India telah mencipta komputer riba termurah di dunia yang direka khusus untuk 
pelajar pada harga RM112 sahaja. Komputer itu dijangka diperkenalkan kepada 
institusi pendidikan tinggi bermula 2011. TAPI di Terengganu SEKOLAH RENDAH 
dibekalkan komputer riba yang berharga RM1,000. Patutlah India boleh beli 80 
helikopter tentera baru pada harga RM 2.1 Billion, TAPI Malaysia beli 12 
helikopter pada harga RM1.6 Billion.

1 helikopter di beli Malaysia untuk TUDM, boleh beli 5 helikopter baru tentera 
India.

******************************** 
Komputer riba India RM112.12
Berita Harian 25 Julai 2010 

NEW DELHI: India muncul dengan komputer riba termurah di dunia, peralatan 
komputer skrin sesentuh yang berharga hanya sekitar AS$35 (RM112.12). Menteri 
Pembangunan Sumber Manusia India, Kapil Sibal minggu ini mengumumkan peralatan 
perkomputeran riba kos rendah yang direka khusus untuk pelajar, menyatakan 
jabatannya mula berunding dengan pengeluar global untuk memulakan pengeluaran 
secara besar-besaran tidak lama lagi. 

“Kami sudah mencapai satu tahap pembangunan pada hari ini, papan induk, cip 
pemproses, sambungan, semuanya kos terkumpul sekitar AS$35 (RM112.12), termasuk 
memori, paparan dan segala-galanya,” katanya pada sidang media. 

Beliau berkata peralatan sesentuh itu dipasang dengan pelayar internet, pembaca 
PDF dan kemudahan persidangan video, namun perkakasannya dicipta dengan 
fleksibel bagi membolehkan komponen baru ditambah mengikut keperluan setiap 
pengguna. 

Kapil berkata peralatan komputer berasaskan Linux itu dijangka diperkenalkan 
kepada institusi pendidikan tinggi bermula 2011, namun sasaran itu ialah untuk 
menurunkan lagi harganya kepada AS$20 (RM64.07) dan pada akhirnya sehingga 
AS$10 (RM32.04). 

Peralatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik di institusi teknologi 
terkemuka India, Institut Teknologi India dan Institut Sains India. 
India membelanjakan kira-kira tiga peratus daripada bajet tahunannya untuk 
pendidikan sekolah dan memperbaiki kadar kecelikan kepada lebih 64 peratus 
daripada sejumlah 1.2 bilion penduduknya. 

Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan ramai pelajar tidak begitu mahir 
membaca atau menulis dan kebanyakan sekolah kerajaan tidak memiliki kemudahan 
mencukupi. – Reuters

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KomputerribaIndiaRM112_12/Article/index_html
 

Selasa Disember 29, 2009 
Terengganu Peruntukkan RM50 Juta Bekal E-Book Tahun Depan 
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan 
sebanyak RM50 juta bagi tahun 2010 untuk membekalkan 50,000 unit komputer riba 
(e-book) kepada pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/29/mstar_berita/20091229155220&sec=mstar_berita
   

RM 1.6 Billion boleh beli 60 helikopter MI-17
http://amkns.blogspot.com/2010/07/rm-16-billion-boleh-beli-60-helikopter.html

Sebelum ini Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau mengenai kelebihan 
helikoper MI-17 yang dikeluarkan oleh negara umat Islam di Tatarstan. Tentera 
Udara India pada tahun 2006 dilaporkan akan membeli 80 buah helikopter MI-17 
ini pada harga USD 662 juta atau anggaran RM 2.135 Billion.

Ini bermakna dengan RM 1.6 Billion anggaran boleh membeli sebanyak 60 buah 
helikopter MI-17 berbanding dengan hanya 12 buah helikopter Eurocopter EC725.

1 helikopter Eurocopter EC725 boleh beli 5 helikopter MI-17.

Hmmmmm ? Atau mungkin perkiraan saya salah ?

Kalau tengok perbandingan prestasi pula MI-17 mempunyai lebih kelebihan dari 
segi Combat Radius , Max takeoff weight dan jumlah penumpang.

Penumpang : EC725 = 28 penumpang , MI-17 = 32 penumpang
Max takeoff weight : EC725 = 11,200kg , MI-17 = 13,100kg
Maximum speed : EC725 = 324 km/h , MI-17 = 250 km/h
Combat radius : EC725 = 573 km , MI-17 = 950 km

Nota : Maklumat ini bukan rahsia. Ianya diperolehi dalam sumber laman web yang 
dinyatakan di bawah ini.

Utusan Malaysia 21 April 2010 . Selain perjanjian melibatkan DEFTECH, DSA kali 
ini juga menyaksikan kesungguhan kerajaan menggantikan pesawat Nuri Tentera 
Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion 
bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
 

In October 2006, the Indo-Asian News Service reported that the Indian Air Force 
will buy 80 medium lift multi-role Mi-17 1V helicopters from Russia. MosNews 
estimated the deal’s value at approximately $662 million, with the exact value 
depending on ancillary equipment like avionics.
http://www.defenseindustrydaily.com/india-to-buy-80-mi17-1v-helicopters-02755/ 

By Dr. Mahathir Mohamad on July 6, 2010
Walaupun Kazan Helicopters gagal memenangi tender Malaysia baru-baru ini, saya 
berpendapat jenis MI-17 yang telah di naik taraf amat sesuai untuk Bomba dan 
pengangkutan. Ia boleh memuat 36 askar berpakaian lengkap dan bersenjata. Dalam 
beberapa pertandingan antarabangsa MI-17 telah menang aabila semua askar dapat 
keluar dalam 14 saat. Saya percaya kita boleh kuasai teknologi helikopter 
melalui Kazan Helicopters. Ini lebih bermakna daripada hanya menjadi pengguna.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tatarstan.html 

Comparison EC725 and Mil MI-17
http://www.shpmedia.com/Images/ADJ%20SEPT%2007_MALAYSIAN%20HELICOPTER%20REPLACEMENT.pdf
 

Combat radius refers to the distance from an airbase that a warplane can reach, 
patrol there for a set amount of time and return to base with minimal fuel 
left. http://en.wikipedia.org/wiki/Combat_radius 
12 buah EC725 = USD 496 Juta = RM 1.6 Billion
1 buah EC725 = USD 41.33 Juta = RM 133.33 Juta

80 buah Mil MI-17 = USD 662 Juta = RM 2.135 Billion
1 buah Mil MI-17 = USD 8.275 Juta = RM 26.69 Juta

RM 2.135 Billion = 80 buah Mil MI-17
RM 1.6 Billion = 60 buah Mil MI-17 = 12 buah EC725




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke