan sejak beberapa bulan lalu. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_Hanyaindahkhabar/Article ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

