Ini cerita bukan di Sabah atau Sarawak, tapi negeri kelahiran PM kita. BUKAN setakat rungutan lagi tetapi penduduk di Felda Gugusan Mendi, Bera semakin bosan dengan keadaan jalan yang rosak di tanah rancangan tersebut. Ini kerana penduduk terpaksa melalui jalan berlopak sepanjang 15 kilometer itu ke bandar Bera dan Felda Bukit Puchong setiap hari. Sekurang-kurangnya terdapat 20 lubang besar dikesan terdapat di atas jalan itu.
******************************** Lubang, lopak belum selesai Utusan Malaysia 23 Julai 2010 BUKAN setakat rungutan lagi tetapi penduduk di Felda Gugusan Mendi, Bera semakin bosan dengan keadaan jalan yang rosak di tanah rancangan tersebut. Ini kerana penduduk terpaksa melalui jalan berlopak sepanjang 15 kilometer itu ke bandar Bera dan Felda Bukit Puchong setiap hari. Sekurang-kurangnya terdapat 20 lubang besar dikesan terdapat di atas jalan itu menyebabkan pengguna perlu berhati-hati terutama pada waktu malam. Lubang dan lopak di atas jalan itu sering ditampal, malangnya ia rosak semula menyebabkan masalah tersebut seolah-olah tidak pernah selesai. Lubang yang terdapat di atas jalan itu bukannya kecil tetapi ia boleh menyebabkan tayar pecah atau kerosakan di komponen tertentu pada kenderaan. Masalah tersebut sekali gus mengakibatkan penduduk terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menyelenggara kenderaan masing-masing. Keadaan itu juga menyebabkan penduduk di tanah rancangan Felda Bukit Mendi terpaksa sering menyelenggara kenderaan mereka. Keadaan jalan tersebut juga menjadi penyumbang kepada beberapa kemalangan kecil di laluan berkenaan. Risiko kemalangan menjadi lebih tinggi ketika hujan lebat apabila pemandu tidak perasan terdapat lubang besar di hadapan kenderaan mereka ketika memandu. Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk untuk ke bandar Bera selain menjadi alternatif penduduk tanah rancangan lain ke destinasi tertentu. Ia bukan sahaja menjadi laluan kereta persendirian tetapi juga kenderaan berat yang membawa muatan sawit, pasir dan kayu balak setiap hari. Masalah kerosakan jalan tersebut telah beberapa dikemukakan kepada pihak yang berkaitan tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan atas alasan tiada peruntukan. Kami berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana berusaha menampal lubang-lubang yang terdapat di atas jalan itu tetapi ia hanya bertahan sementara waktu sahaja. Oleh itu, kami meminta masalah jalan berlopak dan berlubang itu dapat diatasi segera bagi keselesaan penduduk. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm Segera atasi bau busuk di bandar Kuala Rompin Utusan Malaysia 23 Julai 2010 SEJAK 10 tahun lalu, para peniaga di bandar Kuala Rompin kini berdepan dengan kerugian berikutan bau busuk yang berpunca daripada longkang di depan premis perniagaan mereka. Sehingga kini Majlis Daerah Rompin (MDR) masih belum mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah tersebut. Walaupun aduan telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit tetapi tiada tindakan susulan diambil. Masalah bau busuk itu kini berada pada tahap kritikal sehingga menimbulkan rasa loya bukan sahaja di kalangan pelanggan tetapi peniaga di premis itu sendiri. Bau busuk itu akan bertambah teruk terutama selepas hujan hingga menyebabkan pelanggan terpaksa beredar meninggalkan premis. MDR perlu mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini dengan cara membersihkan longkang tersebut secara berkala sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali. Sistem perparitannya amat teruk sehingga menyebabkan air bertakung sekali gus tidak dapat mengalir dan menjadi punca bau busuk. Lebih teruk lagi apabila hujan tidak berhenti selama sejam atau dua jam menyebabkan air longkang itu melimpah dan memasuki premis kami. Sehubungan itu, sesuatu perlu dilakukan oleh MDR kerana masalah ini membabitkan kepentingan peniaga dan pelanggan di kawasan itu. Kami tidak tahan lagi menampung kerugian akibat kekurangan pelanggan dari sehari ke sehari berikutan bau busuk tersebut. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_04.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

