Korek pasir undang hakisan 
Sinar Harian 27 Julai 2010 

REMBAU - Projek mengorek pasir yang giat dilakukan di Kampung Pelebar Luar, 
Pilin, menimbulkan kebimbangan dan keraguan kepada salah seorang pemilik tanah 
terbabit. 

Abdul Razak Alias, 51, berkata, kerja mengorek pasir berhampiran dengan tanah 
miliknya menyebabkan berlaku hakisan dan runtuhan tebing. 

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangannya kerana keluasan tanah 
miliknya akan berkurangan daripada sebelum ini jika tindakan segera tidak 
diambil. 

“Pihak yang bertanggungjawab dalam projek ini bertindak rakus sehingga tanah 
milik saya juga turut menjadi mangsa. 

“Sepatutnya mereka memahami syarat kerja mengorek pasir tetapi disebabkan 
kurang pemantauan rapi, kini kawasan tanah milik saya pula terbabit sama,” 
katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Abdul Razak berkata, tanah seluas 3.2 hektar itu kini dibersihkan untuk projek 
tanaman getah dan gaharu tetapi pihaknya khuatir jika keadaan itu dibiarkan 
begitu sahaja, ia memberi kesan bagi jangka masa panjang. 

“Rumah ibu saya berhampiran dengan kawasan ini. Jika tidak dibendung, tidak 
mustahil berlaku runtuhan yang lebih dahsyat daripada sebelum ini. 

“Justeru, pihak berkenaan diingatkan supaya jangan bersikap mementingkan diri 
sehingga menyusahkan orang lain,” katanya. 

Menurutnya, kerja mengorek pasir itu juga berhampiran jambatan dan dibimbangkan 
hakisan akan menyebabkan kemudahan yang menggunakan kos tinggi itu akan runtuh, 
sekali gus membahayakan pengguna. 

“Saya berharap pihak berkenaan memantau kegiatan kerja mengorek pasir ini bagi 
mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini. 

“Pastikan kerja mengorek pasir ini mengikut syarat ditetapkan,” katanya. 

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7995370.asp 




      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke