Kalau Pakatan Rakyat nak menang besar dalam pilihanraya nanti, mereka harus 
memberi kefahaman sebenar kepada rakyat akan tugas sebenar seorang wakil 
rakyat. Wakil rakyat bukan lubuk emas. Mereka ini kalau benar-benar berkhidmat, 
wakil rakyat boleh dikategorikan orang yang pokai. Apa ke tidaknya elaun baru 
RM5000 , sewa pejabat  RM 500, bil utiliti RM 500 , duit pembantu RM 1000 , 
sumbangan kenduri atau pengkebumian RM 1000 tinggal RM 2000 untuk anak bini, 
ansuran kereta dan lain-lain.

Kalau nak ikutkan wakil rakyat ni memang pokai. Jadi apa sebenarnya tugas wakil 
rakyat ni ?

Mari kita lihat bagaimana seorang wakil rakyat mempertemukan seorang dermawan 
dengan seorang pelajar yang mempunyai masalah penglihatan serta masalah 
kewangan pada pautan berikut 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/07/sumbangan-dari-pihak-ketiga.html 

Mungkin UMNO dan PAS boleh duduk semeja , bincang apa tugas sebenar seorang 
wakil rakyat , supaya rakyat tidak hari-hari datang pejabat wakil rakyat minta 
bayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah dan sebagainya.

Dibawah ialah pandangan mengenai tugas seorang wakil rakyat :

11 Tanggungjawab Asas Seorang Wakil Rakyat 

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, 
kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta 
nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di 
kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang 
diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk 
mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di 
kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang 
berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang 
akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk 
setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan 
cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem 
faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila 
berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan 
badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili 
semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di 
peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke