Sinar Harian 26 Julai 2010 

SEPRI, Rembau - Adik Siti Nur Ramlah Abu Bakar mengidap penyakit jantung dan 
sindrom down perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Ogos 
ini dengan kos sebanyak RM30,000 membabitkan caj katil, makanan, prosedur 
pembedahan, penjagaan, ubat-ubatan dan ujian, namun malangnya jumlah itu masih 
tidak mencukupi. 

Ibunya, Siti Meriam Ali, 43, berkata, dia tidak memiliki wang sebanyak itu, 
apatah lagi hidup mereka sekeluarga bergantung kepada pendapatan suami yang 
baru sahaja bekerja dua bulan sebagai pengawai keselamatan. 

Menurutnya, sebelum ini suaminya bekerja di pasar malam untuk membesarkan 
sembilan anaknya yang kini meningkat dewasa dan dua lagi masih bersekolah namun 
suaminya terpaksa berhenti bekerja sebagai pembantu di pasar malam kerana 
penyakit sawan serta kencing manis yang dihidapi. 

“Saya pula sememangnya tidak bekerja kerana menumpukan perhatian menjaga Siti 
Nur Ramlah. Saya perlu bersamanya sepanjang masa kerana dia tidak normal 
seperti kanak-kanak lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung 
Penajis Sepri, di sini. 

Menurutnya, dia baru sahaja menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan buat masa ini juga pihak Baitulmal telah 
meluluskan bantuan untuk membiayai kos rawatan sebanyak RM2,500 sebaik sahaja 
rawatan dijalankan ke atas anaknya. 

“Pihak JKM juga bersetuju memberi bantuan cuma jumlahnya masih tidak diketahui 
lagi. Apa yang merunsingkan saya ialah perbelanjaan sepanjang berada di IJN, 
selain tidak memiliki kenderaan sendiri untuk ke sana. Dengan pendapatan suami 
yang tidak menentu manalah cukup buat kami sekeluarga menampung perbelanjaan di 
sana,” katanya. 

Malah katanya, penyakit jantung berlubang anaknya kini semakin membimbangkan 
apabila terdapat dua lubang yang dikenal pasti dan pembedahan perlu dijalankan 
dengan segera. 

“Ketiadaan wang menyebabkan anak saya terpaksa menunggu untuk tempoh yang agak 
lama sebelum dibedah. Disebabkan itu, saya memohon masyarakat luar dapat 
menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kami sekeluarga,” katanya. 

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan menerusi nombor akaun 
05300-29-00013201-2 atas nama Siti Meriam Ali atau Siti Nur Ramlah Abu Bakar 
dan boleh juga menghubungi talian 0123127573.  

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7992929.asp 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke