YKSNS kesal permohonan rumah perlindungan tidak dilayan
Berita Harian 26 Julai 2010 

SAYA terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca dan rakyat Malaysia berhubung 
peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah di negara ini yang kini dilihat 
semakin hebat dan membanggakan dalam membantu kerajaan dan rakyat untuk membela 
serta memperjuangkan perkara yang wajar. 

Jika kita renungkan sejak beberapa tahun lalu sehingga kini begitu banyak NGO 
merealisasikan program serta membantu kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat 
manfaat darinya. Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) di bawah pimpinan 
Muhammad Adnan Abdullah, menyaksikan lebih ramai golongan yang mempunyai 
masalah dan kekurangan pendapatan dapat dibantu. Dengan bantuan Majlis Agama 
Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Mufti, YKSNS menjalankan program 
kemasyarakatan untuk mendekati masyarakat dengan lebih rapat. 

Dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan MAINS, Jabatan Hal Ehwal Agama 
Islam Negeri dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, kepercayaan masyarakat 
bertambah dari tahun ke tahun sejak penubuhannya. 

Pengalaman YKSNS dalam menguruskan kes berkaitan saudara baru, membuktikan 
kesungguhan mereka membantu dan menangani isu kekurangan bantuan serta tiada 
pendapatan tetap. Dengan usaha dan bantuan beberapa badan kerajaan dan swasta 
mereka dilihat amat prihatin dalam bidang dakwah dan juga memainkan peranan 
yang tinggi di Negeri Sembilan. 

Namun YKSNS, tetap menghadapi masalah berkaitan pembelian rumah perlindungan 
bagi menempatkan mereka yang memerlukan. 

Surat dan profil sudah dihantar kepada semua menteri Kabinet, namun tidak juga 
dapat merealisasikan pembelian rumah perlindungan itu. 

Apakah sukar sangat untuk membantu dengan sedikit daripada pendapatan kita 
sebulan? 

Apalah kiranya jika ada pihak yang sudi tampil dan menghulurkan bantuan. YKSNS 
sudah berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat akan kewujudan mereka. 
Mereka tidak memaksa untuk membantu, tetapi merelakan diri demi untuk membantu 
segelintir masyarakat kita. 

Kita harus sedar akan perkara ini dan menghulurkan bantuan kepada mereka agar 
masalah yang dihadapi segelintir masyarakat dapat dibantu dengan niat suci. 

JIWA BELIA, Sri Menanti, 
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YKSNSkesalpermohonanrumahperlindungantidakdilayan/Article
 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke